Pages

Memaparkan catatan dengan label ReNunGan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ReNunGan. Papar semua catatan

Rabu, Mei 20, 2009

3 Cerita....

CERITA 1

rm1.jpg

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”

Lima puluh menjawab ” Aku pi merata tempat. Pegi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid Or surau, tambah la sikit..


Cerita 2

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah..ayat ko memang power la…manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram!!.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


Cerita 3

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai.
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membelibarang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Hanya Ingin Mengingatkan ….

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu , iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Selasa, Mei 12, 2009

Motivasi Diri....

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…”

— Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Sabtu, April 18, 2009

BerkongSi Email..........

50 Tanda Orang Munafik

  1. Malas beribadah kepada Allah SWT
  2. Lupa kepada Allah SWT
  3. Melalaikan solat fardhu
  4. Mempercepatkan mengerjakan solat
  5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
  6. Meninggalkan solat Jumaat
  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi
  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
  9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
  10. Mengamalkan riya'
  11. Hasad dengki
  12. Dusta
  13. Mungkir janji
  14. Bakhil
  15. Fitnah
  16. Mencaci maki
  17. Mengumpat
  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  19. Mengengkari takdir Allah SWT
  20. Mempersendakan kesucian agama
  21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
  22. Menghina sahabat Rasulullah SAW
  23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
  24. Menangguhkan pembayaran hutang
  25. Menipu dalam jual-beli
  26. Ghasab (mengambil tanah orang lain tanpa hak)
  27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolok Ayat Allah SWT
  28. Memakan harta anak yatim
  29. Membuka rahsia orang lain
  30. Merasa aman dari murka Allah SWT apabila berbuat dosa
  31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai
  32. Menghalangi orang dari mengamalkan ajaran Islam
  33. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang
  34. Bermuka dua
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
  36. Sombong antara sesama manusia
  37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim
  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah SWT
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah SWT
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  42. Mengkhianati sesuatu amanah
  43. Memutuskan hubungan silaturrahim
  44. Memecahbelahkan perpaduan kaum Muslimin
  45. Menghalalkan perkara yang haram
  46. Membuat kerosakan di mukabumi
  47. Menuduh orang beriman bodoh
  48. Mengubah dan menyalahguna Ayat-ayat Allah SWT
  49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
  50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman

[Sumber: 50 Tanda-tanda Orang Munafik oleh Drs. Hanafi Mohamad]

Jumaat, Disember 26, 2008

Kebesaran Al-Quran...

Sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :-

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad ,ANAI–ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK /HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut

LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG
BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…….SUBHANALLAAAH !!!!!!


tengok gambar2 ni.......