Khamis, Februari 19, 2009

Tragedi.....

Hari ni 4 waktu akhir aku bersama dengan murid kelas aku...2 waktu terakhir adalah waktu seni. wahh...depa bukan main lagi seronok dan teruja nak tengok hasilnya. aku pon turut sama join siapkan boneka aku...
Maka 'berperanglah' kami menyiapkan dan mencantikkan boneka masing-masing. Seronok rupanya melukis ni...patutlah aku jatuh minat!!
Bila habis kelas...ada beberapa orang murid yang masih ada di kelas untuk siapkan boneka depa. Aku tak risau sangat sebab nanti depa pandai2 kunci sendiri pintu kelas tu. Aku lak abis waktu sekolah terus ada meeting. Tetiba pertengahan meeting aku dengar beberapa orang guru menjerit2 tengok keluar. Rupanya budak aku sorang tu berdarah dahinya sebab jatuh basikal. Aduh...aku dah tak tengok dah kalau main darah2 meleleh ni. berdebar rasaya!!! waktu tengahari lak..darah banyak lah!! Rasa tak sedap ati gak..aku sebagai guru kelas tak ambik tau hal budak tu..tapi aku TAKOTTTTT!!!!! aku takleh tengok benda2 macamni!! nanti aku bole pengsan!!!
Dah abis meeting..balik rumah aku pon call lahh mak dia..tanya pasal tu. Mak dia kata lukanya tak dalam...tak kena jahit pon.Lega mendengar!!! Dia cakap anak dia pon nakal gak...naik basikal kawan..dah la tak pandai nak basikal. mujur ibunya memahami anak!!!Ada sesetengah ibu bapa takde nak ngaku anaknya nakal. kes macam ni yang tention ni!!! Esok...siaplah bebudak tu satu kelas aku ceramahkan!!!! Main-main ngan aku!!
zwani.com myspace graphic comments

0 : KoMen: