Pages

Rabu, Ogos 26, 2009

Bagaimana Membuat Orang Hormat Dengan Kita

Bagi Anda yang mahu membina kepimpinan dalam diri supaya staff Anda atau rakan-rakan sekerja hormat dengan Anda, ikuti langkah-langkah dibawah. Untuk membuat mereka ikut cakap Anda, mereka perlu kagum dengan Anda, atau segan sedikit bila terlihat Anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati Anda. Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:

1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.

Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.

Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.

Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.

Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.

Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.

Khamis, Ogos 20, 2009

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah.. lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…

Heheheheh....

Rabu, Ogos 19, 2009

Haram...

HARAM menikah dengan gadis satu kampung!!!!!

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apa haaa'?!

Jgn mara ye semua~~gelak~~gelak~~gelak~~

Jawab Telefon....

CARA MENJAWAB TELEFON ...


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adalah salah... dan kebanyakannya sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini daku akan cuba untuk menukarkan jawapannya (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).



. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?

. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.


. 2. Soalan: haloo, siapa disana?

. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..


. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?

. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?

. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.


. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?

. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.


. 6. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?

. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.


. 7. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.

. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap


. 8. Soalan: halloo... ...

. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?


. 9. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...

. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.


. 10. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?

. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.


. 11. Soalan: assalammualaikum...

. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)


Dah Selesai....

Persembahan Sempena Merdeka...

Minggu lepas daku ada mention pasal psembahan sempena merdeka panitia daku kan. Alhamdulillah..dah slesai smuanya. Apa yang boleh aku katakan..sungguh hazab rasanya mengajar budak2 lelaki menari joget. Hari pertama aku ajar...aku lihat bagaikan tunggul kayu yang bgoyang. Sungguh keras. tersiksa rasanya aku nengok. Mampus...mengekeklah aku sepanjang hari tu. Tak tahan kelakar sungguh. Oleh kerana terlalu teruk joget yg dpersembahkan tu aku susah hati sangat.Terpikir lak aku nak tukar wat psembahan lain. Tapi mngenangkan masa dah suntuk utk aku kerah buah pikiran. aku tawakal je ngan persembahan Joget Malaysia aku tu.

Step paling mudah aku kasi..pon agak sukar. Aku pon bukan pandai sgt joget2 ni. Main bedal saja. Mujur aku tak putus asa...(sbb terpaksa). Maka aku rajin2lah buat latihan. cukup 4 hari nampaklah sikit kemajuannya. Skrang ni kan musim demam2 smua. aku sungguh risau kalau2 budak2 aku demam. Lagi satu murid kelas daku ni rajin2 smuanya. Biasanya tiap hari Isnin depa akan amik cuti extra. Hari jumaat lak dah start amik cuti sampai hari senin yerr. Itulah buda2 kelas daku.
Aku terpaksa ugut supaya depa hadir untuk psembahan hari Senin lepas. Itu pon ada gak yg tak hadir. Mujur aku sudah mem'backup' dengan penari2 lain.
Pada hari kejadian..aku bpeluh satu badan, menunggu murid2 aku yang 7.30 pon masih tak sampai ke sekolah lagi. Mmg slalue lambat pon. Habislah cair make-up aku hari tu.
nak bsiapkan depa..nak atur kedudukan...(ajar 100 kali pon masih perlu diajar disaat akhir..itulah budak2 aku). Nak buat aku menangis bila sorang dari 3 orang penyair aku tak datang skolah. Mak dia tepon, anak demam lak. Haadoi..dah lah org harapan daku.
Maka bjalanlah apa yang ada saja.
Psembahan tu boeh tahan jugak. Budak2 joget aku bukan main lagi nyanyi. Suara dah ok cuma tang joget jerr...keras...

p/s: Terima kasih murid2ku kerana tolong cikgu menjayakan persembahan tu. Cikgu bangga dengan hgpa smua.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Dilema seorang kuli..

Dilema Seorang Kuli.

Bila aku tak buat kerja,
aku pemalas...
Bila bos tak buat kerja,
Dia sibuk.

Bila aku main telefon,
Aku salah guna kemudahan pejabat.
Bila bos main telefon,
Dia menguruskan hal perniagaan.

Bila aku baca suratkhabar,
Aku buang masa.
Bila bos baca suratkhabar,
Dia mengikuti perkembangan semasa.

Bila aku memerintah,
Aku besar kepala.
Bila bos memerintah,
Dia berwibawa.

Bila aku buat sesuatu tanpa disuruh,
Aku nak tunjuk terror.
Bila bos buat benda yang serupa,
Dia memang terror.

Bila aku berhenti kerja,
Aku mencari susah.
Bila bos berhenti,
Yahoooo...Aku lagi ler suka!!!!!!!!!!!



p/s: Esok hari bekerja....ahh..kenapa rasa tak bsemangat saja ni...Aku risaukan perihal hari Isnin nanti...

Isnin, Ogos 10, 2009

Persembahan..

Khas Sempena Merdeka....
Minggu ni aku akan gigih sekali melatih murid2 untuk persembahan sempena merdeka. Persembahan khas dari panitia aku...minggu depan giliran kami.
Ketua aku serahkan tugas ni....dia suruh aku kerjakan budak2 kelas aku. Katanya buatlah rancangan hatta program apa sekali pun janji jalan dan selesai.
Hampeh....gugur lagi rambut aku nampaknya minggu ni.
Bayang2 apa aku nak buat tu dah ada dalam kepala aku dah. Tinggal lagi nak melatih budak2 tu saja. Aku dah terbayang sengsara dah..pasal minggu ni aku akan sapu bersih kelas2 mata pelajaran elektif dan kelas2 yang cikgunya tak hadir ke sekolah.
pendek kata aku menagih relief kali ni. Tapi hanya utk kelas aku saja.
Ini semua semata2 nak praktis untuk persembahan khas kami minggu depan.
Harap2 budak2 aku tak kecewakan aku....
Esok latihan insentif akan dijalankan.

Selasa, Ogos 04, 2009

Patriotisme

Menghias Kelas..........

Bulan Ogos datang lagi....macam biasa aku haruslah menghias kelas aku semeriah mungkin....
tadi lepas murid aku siapkan latihan. ( Wahh...depa ni cepat pulak siapkan latihan semata2 nak tolong aku hias kelas....)
Aku minta tolong smua yang hadir bsama2 tolong hias kelas dengan segala bendera....
Untuk menaikkan semangat Patriotisme....
kerja2 panjat memanjat pon blaku....
Last sekali aku nak gantungkan 2 bendera besar dtempat yang tinggi...
Anak2 murid aku rendah2 rupanya......tak sampai lah pulak...
Kalau ikut depa...nak tambah lagi kerusi meja bagi tinggi. Aku lak takot terjatuh anak org mampos aku....
Sudahnya aku yang panjat..depa aku arahkan pegang kerusi meja yang dlapik tu baik2. Supaya aku tak tgolek ke bawah....
Berani depa ketawakan aku...bila tengok ketakutan aku panjat tinggi2 nak gantungkan bendera tu...Hampeh....
Aku memang penakut tempat tinggi........
Tapi yang tak puas hati...apahal hari ni aku boleh berkebaya pulak ke sekolah...
sungguh aku tak ingat.. hari ni aku nak panjat memanjat tempat tinggi....
Apa yang penting...walaupon bkebaya..aku memanjat dengan jayanya.....Mujur tak terkoyak kebaya aku....fuhhhhhh......
Kelas belum siap lagi..esok akan dteruskan lagi hias-menghias ni....

Ahad, Ogos 02, 2009

Kem Gerak Gempur.......

Kem Gerak Gempur

Cuti minggu ni aku berkampung disekolah, menjayakan kem utk murid2 yg nak ambil periksa. Oleh krn aku demam, tak boleh lah aku tidur di sekolah hari ptama tu. Tapi aku gagahkan juga tidur bsama anak murid aku malam kedua tu. Aku kan guru kelas 6f. Haruslah bagi sokongan padu. Lagipon aku juga salah sorang Jawatankuasa Kaunseling. Maka haruslah aku bsama2 menjayakan program ni.



Kehadiran murid sangat baik. cuma 12 org jer tak hadir. Maka tjawablah sudah psoalan yg mpersoalkan objektif program ni diadakan. Katanya kelas tmbahan pon budak tak hadir, inikan pulak nak minta murid datang waktu cuti.


Ramai yg bminat nak hadir. Ada segelintir la yg agak tegar sikit. Masa ni lah kena guna kebijaksanaan sikit. Contohnya murid2 pemalas tegar ni, pkara ptama depa suka ialah nyanyian dan sukan. Siap tanya lagi ada tak benda2 tu smua, Kalau takdak depa tak mau hadir. Maka tpaksalah kami tipu sunat....'smuanya ada'..........
Saiful Rahman siap bawak CD lagu lagi..nak karaoke....hahaha...kaki karaoke sungguh!!



Di samping dapat tip2 yang baik utk peperiksaan, murid juga nampak gembira. Sampaikan malam ptama kat sekolah tu depa tido jam 4 pagi. Jenuh Kem Komandan bkawad btempik suruh tido. Esoknya...nak bangun subuh...jenuh pulak ustaz btempik depan pintu mintak ke surau.


Malam kedua, aku ngan Poziah tido bsama murid (murid prempuan). Sungguh nyenyak..sbb keletihan yg amat, sedar2 suara ustaz sudah btempik suruh bangun Subuh.

Macam2 hal budak2 ni tau...banyak pulak akalnya. Ada yg kena denda sikit pon dah sakit lutut mgalahkan org tua... Ada tu yang siap buat2 sakit lepas tu nak tido ngan cikgu la, takmau tido ngan kgkawan lain. Ada pulak yg nak pitam, alasan nak balik umah. Suruh mak mai tengok la. Ishh...manja tlebih. Geram aku!!



Ada sorang murid yang buat aku angin....murid kelas aku sendiri. Tunggu esok aku nak buat perhitungan dengan Zulhelmi. Berani2 dia lari dari kem, masuk kedai games dan terus balik rumah. Alasannya dia mengantuk, nak balik tido.
Alagkah bagusnya kalau mak bapaknya hantar semula dia ke kem hari tu jugak.