Pages

Sabtu, Februari 28, 2009

Peristiwa 28 Februari........

28 Februari tu merupakan sukan tahunan.....
Tahun ni Sukan Tahunan dipercepatkan....selalu bulan April baru setel. Takpe..yang penting semuanya beres. Dalam seminggu tu kami dah bereskan Sukantara....Acara Padang Akhir. .dan kemuncak Hari Sukan. Walaupon tempoh latihan terlalu singkat tapi budak-budak boleh tahan bersemangatnya. Macam biasa, aku rumah hijau....bukan main bersemangat!!

Rasanya tahun ni kurang meriah lerr....tapi cikgu2 sini...hebat2 semuanya....macam2 idea keluar.....jom kita tengok.......!!! pssttttsssssss...Jangan Mahin2 ngan kami.......Huhuh!!!!!!!...


Hohoho..Harry Potter Rumah Hijau n The Gang.......


Ini Puteri Kayangan mana nih....


GarField pon ada.......


Yaaa...ini Power Rangers n The Gang....



Comel-comel Sungguh....Amboih Jun...budak-budak Pra-Sek pon takmau ngalah jugak....
Kelasssssssss hangg.........

Itu baru maskot n ahli-ahli perbarisannya...belum tengok atlet n guru rumah sukan masing-masing lagi......hahah....


Selasa, Februari 24, 2009

Geram Tak Sudah...

Hari ni entah macamana aku ter'kuat' suara kat kawan aku sorang tu. Pasal apa?? Pasalnya pertanyaannya agak 'menggeramkan' aku...
Sebelum aku teruskan luah kekesalan aku ni.... nak bagitau, acctually hari ni aku tak brapa sihat. rasa cam nak demam. seram sejuk rasanya!!! Tapi aku tetap melawan takmau layan demam ni. sudahnya...rasa sikit keletihan...kepenatan....
Ok berbalik pada citer tadi, Tadi tengah kemas-kemas nak balik, sahabat aku ni ada bertanya.."pasal apa tak ambik relief?" terkejut aku dengar, sebab pagi tadi aku check takdak nama aku...agaknya aku terlepas pandang kot. pagi tadi memang banyak relief pon. Dia pi tanya lagu tu...hangin satu badan lerr aku....( Kesan demam sama nie)....aku cakapla taktau pon ada relief lillah (pinjam kata-kata seseorang).....aku taktau pon aku kena ganti!!!! yang aku tambah 'hot' dia pi habaq kat aku time dah tutup sekolah. Relief aku awal pagi tadi. bertambah lagi...dialah orangnya yang buat relief tu hari ni. Geram sungguh. Kalau dah tau aku tak ambik...tak boleh ke dia suroh budak mai hantaq kat aku. Apa??? ingat aku ni kaki pemalas sangat. tak kerjasama nak tolong relief kelas orang??? Tolongggg... sikit....setakat ni aku belum lagi la smpai ke tahap tu. bab-bab relief ni...tak penah lagi aku mintak atau tolak. Ini dia pi tanya aku macamlah aku saja takmau masuk kelas ganti tu.
Dulu PK lama dulu...kalau nampak ada yang tak ambik relief...dia hantar budak suruh kasi. ini tidak....dah lerrr sub sana sini....bila orang tak ambik (yelah kita ni kan manusia biasa, ada kala terlupa dan sebagainya)....bila orang tak ambik, tak reti lak nak cari dan bagi kat kita. Dah tu suka hati jerr nak marah sebab kita tak masuk. Hissshhhhhh bole sakit jantung aku dengan karenah 'manusia' tahun ni. Bosannnnnnnn lahhhhh!!!!
Sebenarnya aku kesian sangat kat sahabat aku tu (yang aku marah tu!!!) Aku kesian sebab patutnya orang lain yang buat semua tu. tapi dia lak kena kerah. konon sistem baru. taik kucing!!! Tadi aku dah google tugas2 'orang tu'.......nahhh siap senarai lengkap lagi. Sahabat aku ni pon ada kelas yang perlu dijaga. aku tengok dia dah macam kerani pon ada. Bertuahnya dia seorang yang penyabar!!! Kalau kena kat aku...taktau la macamana. agaknya aku cuma wak kluar ayat " kalau benar itu tugas saya, dengan sebaik mungkin saya lakukan, tapi kalau benar itu bukan tugas saya yg sebenar...sampai mati saye tak redha ngan orang tu" Memanglah...sebagai guru kita patut belajar semua benda...tapi takkanlah tugas sendiri nak sub sana...sub sini.....!! Keja sendiri baik sendiri buat, lagi puas hati.
Kesian sahabatku.....semoga hang tabah dan gembira selalu!!
Dengan rasa rendah diri....MAAFKAN AKU WAHAI SAHABAT ATAS KEKASARAN BAHASAKU ITU!!!!!
Geramku Akhirnya Sudah Lepasssssssss..............


Isnin, Februari 23, 2009

lawaknyerr....

zwani.com myspace graphic comments

Ahad, Februari 22, 2009

JOM...Layan Lagu Dulu....


Aku Dan Dirimu (lirik lagu)

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

Mana Silapnya.....????

Aku pun taktau mana silapnya.... Apapon kami dah menjalankan tugas.... Sabtu lepas murid-murid tahun 6 dah start kelas tambahan. tak penah-penah dibuat hari Sabtu...tahun ni 'depa' suruh buat hari Sabtu. Kami dah tau sangat dah dengan budak2 kami ni... Kalau hari Sabtu bilang 10 jari pon tak lebih yang hadirnya. Bayangkan masa buat sukan hari Sabtu pun tak ramai yang hadir, itu antara perkara yang diminati oleh budak2 ni. Inikan pula kelas tambahan. Terasa letihnya bila cikgu terhegeh2 datang sekolah, tapi murid berapa kerat ja. Kalau buat time sekolah bole gak kami kepung-kepung. Ini nak takkan nakpi kejutkan dirumah. Entahlah anak-anak murid....taktau la nak tolong macamana, Mungkin dengan doa yang tak putus-putus kot. Hissshhhh....aku pon naik pening gak ngan jadual kelas tambahan aku ni. YAaa....Ampun!!!!!!!!

LAYAN LAGU NI DULU LAH......

Benarkah Kita Tertipu??

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu. Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.

Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.

Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.

Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan. Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.

Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA. Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill. Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."

Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat. Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.

Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung.

Sabtu, Februari 21, 2009

Happy Birthday JHP.........



Hhmmm.....
Ucapan.....semoga SUCCESS!!!!!

Khamis, Februari 19, 2009

A to Z..

Alphabet Motivation


A Void negative sources, people, places, things & habbits.
Believe in youself
C onsider things from every angle.
Don't give up and don't give in.
Enjoy life today, yesterday is gone, tomorrow may never come.
Family and friends are hidden treasures; enjoy their riches.
Give more than you planned to.
Hang on to your dreams.
Ignore those who try to discourage you.
Just do it.
Keep trying no matter how hard it seems, it will get easier.
Love yourself first and most.
Make it happen.
Never lie, cheat or steal, always strike a fair deal.
Open your eyes and see things as they really are.
Practice makes perfect.
Quitters never win and winners never quit.
Read, study and learn about everything important in your life.
Stop procrastinating.
Take control of your own destiny.
Understand yourself in order to better understand others.
Visualize it.
Want it more than anything.
Xcellerate your efforts.
You are unique of all God's creations, nothing can replace YOU.
Zero in on your target and go for it!



“Success is not to be measured by the position someone has reached in life, but the obstacles he has overcome while trying to succeed.” Booker T. Washington


Tragedi.....

Hari ni 4 waktu akhir aku bersama dengan murid kelas aku...2 waktu terakhir adalah waktu seni. wahh...depa bukan main lagi seronok dan teruja nak tengok hasilnya. aku pon turut sama join siapkan boneka aku...
Maka 'berperanglah' kami menyiapkan dan mencantikkan boneka masing-masing. Seronok rupanya melukis ni...patutlah aku jatuh minat!!
Bila habis kelas...ada beberapa orang murid yang masih ada di kelas untuk siapkan boneka depa. Aku tak risau sangat sebab nanti depa pandai2 kunci sendiri pintu kelas tu. Aku lak abis waktu sekolah terus ada meeting. Tetiba pertengahan meeting aku dengar beberapa orang guru menjerit2 tengok keluar. Rupanya budak aku sorang tu berdarah dahinya sebab jatuh basikal. Aduh...aku dah tak tengok dah kalau main darah2 meleleh ni. berdebar rasaya!!! waktu tengahari lak..darah banyak lah!! Rasa tak sedap ati gak..aku sebagai guru kelas tak ambik tau hal budak tu..tapi aku TAKOTTTTT!!!!! aku takleh tengok benda2 macamni!! nanti aku bole pengsan!!!
Dah abis meeting..balik rumah aku pon call lahh mak dia..tanya pasal tu. Mak dia kata lukanya tak dalam...tak kena jahit pon.Lega mendengar!!! Dia cakap anak dia pon nakal gak...naik basikal kawan..dah la tak pandai nak basikal. mujur ibunya memahami anak!!!Ada sesetengah ibu bapa takde nak ngaku anaknya nakal. kes macam ni yang tention ni!!! Esok...siaplah bebudak tu satu kelas aku ceramahkan!!!! Main-main ngan aku!!
zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, Februari 13, 2009

Sukantara

Glitter Words

Hahaha...sebelum tu nak gelak dulu...seronoknya aku rasa....
alkisah....hari ni kat sekolah diadakan Sukantara. Hmmm....bukan saja murid, cikgu2 pon bukan main bersemangat lagi dengan rumah masing-masing.....
Dah lama hujan tak turun....sebelum hari ni cuaca panas terik sangat. Mana tahu hari ni hujan pulak. dah lerr hujan...datangnya lak tiada tanda setitis pon!!!! hahaha.........
Masa tu kami semua dok ada dipadang, dah la padang tu pulak jauhnya sebatu.....
Elok lepas ja warming up....kami terdengar bunyi kuat dan terus hujan lebat..dah takdak rintik2 dah....
Apalagi....berseleraklah cikgu-cikgu dan anak muridnya lari balik ke kelas....dah lerr sikit punya jauh...sempatlah kuyup jadinya kami semua hari ni. hahahah....
Masa lari dari hujan tu terlupa sekejap anak murid la...mujur takde yang hhilang....Adoi.... macam-macam hal. Murid-murid bukan main syok lagi bole main ujan sama-sama cikgu2. hahaha... sudahnya semua file cikgu ada yang kuyup. tak sempat nak ambik gambar....kalau tidak kan best....
So...Sukantara hari ni dibatalkan. Sambung semula esok..............


Rabu, Februari 04, 2009

Betul ke ni??

MySpace Generators

Biasanya hari Rabu cuma 1 waktu (30minit) saja dengan murid kelas aku....oleh sebab kebanyakan murid aku ni tak pandai dan tak reti membaca....maka aku amik 1 waktu ni utk tingkatkan bacaan depa dengan aktiviti bacaan. Aku pinjam novel penyisatan kanak-kanak untuk setiap orang murid jadikan bahan bacaan. Aku taktau la sama ada budak2 ni betol2 membaca or main2 baca...sbb tadi masa aku bagi buku..wahhh...bukan main seronok lagi...laris macam pisang goreng. terus duduk sudut bacaan membaca. aku lak naik takot. yelah selama ni yg aku tau budak2 aku lemah dalam pelajaran...lemah dalam bacaan....tapi cara depa tadi betol2 buat aku terkejut. dapat jer buku terus asyiknya membaca. Yang mengeja pon taknak kalah. Minggu depan aku nak test tengok depa ni bersungguh2 ke main2 ni........kalau masih mahin2...siap depa!!!!!!!!!!