Ahad, Ogos 02, 2009

Kem Gerak Gempur.......

Kem Gerak Gempur

Cuti minggu ni aku berkampung disekolah, menjayakan kem utk murid2 yg nak ambil periksa. Oleh krn aku demam, tak boleh lah aku tidur di sekolah hari ptama tu. Tapi aku gagahkan juga tidur bsama anak murid aku malam kedua tu. Aku kan guru kelas 6f. Haruslah bagi sokongan padu. Lagipon aku juga salah sorang Jawatankuasa Kaunseling. Maka haruslah aku bsama2 menjayakan program ni.



Kehadiran murid sangat baik. cuma 12 org jer tak hadir. Maka tjawablah sudah psoalan yg mpersoalkan objektif program ni diadakan. Katanya kelas tmbahan pon budak tak hadir, inikan pulak nak minta murid datang waktu cuti.


Ramai yg bminat nak hadir. Ada segelintir la yg agak tegar sikit. Masa ni lah kena guna kebijaksanaan sikit. Contohnya murid2 pemalas tegar ni, pkara ptama depa suka ialah nyanyian dan sukan. Siap tanya lagi ada tak benda2 tu smua, Kalau takdak depa tak mau hadir. Maka tpaksalah kami tipu sunat....'smuanya ada'..........
Saiful Rahman siap bawak CD lagu lagi..nak karaoke....hahaha...kaki karaoke sungguh!!



Di samping dapat tip2 yang baik utk peperiksaan, murid juga nampak gembira. Sampaikan malam ptama kat sekolah tu depa tido jam 4 pagi. Jenuh Kem Komandan bkawad btempik suruh tido. Esoknya...nak bangun subuh...jenuh pulak ustaz btempik depan pintu mintak ke surau.


Malam kedua, aku ngan Poziah tido bsama murid (murid prempuan). Sungguh nyenyak..sbb keletihan yg amat, sedar2 suara ustaz sudah btempik suruh bangun Subuh.

Macam2 hal budak2 ni tau...banyak pulak akalnya. Ada yg kena denda sikit pon dah sakit lutut mgalahkan org tua... Ada tu yang siap buat2 sakit lepas tu nak tido ngan cikgu la, takmau tido ngan kgkawan lain. Ada pulak yg nak pitam, alasan nak balik umah. Suruh mak mai tengok la. Ishh...manja tlebih. Geram aku!!



Ada sorang murid yang buat aku angin....murid kelas aku sendiri. Tunggu esok aku nak buat perhitungan dengan Zulhelmi. Berani2 dia lari dari kem, masuk kedai games dan terus balik rumah. Alasannya dia mengantuk, nak balik tido.
Alagkah bagusnya kalau mak bapaknya hantar semula dia ke kem hari tu jugak.

4 : KoMen:

Rona Realiti berkata...

rindu plak zaman dulu2...
terasa excited kanak2 ribena bila ada chance tdo kat sek...
terasa mcm nk check in 5 star hotel...

~ShiMa~ berkata...

To RONA REALITI: itu pasal kami panggil bilik tempat penginapan budak2 kami kem hari tu sbg 'HOTEL'. Sebut je hotel..budak2 tahulah arah tujunya.

J@i berkata...

hehe mcm2 betol na budak2. tp setonok melayamn karenah diorang. bdk besar lak lain karenah dier. boleh bikin pecah kpala.

~ShiMa~ berkata...

Jai : itulah..karenah budak2 walaupon macam2 dok ade, taklah setention budak2 besar.