Pages

Rabu, Mei 27, 2009

Rahsia Kentut..

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

25. Orang yang PEMURAH
Boleh kentut bila-bila masa apabila diminta

Aku pasti kita smua mungkin ada semua atau sebahagian ciri-ciri di atas...huhuhu..Hmm..korang kategori mana???

Sabtu, Mei 23, 2009

Untuk Bertahan Lebih Lama....

Hari ini aku post entri yg aku dapat melalui email......Cehh...

Kelapa Parut
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

Nasi/Lauk
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

Barangan Kemas Terutama Emas
Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha ha haa...

Pakaian.
Nak tahan lama, Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama Pinjamlah Baju Member... Baju Sendiri Simpan.

Kereta
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk, jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

Kenyang
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa. Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

Umur
Umur nak tahan lama? Banyakkan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

Rokok
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

Tidur
Nak tahan lama tak tidur malam. Rajin-rajinlah tidur siang.

Hubungan
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!

Kerja
Nak tahan lama kerja, kerja betul2 jangan dok main internet ajer!

  • Rabu, Mei 20, 2009

    3 Cerita....

    CERITA 1

    rm1.jpg

    Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
    “Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”

    Lima puluh menjawab ” Aku pi merata tempat. Pegi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

    Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

    Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid Or surau, tambah la sikit..


    Cerita 2

    LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

    ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

    LEMBU : eh? kenapa ?

    ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

    LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

    ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

    LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

    ANJING: Wah..ayat ko memang power la…manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

    Sedikit Penjelasan:

    Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram!!.

    Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

    Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

    Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


    Cerita 3

    Terdidik Kerana Sebiji Tembikai.
    Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

    Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
    Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

    “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membelibarang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

    Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
    Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

    Hanya Ingin Mengingatkan ….

    Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

    1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
    2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
    3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
    4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
    5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

    Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

    1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
    2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
    3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
    4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
    5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

    Ada 4 di pandang sebagai ibu , iaitu :

    1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
    2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
    3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
    4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

    Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur’an :

    Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
    Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
    Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
    Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
    Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

    Isnin, Mei 18, 2009

    Kisah..........

    Anak Murid ku........

    Part 1.............

    Minggu lepas mak Yesu Dass jumpa aku kat kantin. Bsembang punya lama. Mesra rakyatnya aku. Mak Yesu kerap gak jumpa aku....sampai macam2 cerita jugak la aku dapat tau. Pagi tadi dia cerita pasal Jeevarani yang dah lari ikut mak dia. Jeevarani tu anak sedara laki dia. Dgn Yesu Dass kira spupu lahh. Sejak tiggal ngan kuarga Yesu nilah si Jeevarani ni bsekolah smula. Skrg dia dah ikut mak dia smula. skolah pon mula nampak ponteng dah. Mak Yesu Dass ni ceritakan kerisauan dia tentang Jeevarani, budak tu dah lerr tak reti apa2. Takot orang wat jahat jer. Pasal keadaan tempat yang dia tggal skrg ni sangatlah terdedah kpd mcm2 kmgkinan.
    1. Walaupon dia dkatakan tggal ngan mak dia, tapi hakikatnya dia hanya dtggalkan buta je kat situ ngan mak dia, pasal mak dia kerap tggal merata tempat. Katanya teman lelaki. entahlahh!!
    2. Sbenarnya Jeevarani ada adik2..tapi smuanye mak dia dah jual sejak kecil. Salah sorang adik dia djual pada pasangan lawyer di KL. At least hidup tjamin dah. Tapi jeevarani sorang je mak dia tak jual. apasal taktau lahh..
    3. Kat umah yang tu dengar citer mcm2 org lelaki yg bukan2 dok ada. Mak Yesu kate..taik ganja dadah..malahan Aids pon ade situ. Aduh tbeliak jugak mata aku dengar. hopefully jgn lah apa2 blaku. then kwn2 pakcik dia yg keluar masuk umah tu smua tak senonoh. Samseng pon ade.hadoii....masalah nihh.....
    4. Kata mak Yesu lagi, org2 dlm umah tu hanya mpergunakan jeevarani utk buat kerja2 rumah, mcam org2 gaji tu. Hmm..aku ada bsembang ngan jeevarani, dia cakap dia tolong jaga budak kecik. baby kat umah tu.
    Part 2....

    alkisah...lepas je mak Yesu cerita hal Jeevarani yg sudah tak tggal ngan dia. Aku pon ajaklah bsembang2 ngan jeevarani tu.....macam2 aku tanya tapi aku tak sebutlah yg mak Yesu cerita. pasal aku nak siasat jugak. Mcam detektif conan lak!! Macam2 aku tnya...aktiviti harian dia lepas waktu skolah, keadaan rumah dia..macam2lah!!! Pasal aku ada selidik...Jeevarani ni sudah suka sama sorang lelaki. manalah tau kan..!!! Hadoiii.....mula miang dahh!!!!! Bahaya sungguh......
    Aku buat2 bodo saja dlm sesi soal siasat tu.

    Tiba2 keesokkan hari mak Yesu Dass jumpa aku lg masa aku terkocoh2 nak pi sarapan pagi. Dia tanya aku ada cerita apa2 ke kat jeevarani pasal apa yg dia beritahu tu. Katanya Jeevarani bagi tau mak dia yang cikgu kata macam2 kat mak dia. Hampeh sugguh. Main2 ngan nama aku. Bila masa aku sebut hal mak dia. Pandai putar belit ini budak. Mak Yesu kata ...mak pada jeevarani ni datang serang2 maki dia pasal cerita hal kuarga dia kat cikgu. Pulak!!!!
    Aku nasihatkan suruh mak Jeevarani ni datang skolah jmpa cikgu sndiri, pasal ada aku pon nak soal latar blkg dia jugak, lagipun mak Yesu bukan lagi penjaga budak tu.
    Peninglah kepala ngan budak2 ni..kalau aku tak ambik berat, dkatanya aku tak caring. Kalau aku dah ambik berat buat org nyampah lak. HIssssssssshhhhhhhhhhh....

    Masihkah Ada Rindu.........

    Masihkah Ada Rindu.........

    Amboi..tajuk bukan mahin lagi...
    Hhmmm.....Hari ni aku tak ke sekolah, ada kursus luar. Lupa pulak nak bagitau budak2 kelas aku. Cehh..macamlah depa peduli....
    Hmm...agaknya rindu tak budak2 tu kat aku...??? sukar nak jawab. Mungkin jugak rindu...sehari tak dengar leteran cikgu shima, menggeletar rasanya badan!!! hahah!!
    Mungkin juga berjoget sakan.... boleh jadi... hari kebebasan untuk depa bila aku takde kat skolah.

    Tapi sbagai guru kelas...aku sangat2 rindukan muka2 yg ada dalam tu...hahaha....
    Rindunya pada kelasku....
    Sbenarnya dah 2 tahun aku pegang murid yang sama, jadi sudah ku anggap macam anak sendiri. Walaupun aku agak garang..dan kejam ngan budak2 tu.....hmm..aku garang pon sbb bdk2 kelas tu dulu2 dh mnunjukkan gejala samseng.Maklumlah makin besar!! Kalau tak dbendung..melaratlah!! Maka...Kalau depa samseng..aku terpaksa lebih samseng dari depa. Hahaha....hanya depa saja yg tau bagaimana 'samseng'nya cikgu masa mula2 pegang tampuk pemerintahan kelas depa. Skrg....puas hati aku...bila ada yg mmuji tertibnya budak kelas tu.....

    Rupa2nya...murid kelas aku dipilih untuk persembahan sempena sambutan Hari Guru nanti...Hmm....macamana agaknya persembahan tu.

    Murid2 esok cikgu akan bawakan hadiah kuiz hari tu yerr....
    Owwhhh..sudah pandai komplen kat Cikgu AiLee....cikgu shima lupa bagi hadiah yg djanjikan tu yaa..cisss....cikgu lupa lahhh!!!!

    Kemiskinan..........

    Kemiskinan di bandar........

    Sorang rakan membentangkan kajian yang dijalankan ttg sorang murid. Saat ditayangkan gambar2 keadaan tempat tinggal murid terbabit. Alangkah sedihnya...derita rasanya!! Sampai hati ibu dan bapa menganiaya anak2 sbegitu rupa. Ibu dan bapa sudah bcerai...skrg bapa kahwin lain tggal ddaerah lain, ibu juga sudah ada pengganti tp blum bkahwin lagi.Masih hangat bcinta. Anak2 seramai 5 org ditinggalkan bsama nenek. Anak2 masih kecil..2 org menengah rendah, 2 org sek rendah. Nenek sudah tua. tiada pndapatan. tak hairan nenek angkut cucu2nya mengemis masa cuti skolah. Ibu bapa murid tu pon tak bagi belanja. Sudahnya rumah yg ddiami sudah 3 tahun tiada letrik dan air. Makanan harian, kadangkala nasi atau roti bsama air paip....!! itupon kalau ada belas ihsan org ramai, adalah makanan..!! Adik yg kecil berusia 2 tahun, sejak kecil mbesar dgn susu tin yg tnyata tak ssuai utk baby. susuk tubuh anak2 tersebut..kurus kering. Stp hari nenek akan bawa bekas untuk ambil sdikit makanan RMT yg cucunya dpt. Mungkin itu sajalah makanan mereka utk sehari tersebut. Sblm pceraian budak2 tu masih cukup makan pakai. Tapi sejak dlepaskan pada nenek...sungguh terabai. Ibunya bekerja tapi langsung tak peduli kebajikan anak2. Insaf sketika..masih ada ibu yang sanggup membiarkan anak2nya yang dkandung yg dlahirkan hidup terbiar...sanggup menggadaikan masa depan anak2....
    Ada anak yang di diagnostik kategori Khas...cadangan sudah dberi btahun supaya ibu stuju untuk tempatkan anak dikelas penddikan khas, tapi ibu taknak..alasannya..'jatuhlah maruah saye cikgu'.....sungguh pentingkan diri sendiri.
    Keadaan rumah sangat daif. Setiap hari tidur bgelap. Rumah hanya dgunakan utk tidur semata2, untuk menanti hari malam, nenek dan cucu2nya akan duduk dtaman2 pmainan. Nenek dan cucu2nya bnasib baik..rumah flat yg dduduki skrg milik nenek. Tak dibebani dengan sewa lagi.
    Mmandangkan kehidupan nenek dan cucu2nya...boleh dkatakan melarat...maka cadangan diambil supaya dlaporkan kes tersebut di kebajikan masyarakat. Semoga kehidupan nenek dan cucu2nya lebih terjamin.....
    Begitu sekali ibu bapa aniaya darah daging sendiri. Apa perasaan ibu bapa tersebut..semasa makan agaknya....tak teringatkah tentang anak2...!!
    Tuhan....bukalah hati dan minda ibu bapa murid2 tersebut......kasihan anak2nya!!!!!!!!!

    Ahad, Mei 17, 2009

    Selamat Hari Guru..........

    MENGAPA 16 MEI ?

    Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

    GURU MALAYSIA

    Kami guru malaysia
    berikrar dan berjanji
    Mendidik dan memimpin
    Putera puteri negara kita

    Pada Seri Paduka
    Kami tumpahkan setia
    Rukun Negara kita
    Panduan hidup kami semua

    Di bidang pembangunan
    Kami tetap bersama
    Membantu, membina
    Negara yang tercinta

    Amanah yang diberi
    Kami tak persiakan
    Apa yang kami janji
    Tunai tetap kami tunaikan


    Aku dah lama tinggalkan alam persekolahan tapi setiap kali tiba 16 Mei pasti terbayang suasana masa sekolah dulu. Bagi aku zaman persekolahan merupakan satu lipatan peristiwa yang tidak akan dilupakan. Di sekolah ada murid dan di situ juga ada guru, menimba pengetahuan dan menabur ilmu.

    Pasti kita semua mempunyai guru kerana kita semua melalui proses pendidikan dari kecil sehinggalah dewasa. Sudah pasti guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah.

    Kaum keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat juga adalah guru-guru kita yang tidak formal. Perangai dan tingkahlaku kita sebenarnya banyak diperahui oleh mereka yang disekeliling kita. Manakala secara formal sudah tentu guru-guru di sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka inilah yang memenuhkan dada dan fikiran kita dengan ilmu pengetahuan.

    Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Terima kasih cikgu!! Jelaslah apa yang digambarkan oleh sajak Sasterawan Negara Dato' Usman Awang Guru Oh Guru.
    Untuk semua guru2 yang pernah mengajar aku dari tadika hinggalah ke universiti...Terima Kasih atas segalanya, Budi dan Jasa cikgu Tiada terbalas..hanya doa yang sentiasa saya panjatkan untuk cikgu2 semua.

    Untuk rakan2 geng di usm dulu...kita mulakan dengan Kak Nora, Kak Pah, Kak Idah, Tipah, Mah, Linda, Pekjah, Shida, Aini, Izan...habih dah kot....aku ucapkan Selamat Hari Guru....

    p/s: rindu kat nama2 tu...oh ya..tak lupa Sal...pon dirindui jugak...


    Sabtu, Mei 16, 2009

    Khas Untuk............

    Cikgu Zainol.....

    Tadi masa malas2 brjalan menuju ke kereta....masuklah satu msg....
    "Apa Khabar? SELAMAT HARI GURU....semoga sentiasa dalam kesabaran dan keiklasan"
    Begitu bunyi msg nye... Rupanya dari bekas bos lama yang sudah 2 tahun pencen. Setiap tahun dia akan hantar ucapan kat smua anak2 buah yang penah bkerja bawah dia dulu...
    Harapnya aku pon akan jadi macam dia jugak nanti...yg tak penah putus2 ambil berat org bawahan.

    Untuk Cikgu Zainol...semoga cikgu gembira meneruskan hidup dengan aman damai...kami disini sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu. Jasa cikgu sentiasa kami kenang!!!! terima kasih atas segala dorongan dan sokongan yang diberi.......

    SELAMAT HARI GURU JUGA UNTUK CIKGU.....

    Betulkah didikan ibubapa sekarang terhadap anak2?

    Satu persoalan yg agak rumit....

    Cuba kita renungkan @ perhatikan anak2 zaman sekarang. Manjakah anak2 zaman sekarang? Dalam semua hal apa sahaja kemahuan anak, dituruti. Sehingga ibu bapa lebih percayakan anak2 dari orang lain. Masih wajarkah didikan seperti ini? "menatang minyak yang penuh" @ "anak kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan". bagaimanakah mendidik anak dengan cara yang btl? kita sering kedengaran di media @ di dada akhbar tentang anak pukul ibu bapa, ibu bapa pukul anak, anak tidak menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya....

    Di sekolah contohnya... cikgu salah sikit, ibu bapa nak saman sek. tp, adakah semua masalah berpunca daripada guru???? di sekolah sendiri...ada kes guru dipukul pelajar...kes yg ckup mmbuktikan betapa lemahnya didikan dlm diri pelajar...
    Buktinya....tadi kaum kerabat Tamilasai datang bkecoh2 dsekolah...oleh sbb aku guru kelasnya maka akulah dtujunya...jenuh jugak dengar ceramah tak bmakna tu.....
    Sebab apa??? sebab kes kecurian barang kemas...aku menyiasat siapa dalangnya....kena lak mlibatkn murid kelas aku..maka tak selamatlah budak2 tu. smpai ke lubang cacing aku akan cari..so kalau tak bsalah jgn takot. Aku bukan mnuduh anak dia, yg nak emosi tak tentu hala apa hal!!! Pcaya sangat cakap anak...padahal anak dia suspect utama, sbb kes2 mencuri ni anak2 dia mmg pakar. Kalau tdak takkan beg duit aku pon dia boleh kebas tahun lepas. Bukan aku saja...cikgu lain pon kena jugak. Dari situ kalau btol mak sayangkan anak, nak anak jadi baik...dia bole saja serahkan pada guru untuk siasat...tak payah mendabik dada bukan main, bagitau anak dia baik bagus....
    Menunjuk2 parut gengster dbadan...apa????? ingat aku takot!!!!!!! apa aku peduli........
    huhhhh..takdak maknanya!!!!
    Lega juga bila katanya dia nak tukarkan anak dia...aku angguk saja. Tapi berani potong jari dia takkan bsusah payah nak buat smua tu. so..aku masih menanti saat pertukaran tu!! tapi rasanya hampehh!! Cakap boleh lahh...

    Aku pon tambah lerr sikit...saje nak BZ....aku cakap...anak puan skrg sudah pandai bcinta cintun ngan lelaki luar...sudah pandai merokok...dan minum arak....dan aku tambah lagi...adik dia sama kes macam kak dia, pandai seluk poket kawan senyap2 nak curi wang...mncuri dalam kelas...dibilik guru.... bla..bla...bla..
    Meloponglah mulut ibunya dan kaum kerabat lain.....
    Lain kali jangan menjerit kat aku menyatakan anak ini baik....anak itu jahat....Aku tau semuanya!!! Sbb bukan aku tak 'caring'....aku sentiasa "caring"...tambah2 kalau aku guru kelasnya...huhuhu....

    kalau zaman dulu mak ayah kita hantar kita ke sekolah..siap bg amanah kt cikgu.."Kalau ank sy nakal..cikgu pukul lah..xda rotan pelempang pun boleh...." tp skrg...anda nilai sendiri.....

    Walau bagaimanapun...tak smua ibu bapa begitu...ada yg masih bpikiran macam bapak2..mak2 zaman dulu...Contohnya macam ibu bapa Zulhelmi...kes bergaduh...siap bpesan lagi pada aku.."apa cikgu nak buat, buatlah...kami pcayakan cikgu." Wahhh....terharu dan bsemangatnya aku rasa. Mudah mudahan Zulhelmi brubah jadi anak yang baik.

    Tapi apa kes ngan Saiful Rahman?? huhuh....Saiful...mak kamu kata..kamu anak yg baik, tapi kamu ponteng sekolah lengkap bpakaian skolah tapi melencong masuk kedai game....
    Cikgu takleh buat apa dah..pasal cikgu tak mendapat kpercayaan ibu bapa kamu. Sebab...kamu ank yg baik dmata depa...
    Cikgu hanya mampu phone mak bapak kamu..bagitau kamu dan adik kamu tak berada di sekolah!!!

    Khamis, Mei 14, 2009

    APC....

    Bulan Mei tiba lagi......Pemenang APC pon dah tau!!!
    Apa bendanya APC ni? Korang kalau nak tau, search la sendiri. Kalau nak aku ceritakan, panjang lebar. Ringkasnya, anugerah yang diberi kepada kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk tahun berkenaan (dalam konteks ini, tahun 2008). Biasanya kalau sekolah Gred A, dapatlah 4,5 orang. Still ada kuota.

    Bagaimana penilaian dilakukan oleh pegawai penilai??? Hmmm.. Kalau di sekolah, penilai pertama GPK dan Penilai Kedua, GB.
    Ada sekolah mengamalkan sistem giliran. Maksudnya kalau cikgu ni dah dapat, tunggulah turn masing2. Sistem ni aku tak berapa nak setuju sebab sepatutnya kalau dah cikgu tu memang cemerlang, beliau berhak menerima APC tiap-tiap tahun! Ni tak, walaupun cikgu tu kerjanya datang sekolah, balik sekolah, namun sebab dah sampai turnnya, maka dapatlah dia APC. Apa hal pulak bagi kawan2 yang bertungkus lumus buat kerja?

    sorang rakan berkata...kebetulan dia keguguran teruk, dia bercerita yang suaminya cakap ' abislah tak dapat cemerlang pasal MC lama. Dia dinasihati suami supaya tidak lagi kerja tungkus lumus, stay back lama kat sekolah....sejak kejadian tu!! Hmmm...katanya, suami dia ckp, kerja tungkus lumus apa pon tak dapat. Hmm patutlah lama tak nampak dia berlama2 di bilik guru!!!

    Dalam hati aku...pendeknya cara pikir, hahahah!!! Adakah bekerja untuk mendapat anugerah semata??? Entahlah..lain org lain pikirannya!!! Yang penting walaupon tak dapat anugerah, aku tetap happy dengan kerja aku!!!! yahuuuuuuuuuuuu.......

    Tahniah buat kwn2 sekolah yang cemerlang tahun ini Kak Ju, Cikgu Yani, Sau Kwan dan Cikgu Rosli. Usaha lagi..moga tahun depan sambar lagi satu tempat ok!!! Depa ni punya keje memang tip top... banyak yang aku bole pelajari......
    Bila nak makan nasi ayam nihhh...hehehhe!!!!!!!!


    Rabu, Mei 13, 2009

    BirThdaY MoMenTo......

    The Princess of My Hearth, Who Filled My Joy and Bliss.

    You've_Touched_My_Life...
    HappY BirthDaY KaKak..

    Alor Setar,
    13 Mei 2005M
    4 Rabiulakhir 1426H

    Kakak...
    Rasa macam baru semalam berlaku, macam tak percaya betapa dahsyatnya mama berdesup pulang ke kampung memandu kereta sendirian pagi tu (Sudah dapat izin dari Ddy yang keja yaa)...kerana impian mama untuk melahirkan kakak di kampung dekat dengan 'mak'!!! .....'mak' dan kuarga yang lain berkampung sakan menunggu ketibaan mama.. sebenarnya depa tak bagi mama balik tapi mama nak balik jugak.....boleh tahan ketegaq mama ni. Mama tak terfikir lak kemungkinan2 yg bole blaku..pasal mama tak rasa sakit. Cuma ada tanda aje. Mama pon siap request gulai rebung lagi kat 'mak'....sebelum kakak lahir dapatlah kiranya mama makan nasi ngan gulai rebung yang 'mak' masak tu.

    Kakak,

    Rasa macam baru semalam Mama rasa excited sangat nak menunggu kelahiran Kakak. Walaupun Mama tak tau Mama akan dapat baby boy atau girl. Ddy dan Mama dah pesan kat doktor minta rahsiakan jantina baby, yang penting kakak sihat. Pada kami lelaki atau perempuan kami terima. Mama ingat mama akan dapat baby boy...pasal selama mengandungkan kakak mama punyalah pemalas mandi...tak bole bsiap2 solek bagai.....pendek kata...selekehnya mama masa mengandung.

    Kakak,

    Rasa macam baru semalam Mama sampai di hospital, doktor dan nurse semua kerumun Mama. Malu pon ada Kakak!! Diorang cakap Mama dah punya contraction. Ada yg selak2 ada yg tekan2 perot mama!!! Kata doktor...anak sulung biasanya ambil masa lama..Mama takut jugak kakak...tapi terujanya nak tengok rupa kakak... Dlm mnunggu turn tu Mama sempat lagi request milo suam masa kat labour room tu...dahaga dan kecut perut dengar orang seblah mneran2....Entah apa sihir..misi2 layannnnn gak pmintaan mama ni.

    Kakak,

    Rasa macam baru semalam kami menunggu kelahiran Kakak. Setelah berhempas pulas sejak pukul 2 ptg...maka tepat jam 12.03tgh malam...lahirlah kakak. Sepanjang malam lepas delivered Mama macam orang chewii....macam tak percaya Mama dah anak anak, Rupa kakak alahai comel sungguh...dengan rambut lebat hitam bkilat....!! Sepanjang malam Mama asyik belek Kakak saja. Doktor memuji2 kakak yang comel....yang cepatnya celik mata seperti dah lama tengok dunia.....tanpa rasa takut. Yang bagusnya, kakak tak banyak ragam.....tapi mama masih terus terusan membelek kaki kakak..tangan kakak....jari-jari kakak... mama bilang satu2 sampai puas hati....terlupa skejap sakit bsalin tadi.


    Kakak,

    Rasa macam baru semalam kami dapat baby yang lahir beratnya 2.97kg, tapi over a few months debab bukan main lagi. Mama teringat for the first 6 months Mama takut nak pegang Kakak, nak mandikan Kakak. Ramai yang tolong Mama 'proses' kakak apa yang patut, sebabnya Mama serba serbi tak reti dan takut 'kelembutan' tangan Mama menyakitkan kulit Kakak yang lembut2 tu. Sekarang Kakak bukan main lagi semangatnya.... nak dukung Kakak pon boleh patah pinggang mama tau. Kalau dukung jugak tak ubah macam rupa pokok kelapa condong. Beratnya kakak sampai semua orang surrender bab dukung kakak. Boleh tercungap2 dbuatnya.

    Kakak,

    Semua itu peristiwa 4 tahun lalu. Hari ni Kakak dah membesar bagai johan. Dddy dgn Mama sentiasa sayangkan Kakak. Kami doakan yang terbaik untuk Kakak. Semoga Kakak jadi anak yang solehah. Dapat doakan kami setelah kami tiada nanti.

    HappY BirthDay Kakak..!!! Mama n Daddy n Adik Sayangkan Kakak Forever........


    For Kakak....
    You've Filled My Life With Warmth, Love and Happiness!!! On Your Birthday Dear Najat...Mama Wish It Brings The Same For You.....Today & Always!!!


    Selasa, Mei 12, 2009

    Motivasi Diri....

    “Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

    Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…”

    — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

    Isnin, Mei 11, 2009

    Kembalikan hukuman rotan.....

    Begitulah tajuk pbincangan ajk kantin minggu ini....hmmm....buat aku terpikir.....

    R
    otan penah jd isu nasional tidak lama dulu, dan hingga skrang masih belum ditemui jalan penyelesaiannya.
    Dulu guru bebas melaksanakan tugas mendisiplinkan pelajarnya dengan tenang tanpa terikat dgn mana2 peraturan yang bmacam2. Bukan saja guru sekolah, malah guru mengaji Quran dirumah pon menggunakan rotan sebagai satu tindakan disiplin.Ibubapa pula masa hantar anak akan berkata " saya serahkan anak saya ini pada ustaz, kalau anak saya buat salah,buatlah apa saja jangan buta, patah kaki tangan sudahlah".......ini bukan ucapan perli tapi keikhlasan mahukan anak2 jadi org yg baik dan bguna. Sungguh berbeza ibu bapa sekarang.


    Tanyalah ayah, abang dan kakak kita tentang guru dan rotan. Mereka akan menceritakannya kerana mereka tidak menganggap bahawa kena rotan itu sebagai satu kenangan pahit, tetapi ianya kenangan manis.
    Sekarang smuanya dah brubah. Dulu pelajar takut dengan rotan tapi sekarang ni guru pula takot dengan rotan.

    Bila isu rotan timbul, org ramai segenap lapisan bagi pendapat pro dan kontra. Bagi ibu bapa ramai yang tak stuju. bagi pihak guru, memperkenalkan hukuman rotan dialukan. Ya lah...sbg org yang tlibat scara langsung, tentu tahu mana yang tbaik untuk anak2 itu.

    Sudah naluri ibubapa sayangkan anak2. Begitu juga guru, nalurinya menyayangi pelajarnya. Keduanya menyayangi org yg sama, tapi kasih sayang ibu bapa kadangkala sering dikelabui oleh rasa simpati yg blebihan. Ini akan menghancurkan masa depan anak ini. Adakala ibu bapa sukar terima sesuatu yg menyakitkan anaknya skalipun ia adalah yg tbaik untuk mmulihkannya.

    Kasih sayang guru pula lebih bersifat terbuka dan rasional. Dengan memandang terus kepada masa depan pelajarnya dengan jelas tanpa diselindungi oleh apa2.

    Seorang anak dapat menipu ibubapanya, tapi mereka sukar utk menipu guru2nya. Kerana banyak rahsia diri dan jiwa pelajar ada dalam genggaman guru yang tidak dketahui oleh ibu bapa sendiri. Itulah kelebihan guru........

    p/s: sayang biarlah pada tempatnya....



    GraMmY Award.....

    Dah lame dah dapat award dari Mar ni....sian Mar...!!! Hari ni tertunailah sudah hajat........TQ ya Mar........



    5 sebab daku sudi jd follower mu :
    1. Tuan punya blog ni sgt2 sweetSss.
    2. Tuan punya blog ni really2 cumel....ikhlas !!!!..
    3. Seorg yg baik, penyayang, memahami & sewaktu dgnye...iklas ni..

    4. Coretan pengalaman tuan punya blog yang sporting,sempoi & bermakna!
    5. I love everything about purple.........

    p/s: hutang dah selesai!!!!

    Ahad, minggu kedua dalam bulan Mei

    That is Mother's Love........



    Tahun ini Hari Ibu jatuh pada 10 Mei 2009. Selamat Hari Ibu kepada Ibu ku... dan semua ibu2 di Malaysia dan seluruh Dunia.

    Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata…memang betul)
    Bila dahaga, yang susukan aku….
    mak

    Bila lapar, yang suapkan aku….
    mak
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
    mak
    Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….
    Mak
    Bila bangun tidur, aku cari….
    mak
    Bila nangis, orang pertama yang datang ….
    mak
    Bila nak bermanja, aku dekati….
    mak
    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….
    mak
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….
    mak
    Bila nakal, yang memarahi aku….
    mak
    Bila merajuk, yang memujukku cuma….
    mak
    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….
    mak
    Bila takut, yang tenangkan aku….
    mak
    Bila nak peluk, yang aku suka peluk….
    mak
    Aku selalu teringatkan ….
    mak
    Bila sedih, aku mesti talipon….
    mak
    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .
    mak
    Bila bengang.. aku suka luah pada..
    mak
    Bila takut, aku selalu panggil…
    “mmaaakkkk! “
    Bila sakit, orang paling risau adalah….
    mak
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga….
    mak
    Bila buat hal, yang marah aku dulu….
    mak
    Bila ada masalah, yang paling risau….
    mak
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
    mak
    Yang selalu masak makanan kegemaranku. …
    mak
    kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..
    mak
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….
    mak
    Yang selalu berleter kat aku…
    mak
    Yang selalu puji aku….
    mak
    Yang selalu nasihat aku….
    mak
    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..
    mak

    Terima Kasih atas segalanya Makk.....

    Ahad, Mei 10, 2009

    Khas Untuk Aya...



    Entry ni khas untuk Aya....yang baru menerima orang baru dalam keluarga pada 7 Mei 2009. Tahniah....its a girl!!
    A beautiful baby girl has come to fill your lives with joy and bliss!!!
    Bole tahan montel jugak babynye...3.57kg....tapi tak bole pecah rekod aku 3.8 hahaha!!
    Selamat Hari Ibu....
    Selamat berpantang di Kelantan!!!!!!!!

    Sabtu, Mei 09, 2009

    Nama Jawa Yang Baik2

    Untuk kegunaan masa depan bagi mereka yang ingin menambah zuriat..
    Pilihan nama jawa yang bagus2 diperturunkan. Pilihlah yg anda berkenan:-

    Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman
    Pandai membaiki kereta, namakan - Karman
    Average dalam golf - Parman
    Pandai dlm penulisan - Suratman
    Gagah perkasa - Suparman
    Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman
    Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
    Pandai buat kuih pai - Paiman
    Pakar jualan - Salman
    Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
    Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
    Doktor gigi - Sugiman
    Supaya cepat naik pangkat - Yasman
    Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman
    Yang ada darah Bengali - Manbai
    Pandai organise skim cepat kaya - Pakman (Te' Lo)
    Mat rock - Rokman
    Jadi polis trafik - Saman
    Pakar kunci - Lokman
    Baik budi pekerti - Budiman

    Ada lagi... ..
    Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
    Suka bagi orang susah - Sukarman
    Suka mengada-ngada - Ngadiman

    YAYI Maaaan..! ULTRAMAN...!

    Mei Yang Istimewa..........

    Bulan Mei tiba lagi......Bulan ni sangat istimewa sebab dalam ni lah adanya Sambutan Hari Ibu... Hmmm....anak murid aku dah sibuk melukis mewarna kad ucapan untuk ibu masing2....sungguh teruja aku tengok depa siapkan kad yang istimewa untuk ibu. Siap mintak idea cekgu lagi nak hias kasi cantik2 macamana....aku pon teruja gak menolong depa....

    Bulan ni jugak adanya Sambutan Hari Guru. Entah anak murid aku ingat ke tidak selain Hari Ibu depa juga kena buat kad untuk guru....huhuhu.......

    Lagi satu yang istimewa bulan Mei ni...Birthday Kakak........Hhmmm...nak kena celebrate ni pasal Kakak dah pandai request2 kek birthday yang macam2 mana...perisa ape....toping macamana...
    Mujur dia tak pandai mintak hadiah bukan2 lagi....Kakak cuma nak kasut saja...kalau tidak haru aku dibuatnya. Katanya...Kasut kakak mesti yang tinggi2 punya, pasal dia dah kakak. Bukan budak lagi!!! hahahah........
    Lagi satu Kakak kata...birthday cake dia nak ada payung kat atas kek tu....hahaha..gitu pulak!!!!!!!
    Tahun pertama...time birthday kakak demam.....
    Tahun kedua birthday Kakak...kakak demam lagi........
    Tahun ketiga pon Kakak demam....
    Hopefully....tahun ni everything will be ok yaa sayang....

    Khamis, Mei 07, 2009

    Macam-Macam Hal.........

    Part 1

    Hari ni Zulhelmi tak datang sekolah......begitu jugak sorang lagi (Saiful) yang aku memang rasa dia yang lebih2 nak jadi samseng dalam kejadian gaduh2 tu.
    Aku pon sembang2 dengan budak2 yang lain....depa ceritakan Emi tak datang skolah pasal teruk kena pukul ngan bapanya. Kesian pulak aku dengar!!! Kawan2 dia cakap bukan Emi yang mulakan, Saiful yang thegeh2 mula...ajak dan sembur api nak keruhkan keadaan. sakit ati aku dengan Saiful ni tau. Saiful lah satu2nya murid aku yang paling kurang ajar sekali. Dia dah tak mendapat tempat dalam hati aku...sementelah lagi mak dia pantang kita komplen pasal anak dia...terus saja serang2 cekgu. kononnya anaknya lah yang baik sangat...........

    Part 2

    Kesian jugak dengan rakan seangkatan sorang ni....
    dikatakan takdak perasaan....katanya... orang2 ICT2 ni takdak perasaan. Aikkk??? mana dia dapat jawapan ni taktau lerr....
    Rakan tu tahu tugas dia, sebelum ni dia takdak masalah....masalah timbul lepas dia dipaksa ajar subjek yang dia memang tak reti dan tak bkemahiran lgsung nak ajar. camne nak ajar kalau diri sendiri tak reti. rakan ni pon dah tolak dan cakap awal2 yang dia memang tak bole...tapi disuruh jugak. dah tentu dia pressure. bila stress..mulalah tak kena sana sini.
    Nak cerita banyak pon tak guna....
    Kenapa yerr...sejak orang kanan baru ni...semua cekgu2 bermasalah....
    itu yang patut dikaji oleh bigboss.
    Kami pon dok pikir...orang ni bole pcaya tak ni. Pasalnya dengan org ni dia cerita lain...orang tu dia cerita lain.

    Td ada sembang ngan sorang cekgu yang baru balik kursus......katanya proses dia mohon dan dapat kursus tu semuanya dia buat sendiri. Sebab apa...??? surat pmohonan dia yang ptama tu tak sampai jabatan sana. Nasib baik dia fon terus pihak sana tanya status pmohonan dia. Rupanya borang dia memang tak ada kat sana. puan kat Office lak mati2 kata dah hantar. Maka kena marahlah kawan aku ni sebab tipon orang atasan katanya cekgu2 macam kami ni tak boleh telefon orang atas2 sana. Apalah puan tu..Puan kalau dalam borang tu siap tulis nama dan no.fon untuk dhubungi jika ada apa2 masalah...dah tentu kita bole fon....tak payah nak tunggu puan tolong tipon. Pelik la aku!!
    Dah tu....kawan aku ni sikit punya baik...malas nak cakap banyak....dia buat semula proses dari awal tanpa pengetahuan puan tadi dan terus hantar borang sendiri. dah tak pakai office2 boy dah!! Yang bestnya kata kawan aku tu...pegawai tu siap ucap terima kasih lagi kat dia sebab menyenangkan tugas dia....
    yang puan tu pulak..sampai ke hari ni dia taktau cerita sebenar tu. payah nak cerita ngan orang gitu!!!! Biar dia syok sendiri.............

    SO........ aku rasa ada yang tak kena la ngan puan kami sorang tu. Ada jugak kami risik2 dari tempat lama dia tentang perangai dia tu...hasilnya orang sana 'emuanya 'alhamdulillah dah lepas...siap pulut kuning'...hahaha!!! patutlah....Cepatlah dia naik pangkat. Kami pon nak buat pulut kuning ni....bukan sorang yang aku dengar nak wat...tapi ramai sangat dh...............


    Rabu, Mei 06, 2009

    Apalah Nak Jadi.........

    Pagi tadi sesampainya disekolah.....Bos bgtau kemarin lepas kelas tambahan budak2 aku bergaduh dengan bebudak kelas sebelah..dengan penuh lagaknya ala-ala gengster lagi. Bawak geng..panggil geng sekolah sebelah...bawak2 besi....penuh gayanya murid2 aku.

    Aku tak terkejut pon sebab memang tau dah budak2 kelas aku tu pantang dicuit...mudah saja nak hanginn.......!!!Depa takkan mengamuk kalau takdak orang kacau depa. Aku masih rilex...dengar cerita A-Z budak2 tu....
    Budak2 kelas aku memang takot gila ngan aku...bila aku panggil suruh cerita kejadian tu....asyik menunduk aja...berceritalah depa A-Z....dan aku tak macam biasa....hanya dengar saja....apa pon aku tak cakap...
    Mesti depa pikir....buang tebiat nak mampos ke cikgu shima ni....tak kena penampar pon...padahal kes kelmarin agak berat...mlibatkan parents2 smua.
    Yaaaa....cekgu shima rasa kecewa sangat2...anak murid aku lemah dalam segalanya. Lemah dalam pelajaran...lemah semangat....lemah iman........

    Aku tau....punca bergaduh ni mesti dari Fakhrul kelas sebelah tu jugak. Tapi budak kelas sebelah tu dari kelas yang pandai....bijak....
    Apa lagi yang bole aku buat...yang lemah takkan menang...yang bodoh takkan terlawan......
    Bulan lepas budak yang sama cari pasal ngan murid aku si Zulhelmi ni, sampai penyodok sampah aku pecah berterabur........lawan pukul. Kes nya Fakhrul ni jugak puncanya. Aku dah cakap kat si FAkhrul tu....'awak bijak..pandai....gunakan otak sebaiknya. jangan cari pasal. Anak murid cikgu ni bodoh2 semuanya...depa tak pandai pikir macam awak. Yang depa tau guna kekasaran saja'.
    Rupanya kes sebulan lepas masih lagi jadi dendam kesumat antara 2 kelas ni.

    Kalau kes yang lepas2 aku akan cari punca sampai lubang cacing..nak tau sapa punya pasal. tapi kali ni....biar orang lain yang cari. Takot tak pasal aku hempuk anak orang lak. Aku tak salahkan Zulhelmi kalau depa kata dia mulakan dulu. Zulhelmi tak layak jadi samseng, Samseng apa...kalau cikgu tinggikan suara pon dah menangis. Samseng taik kucing bole la....

    Tadi...masa di soal siasat....aku jenguk skejap...lepas sesi tapisan....yang betol2 tlibat....6 orang kelas sbelah....2 orang kelas aku, zulhelmi n saiful. Aku tengok Zulhelmi tunduk macam muka nak masuk dalam lantai. Dia takot aku mengamuk kot........

    Itu hal pagi....
    2 waktu sebelum tamat psekolahan.........aku masuk kelas.....aku pon hairan kenapa aku tak sentuh pasal kejadian gengster tu........
    Aku tengok zulhelmi dan beberapa org murid bmasalah..takdak dlm kelas. Kawan2 depa kata cikgu kaunseling panggil. Tup2 masa meeting tadi GPK1 bagitau dia terjumpa zulhelmi menyorok belakang bangunan. taknak masuk kelas katanya takot aku marah pasal kejadian tu. Ciss....ingatkan ada kat bilik kaunseling. Rupanya sejak kol 11 pg lagi dia dah nyorok. Sampai tak masuk kelas KH. Cikgu KH pon ingat dia kena kaunseling.


    p/s: Entahlahh....cekgu dah letih dah nak marah2 kamu....tetap sama jugak jadinya......


    Selasa, Mei 05, 2009

    Tomok Juara One In A Million

    Juara Lelaki Pertama OIAM...!!!


    Ahad, Mei 03, 2009

    Jet Peribadi Sultan Brunei

    kongsi emel........

    Jommm...Jamu mata ngan kemewahan dalaman jet peribadi Sultan Brunei?

    sb12

    klik gambar biar gede

    klik aja

    klik gambar biar gede

    Buat cuci muka