Pages

Jumaat, Januari 23, 2009

Firdaus...menghilang lagi..

Tahun lepas pon sama.....tahun ni pon sama.......!! apa yang sama??? nie pasal Firdaus pulak...... tahun lepas dia mai sekolah minggu pertama saja. Lepas tu terus lesap sampailah bukak sekolah baru ni dia mai semula. Firdaus Cikgu ingat Firdaus dah insaf dan sedar bahawa pelajaran tu penting...nak2 tahun ni nak periksa....rupanya Firdaus tak berubah langsung. Kesian Firdaus!! ke salah cikgu sini asyik suruh Firdaus beli buku latihan sbb Firdaus tak beli2 buku latihan lagi....dok dalam kelas dok nganga jerr...kami bukan apa..risau tengok Firdaus..takot ketinggalan.... Kata Firdaus bapanya dah amik duit bantuan sekolah tapi tak beli buku pon...patutlah hari tu nampak mak dan bapanya mai sekolah....!!! lepas seminggu mai sekolah terus lesap...dia buat lagi....Aduh pening aku ngan budak2 kelas aku yang macam2 adanya!!! lama-lama Cikgu Shima cepatlah kerepotnya....asik pikiaq hal budak2 ni jerr......



Rabu, Januari 21, 2009

Sabtu, Januari 17, 2009

Kelas Kami...

zwani.com myspace graphic comments
Dah seminggu sessi persekolahan dibuka.... entah kenapa setiap kali masuk kelas aku rasa tak best sangat dengan suasananya. terus terang cakap....kelas tu nampak kotor....kusut dan segala macam yang buat mata aku cukup berserabut!!!! Akhirnya aku amik keputusan nak cat kelas tu. Teruk jugak tu nak cat..yelah kelas tu luas....bukan masalah duit nak beli cat. Yang jadi masalah nak mengecat tu. Aku belum bagitau budak2 aku lagi....tak sampai hati pon ada gak nak kerahkan tenaga kecik depa tu. Takpelah...aku buat sikit2. Yang penting kena cat jugak....untuk keseronokan aku dan murid kelas aku. Aku ada gak bertanya cikgu2 lain...ok tak kalau aku nak upah tukang kebun cat kelas aku. tapi aku berpikir banyak kali sebab kesian pon ada gak...lagi satu aku taktau nak upah berapa. kot tak padan ngan tenaga....kesian pulak..
sudahnya aku buat sendiri. Budak2 aku macam tau2 saja apa ada dalam otak aku ni....depa bertanya bila aku nak mula hias kelas kami ni. pasal depa nak tolong. Baguslah hangpa semua!!! Lega aku mendengar....nampaknya ada yang nak tolong.
aku pon bagitau lah sekelas tu yang aku plan nak cat kelas kami. Yahoo....mana tau satu kelas nak tolong. baiknya hangpa!!! Anak murid aku punya semangat nak mengecat sampai bawa smua peralatan mengecat sendiri lagi. aku pon beli lah cat 2 tong untuk cat kelas kami. Itu pon tak cukup lagi. bukan dah tak mampu nak beli cat..tapi nak mengecat tu sikit punya siksa. sbb nak kena kikis cat yang berabad lamanya tu yang sakit sikit. aduhai....dalam hati aku...mujur tak suruh tukang kebon. kalau tidak kesian dia. Kesian gak kat anak murid aku. tapi depa tak berbunyi letih pon. 2 hari gak lerr kami cat. itu pon tak siap lagi. bila nak siap entahlah. Bila dah cat barulah best nak menghias kelas tu. Bahan2 banyak dah aku kumpul. Hasilnya kelas kami sekarang agak ceria berbanding sebelum ni. Terima kasih anak murid ku.........
Aku memberi kebebasan dan menggalakkan murid memberi idea untuk mencantikkan kelas kami. Walaupon nak melekatkan sehelai kertas aku masih bertanya pendapat depa...kat mana yang sesuai diletakkan...apa lagi yang boleh mencantikkan kelas kami. Semuanya idea kami bersama. Walaupon kelas aku ni muridnya tak pandai tapi aku takmau menidakkan keupayaan otak depa. Kesian depa untuk 20 tahun akan datang.................
Untuk anak-anak murid aku....Cikgu doakan hangpa semua berjaya!!!!!!!

Dia Kembali....


Hari ni aku sungguh2 terkejut beruk.....kenapa??? kerana kemunculan Jeevarani. Siapa Jeevarani?? bekas anak murid aku....3 tahun lalu aku masa depa ni tahun 2 aku penah jugak jadi Guru Kelas depa...Jeevarani ni plak...abis ja tahun 2 terus takmai sekolah sampailah hari ni. 3 tahun dia tak sekolah. Dia pon sudah banyak berubah....makin tinggi....besar....tak macam dulu2, sampai aku pon dah tak cam dia. Berkali2 aku tanya Yesu Dass....betol ke ini Jeevarani!!!!
Entahlah aku pon taktau nak cakap mcamana....macam2 perasaan ada. Gembira jugak akhirnya dia balik sekolah....sedih pon ada...sbb dia tak pandai baca...masuk kelas aku...dah la tahun ni nak peksa....Kesian jugak kat dia bila mengenangkan dia anak terabai. Entahlah......tolong sajalah apa yang patut. Dari cerita yang aku dapat...3 tahun dia tak sekolah, dia tinggal ngan makcik dia...jadi orang gaji makcik dia, mak dia tak pedulikan anak dia. Tak kisah anak sekolah ke tidak. Tahun ni yang boleh sekolah semula sebab mak Yesu Dass ambik dia dari makciknya dan terus dia masukkan semula ke sekolah. Aku test bacaan kat dia....ternyata tak bole eja...tak bole baca... tapi tulisan dia bila aku suruh tulis tersangatlah kemas dan cantik. Aku dah naik pening dah ni apa aku nak buat. Dah lerr yang 26 orang tu pon merangkak2........aduh....Jeevarani jauh ketinggalan.....aku terpaksa berpatah balik beribu KM just nak ambik dia sorang yang tertinggal. Jauhnya perjalananku kali ini.............

Khas untuk Jeevarani dan Cikgu Shima....Jangan Putus Asa Yerrr.........

Rabu, Januari 14, 2009

Happy Birthday Damia

Oh, how time flies!

Pejam celik, pejam celik, dah meningkat setahun umurnya.
Yang dulunya kecik Erkkkk....kecik umur jer..badan montel!!!? Aku beli sebiji kek kecil. Tak buat party bagai. Party ngan family dalam umah...ditengah malam yang sunyi sepi! itu pon dah tak larat nak kepung kaki tangan Si Adik ngan Kakak.....

Tahun depan Adik dah besar sikit kita buat birthday party okayyyy.....promise!!!!!!

Tention aku....masing-masing nak tolong potong kek...Tak sabar2 la budak dua orang ni..... Apapon...Selamat Hari Lahir Adik Damia!! Semoga dilimpahi rahmat Allah selamanya.......


Jumaat, Januari 09, 2009

CKT

Glitter Words

Aku ni bukanlah pandai masak.....just lepas untuk isi perut bole la....
Oleh sbb aku tak pandai masak, maka rajinlah aku mencari segala benda yang bole memudahkan aku masak. Contohnya Sos nak buat CharKoTeow ni.
Tuang dalam kuali terus goreng....hhhmmmm......bole tahanlahh....

Cara menyediakan hidangan Char Kuey Teow Penang :

1) Panaskan sesenduk kecil minyak di dalam kuali
2) Masukkan udang / kerang
3) Tumiskan secubit bawang putih
4) Masukkan cili secukup rasa.
5) Masukkan Kuey Teow , taugeh dan kucai.
6) Kacau sehingga teradun kemudian masukkan sebiji telur.
7) Tuangkan 2 senduk kecil SOS CHAR KUEY TEOW dan kemudian kacau sekejap dan siap utk di hidangkan.


Muridku..

Assamualaikum........
Hari ni nak bercerita tentang anak murid aku yang bernama Hazwan.....
Tahun lepas masa aku dapat budak2 nie....si Hazwan ni punyalah lemah. Mengeja pon tak pandai. Nak bagi dia bercakap ibarat dlm mulot dia ada ketoi mas gitu. Tention???? ooowwwhhh...sudah tentu!!!!! Tapi Hazwan ni baik budaknya...pendiam..hormat cikgu....rajin ke sekolah....tak penah timbulkan kemarahan baik guru2 atau rakan2. Dek kerana kebaikan yang terlampau tu lerr aku rasa sedih bila dia tak pandai (sekurang2nya membaca) macam orang lain........
Sudahnya Cikgu Shima menambah kedut lagi sbb dok pikir mcmana nak tolong Hazwan ni. Adik dia si Syafik dulu aku penah ajar jugak...sama masalah ngan Hazwan...memang nampak la ciri2 cam murid Khas.
Aku saja2 jerr ugut2 dia..."Cikgu bagi masa 3 bulan untuk belajar mengeja, lepas 3 bulan Cikgu nak dengaq Hazwan eja". Itu ja perintah aku. Oleh sebab kata2 Cikgu Shima adalah perintah mau tak mau dia kena buat gak. tiada pilihan....tiada talian hayat!!! Semua budak2 kelas tu tau dah pasal ni. Selain memaksa dia mengeja depan aku....aku jugak bagi buku2 cerita...untuk Hazwan baca aku gak lantik 'guru kecil' yang bertanggungjawab mengajar Hazwan. Kalau dalam masa 3 bulan Hazwan masih tak reti eja...'guru kecil' tu yang akan bertanggungjawab.
Pernah satu hari tu....aku paksa ala2 komunis suruh dia eja dan baca buku cerita depan aku. meleleh2 airmata..air idong dia...bila dia tak dapat eja satu perkataan yang panjang. Ini yang lemah..main nangis2 lak....huhuhu...
Sbenarnya smua murid dalam kelas tu aku asik test bacaan depa. Bukan apa..takmau depa lalai..tak berusaha....
aku pon taktau...sesuai ke tak cara aku ni...tapi kalau nak ikut kepala depa....satu kelas tak peduli untuk baca buku, dah lerr kat umah jangan harap nak membaca. berani potong jari...budak2 kelas aku tue...apa yang aku paksa baca dalam kelas...cuma itulah bacaan depa untuk hari tersebut. Kat umah jangan haraplahh!!!
Jalan singkat aku nak tolong depa....baik ikut kepala aku...biar aku rancang apa yang perlu depa buat!!!!!
Aku bukan apa...kesiankan anak bangsa. Tak reti membaca....bole kena 'jual' dek orang mentah2..
Kepada anak muridku 6F percayalah CIKGU SAYANGKAN HANGPA SEMUA!!!
Sebab itu Cikgu buat semua ni..........
Hangpa Jangan Marah Cikgu Noooo.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Owwhh...perkembangan Hazwan akan diupdate dari semasa.Sebenarnya bukan Hazwan sorang terlibat.....bole dikatakan separuh kelas tu aku tengah 'cuci'.........heheheh........

Isnin, Januari 05, 2009

Hari Pertama

Glitter Words

Dengan penuh semangatnya aku mengucapkan selamat kembali meneruskan tugas dan tanggungjawab. Semoga tahun ini aku akan lebih bersemangat menempuh segala macam karenah dan ujian. Semoga kenangan yang bakal ditempuh akan lebih membahagiakan aku. kepada anak murid aku tahun lepas.....bertemu lagi kita nooo...ingatkan tahun ni cikgu tak jaga hangpa dah...rupanya jodoh kita sungguh panjang....hangpa dah tau kan cikgu punya hangin apa smua...so tahun ni cikgu harap hangpa semua menjadi lebih baik dari tahun lepas...tidak memalukan cikgu... tidak menyakitkan hati cikgu....tidak membuat cikgu marah....KERANA...Cikgu sayangkan hangpa semua....itu sebab cikgu terpaksa 'kejam' dan 'zalim' kat hangpa...
Apa pon pilihan semua ditangan hangpa....kalau hangpa baik dan ikut arahan cikgu....Cikgu Shima bole baik 10 kali lebih dengan hangpa. Kerana apa..???? KERANA CIKGU SAYANGKAN HANGPA!!!!...........ingat tue.....

Hari pertama aku sebagai Guru Kelas kepada budak yang sama tahun lepas tak banyak masalah sbb depa dah tau dah peraturan2 kelas dibawah kuasa Cikgu Shima. Tak perlu lagi aku nak berbuih mulut terang panjang lebar, cuma just ingatkan depa saja. Aku ada bersembang dengan murid-murid tu....tentang perasaan depa bila aku masih jadi Guru Kelas depa tahun ni...... respon yang aku dapat.....kebanyakannya suka katanya......taktaulah kot2 depa just nak amik hati aku...ahaksss....

Aku dan murid melihat2 sekeliling kelas kami.....kemudian kami berbincang apa yang nak dibuat dengan kelas kami ni....yang aku syoknya budak2 kelas aku ni amat minat sekali bab2 cantik mencantik nih.....tahun lepas pon kami cantikkan kelas kami...!!! mataku dah berbulu sbb tengok keadaan dinding yang terlalu kotor. Kelas dah lerr luas......banyak idea yang terlintas ni....
hhhmmmm...............