Pages

Rabu, September 30, 2009

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF.......

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR.......

Untuk suami / isteri yg tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

Untuk bunyi bising jiran2, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada".

Selasa, September 29, 2009

Kembali Bersiaran.....

Kembali Bersiaran..........

Lepas seminggu cuti raya...tiba masanya bertungkus lumus untuk PROTIM lak. Nak kena hantar dah ni. Yang aku risau2 kan ialah kehadiran murid2. Jenuh lak aku mencari.
Rambut aku bkn main hebat lagi gugurnya. Aku bkn leh risau lebih2.
Sbenarnya aku dah start Protim sblm cuti raya lagi. Tapi tau sajalah main ngan kelas2 hujung ni.. nak2 plak dah lepas peksa, makin liat lak depa nak mai sekolah. Pendek kata suka2 hati ja depa nak mai ke tidak. Akhirnya tadi aku dah setel smuanya. Ramai gak yang tak hadir. Biaqlah!!...
Takot lak aku nengok keputusannya.....

Esok ada jamuan raya pastu terus bermesyuarat. Taktaulah nak habis waktu mana. Barangkali sesudah Asar gamaknya. Lecehlahh....

Oleh sbb masih dalam mood raya....aku dapat biskut raya dari anak2 murid yang penah aku ajar. Tapi ada sorang murid kelas aku ni yang saban tahun bagi aku biskut raya. Dia murid aku yang baik dan sangat2 aku kesian. Pasal sampai sekarang dia masih belum boleh membaca. Orangnya nampak normal, tapi dia mmg bmasalah khas. Ada ciri2 khas. Tapi yang aku kesian tu, dia berusaha memajukan diri. bbanding dulu...skrang boleh lah baca sambil eja pelan2. Macam2 gak aku gasak srh mbaca, sampai penah nangis lah dia. usaha mengeja..tapi tetap tak boleh. Sudahnya..aku pon terpaksa ke tandas skejaplah. Apa kelas cikgu shima nak nangis depan murid. nangis di tandas lah...!!! hahahah....
Aku ksiankan dia, skurangnya dia boleh membaca jadilah. supaya dia tak senang ditipu kemudian hari. Itu yang aku terpaksa garang2 ngan dia tu. Akhirnya aku terpaksa akur, takdak gunanya aku paksa dia..biarlah dia usaha sikit demi sikit. Aku doakan dia berjaya satu hari nanti.

Terima kasih Amira....bagi biskut raya untuk cikgu. Tahun depan dah tak dapat dah bagi kat cikgu, kan!! Cikgu dah habiskan separuh biskut2 raya tu...sedap. Nanti Amira pandai buat kuih, jangan lupa hantaq kat cikgu barang sekotak dua ok!! hehehe....


Tadi aku lupa bawa HP....patutlah gelisah semacam jer...hehehe......
Kak Lia tepon aku kat sekolah tadi, ingatkan urgent apa tadi, sampai aku dapat notes dari office suruh tipon kak Lia smula. Rupanya dia nak ajak aku jadi pemeriksa kertas exam. Aku terpaksa menolak, pasal belum bsedia lagi. Boleh pusing kepala aku kalau marking paper. Hehehe...kalau objektif takpe gak. hehehe.........

Jumaat, September 18, 2009

Selamat Hari Raya....

Untuk semua rakan pengunjung Zonlavender..........



Mata kadang kala salah melihat.....
Mulut kadang salah berucap.....
Hati kadang salah menduga....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada......



Isnin, September 14, 2009

Mood.......

Sudah Hilang...........

Entah kenapa minggu ni mood mengajar sudah hilang. Murid2 aku jugak sama macam cekgu depa jugak, mood belajar dah hilang. Semuanya pasal mood raya dah menjelma.
Cekgunya asyik berpikir kat mana nak beli baju raya yang belum2 lagi ketemu yang bkenan dihatiku ini. Muridnya pulak...asyik bertanya adakah cekgu akan bagi duit raya tahun ni, sementelah cekgunya tahun ni tak dapat bonus. Hehehe.......

Sejak minggu lepas lagi aku dah mula dapat kad raya dari murid2. Ada yang dari murid2 yang ku ajar tahun ni. Ada jugak dari murid2 yang tahun2 sebelum ni aku ajar depa. Hmmm...ingat jugak hangpa kat cekgu nohh.....Tima kasih banyak2. Insyaallah sebelum cuti cekgu akan berusaha membalas kad2 raya hangpa semua ok!!!
Wahhh.....Macam artis pulak aku rasa, berbalas2 kad raya.

Khamis, September 10, 2009

TUGAS......

HARI KETIGA.........

Pagi2 lagi aku sudah gusar....pasal tugas hari ni habis lambat. Pukul 3.45 petang. Aku hampa semalam tak dapat memanjakan diri.
Pagi tadi hujan tetiba turun dengan lebatnya. Zazzzsss...aku terbayangkan anak2 murid aku kat sekolah hari ni. Mungkinkah depa tak mai sekolah ape. Anak murid aku tu asal hujan setitik pon tak mai sekolah dah. Kalau ditanya pandai sungguh bagi alasan. Aku tak berani nak phone member2 kat sekolah bertanyakan berapa belas murid aku yang tak mai hari ni. hehehe....
Mujur hujan mula reda. Hal anak murid aku tu...esoklah aku soal siasat apa berlaku sepanjang aku takdak kat sekolah 3 hari ni.

Berbalik pada tugas aku....hari ni macam nak pengsan pon boleh jadi gak. 4 paper. Sungguh aku tersiksa asyik catwalk dalam kelas tu. Macam nak tercabut pon ada tumit kaki aku ni. Dah lerr aku siap berkasut tinggi lagi. Bukan cikgu Shima kalau tak bersepatu tinggi yer tuan2 puan2.......
Aku pon taktau betol ke tidak caraku ini.....duduk 5 minit, berjalan15 minit. Nak duduk pon aku serba salah, pasal tak pulak dsediakan kerusi untuk pengawas. Mujur ada calon tak hadir, dapatlah aku melabuhkan punggung aku nan tulang tak sangga ni. Alhamdulillah......

Hari ni aku menikmati cara murid2 menjawab peperiksaan, Oleh kerana aku pakai mask...depa taktaulah aku asyik tersengih dengan gelagat depa.
Murid yang aku ceritakan pada hari pertama tugasku dulu....aku taktau sama ada dia ni jenis manja...mengada2....terhegeh atau dia sememangnya naif. Dia memanggil aku....ingatkan ada masalah apa..rupanya dia minta aku tolong ikatkan tali pada kertas jawapan dia sambil tersengih2. Terkejut cikgu....bila dia kata dia tak pandai ikat. Umur belasan tahun tak pandai ikat lagi. Aku mushkil...adakah dia nak permainkan aku. Dah ku suruh2 pon tak mahu, last skali aku kata tak reti tinggal aje atas meja. Masa nak kutip kertas jawapan, aku tengok dia boleh lak ikat tali tu. Sengih aje dia.....

Masa peperiksaan tu...ada jugak aku lihat jenis murid yang suka bebenor tengok kipas disyiling berputar. Ternganga2 mulutnya..........asyik2 pandang kipas.
Ada tu..yang dah siap menjawab. Asyiknya dengan aksi Naruto sorang2 dia. aku biarkan je asalkan tak mengganggu rakan lain. Ada jugak yang buat aksi ala2 Yoga kat tempat duduk dia.
Macam2 budak2 ni. Bak kata ketua pengawas aku, Kalau SPM or STPM memang kena halau lah bebudak tu. Tak dengar arahan. Tapi sbb depa masih kecik lagi...kita maafkan depa sajalah.

Akhirnya.....tugas kami pon selesai.....
Aku harap tahun depan aku takkan kena lagi. Letih weyy...!! Tahun ni pon aku tak mintak, tapi apesal nama aku leh naik taktau lah.
Lepas keluar sekolah tu, alang2 dah petang aku terjah pasar ramadhan terus. Tak sangka sorang murid calon sekolah tu datang tegur aku. Katanya dia tinggal dekat situ.
Murid tu bukan kelas yang aku jaga. Kelas lain. Kenal jugak aku yang ber'mask' ni.
Maka aku pon belanjalah dia kat pasar ramadhan tu apa yang dia rasa nak makan untuk berbuka nanti. Happy dia......

Alangkah bestnya kalau esok cuti..........

Rabu, September 09, 2009

TUGAS....

Hari Kedua.........

Hari ni hari kedua tugas mengawas. Selsemaku masih tegar lagi rupanya. Aku sungguh tak tahan. Di tambah pulak keadaan sekolah ni yang tandasnya nun dihujung dunia. kena belok sana belok sini, baru sampai. Tersiksa sungguh rasanya. Dah lerr selsema, datang pulak batuk menyerang. Tekak aku bagai ada yang menggeletek rasanya. Geli sampai berair mataku.
Sungguh tersiksa.

Hari ni best...pasal satu paper saja. So..balik awal. 9.30pagi dah balik dah. Sejak 2 minggu lepas lagi aku dah plan nak pi buat facial hari ni. Elok sangat hari ni, pasal takde keje sgt. Mana tahu selsema pulak menyerang. Takkan nak tadahkan jugak muka aku ni. Nafas pon ikut mulut. Malu ahhhh.........

Tengah rilex tadi...dapat call dari sekolah. Ingatkan suruh aku balik ke sekolah. rupanya dapat jemputan berbuka puasa kat sekolah esok. Niat dihati mmg nak pegi. Tapi tengok dulu keadaan esok. tengok pada keupayaan kondisi badan aku. Lagipon esok tugasku habis lambat. huuwwwaaaaaa.....

Selasa, September 08, 2009

TUGAS....

HARI PERTAMA

Hari pertama peperiksaan...aku ditugaskan di sebuah sekolah yg ramai calonnya. Aku ditugaskan menjaga bilik peperiksaan yang calon2nya merupakan kelas2 akhir gitu. Akhir dalam kata ringkasnya yang tidak cemerlang mcm calon2 pilihanlah. Biasalah kalau main ngan kelas hujung2 ni..masalah disiplin..amboi boleh buat cikgu darah tinggi. Oleh kerana cikgu ni dah masak ngan calon yg sbegitu....kita layan ajelahh.....yang penting hgpa jawab exam ngan jayanya.
Hmmm..calon yang aku jaga ni walaupon rankingnya akhir skali...boleh tahan jugak jawapan yang djawab. Bbanding murid kelas aku...ya ampun....kalau btanding sah2 murid kelas aku dikalahkan oleh depa hidup2.

Ok...aku telah djangkiti selsema..Maka mau tak mau terpaksalah aku pakai mask. Wahhh..aku laksana Power Ranjers jer men'round' satu kelas tanpa henti. nak tercabut kaki rasanya. Tobat aku takmau jadi pengawas dah...tak padan ngan bayaran. sakit kaki lagi azab. Yelah mana boleh duduk. kalau peksa 2 jam..2 jam lah aku ala2 catwalk dalam tu. Dah lerr hidung tersumbat. lemas dek mask lagi.
Aku harus pakai mask selalu...kementerian dah sdiakan mask siap ngan pencuci tangan antiseptik lagi. Mau tak mau aku kena buat, takot bjangkit lak kat budak2 tu lagi haru.

Oh..yaa....oleh kerana aku pakai mask..budak2 tu tak dapatlah nengok wajahku. Depa hanya dengar suara aku saja. Entah knapa aku suka dengan suaraku hari ni. Serak2 basah..yang sungguh rock. Tiba2 saja aku rasa macam Yuna pon ada hari ni. Aku suka suaraku hari ni. Sedap rasanya. ahakksssssss........

Oleh kerana aku geram gak kat calon2 yang ada yang nyanyi2 kecil...main kuis2 pensil. Depa bawak pensil untuk menulis 10 batang kau....itu yang boleh main kuis2 pensil bila dah siap menjawab. bila dah bmain2 macamtu....bisinglah jadinya. geram sungguh aku.

Ada sorang calon...dia asik nyanyi2 kecil sambil main2. (bila dia dah siap menjawab). tegur pon tak jalan kau. Aku ni naik juling mataku, asyik menjeling sikap dia tu. Sbb dia soranglah aku rasa macam ....lagi cepat abis peksa lagi aman aku rasa. hahaha...degil ya amat....
kalau aku ronda belakang....perangainya lagi sakan. Sudahnya aku asyik bdiri depan sajalah, nak pantau dia. Jenuh aku menjeling.

Tadi masa nak balik..sambil berlenggang-lenggok berjalan ke kereta....tiba2 aku dengar sorang budak memanggil2 'cikgu..cikgu...cikgu...bye cikgu'.....rupanya murid yang aku paling nyampah dalam kelas tadi. hahaha.......
Aku pon babai lerr balik. Pastu dia datang dekat aku kat kereta....dia tanya 'cikgu dari sekolah mana? 'tinggal mana?' Lepas tu katanya..dia nak ajak aku sembang2. Pulak...?? hahaha...aku kata..'cikgu selsema ni...mana leh sembang ngan kamu, takot berjangkit kang susah. Tunggu cikgu sembuh dulu baru sembang2 ok'.

Macam2 budak2 ni...........ada2 ajer....
Aku teringat murid2 kelas aku...macamanalah depa menjawab. Soalan agak mudah. Harapnya depa leh menjawab.

Khamis, September 03, 2009

Selamat Berjaya........

SELAMAT BERJAYA............

Hari ni hari terakhir aku kat sekolah sebelum budak2 aku hadapi exam. Jumaat aku tak ada kat sekolah. Lepas tu cuti sampai senin. Minggu depan masa exam pon aku takdak kat sekolah. Jadi aku harus perturunkan segala saki-baki ilmu yang ada untuk bekalan murid2 aku menjawab nanti. Minggu depan depa dah nak peksa. Adoi..aku pening. Sungguh2 aku risau...tapi budak aku rilex jer..hampeh....
AKu risau...depa tu kalau tak diingatkan bkali2....mampos depa merapu merepek sakan. Risau sungguh hatiku. Depa bukannya risau hal2 peksa ni.
Takut sungguh bila pikir hal budak2 ni...
Aku pulak yang terlebih risau....depa seronok jer aku tengok.
Depa ni langsung tak amik berat hal2 ujian ke peksa ke...sakit hati aku. Parents pon sama.
Tadi aku dah phone merata mencari anak murid aku yang sejak bukak sekolah tak datang2 lagi ni. sampaikan jadual peksa pon tak amik lagi. membuak2 darah aku mendengar bila aku tanya mak bapak kenapa si polan si polan ni tak hadir sekolah bgitu lama. Boleh dijawabnya "laaa..saya taktau pon cikgu dia takpi sekolah, saya keluaq pi keja awai" . Daripada aku memaki org tak tentu hala....cepat aku tamatkan pbualan dengan mengingatkan si bapak bahawasanya anaknya nak periksa minggu depan. senang ke tak senang, tolong hantar anak sendiri datang ke sekolah. aku buat ulang suara..minggu depan selasa, rabu dan khamis tolong hantar anak ke sekolah.
aku rasa macam nak sembelih orang pon ada waktu tu....geram teramat.
mati2 aku ingat dia takmai sekolah sbb demam ke apa...maklum lani musim demam. Rupanya....

aku terlalu risaukan anak murid aku...pasal aku tau depa tak ambik berat langsung hal2 belajar. Sudahnya minggu ni aku asyik bletiaq ja kejanya..ingatkan benda itu ini......
walaupon dah bbuih mulut aku asik peringat...pon aku tetap tak puas ati lagi. Aku risau pasal senin depan cuti...tup2 mai sekolah terus peksa. Budak aku lak...jenis hari ptama ke sekolah tiap minggu..asik ponteng je. mmg gitu peelnya....tiap senin dan jumaat...cerah jer kelas aku. Ramai tak datang.

apapon.....
Untuk anak murid kelas aku...selamat berjaya cikgu ucapkan.
Ingat!!..kalau tak kesiankan diri sendiri, kesiankanlah mak bapak.
kalau tak kesiankan mak bapak...kesiankan cikgu yerr...
jawab baik2...cikgu doakan semuanya bjaya........amin..........