Khamis, November 05, 2009

Kembali bersiaran...........

Lamanya aku tak jenguk blog daku ini. Apa barang yang aku BZ sangat pon taktau lah. Yang pasti sungguh BZ, tak terkata. Biasalah hujung2 tahun, nak tutup kedai ni macam2 yang nak disetelkan.

Aku temankan budak2 aku lawatan ke KL. lepas tu balik terus sibuk ngan peksa akhir tahun, kelam kabut mark paper untuk keputusan, nanti nak buat kenaikan kelas. Lepas tu sibuk dengan Hari Anugerah hujung minggu ni. Pendek kata agak sibuk lah jugak.

Ini gambar2 murid aku sepanjang lawatan tu. Macam2 perangai ada. Yesu Dass tu asyik nar ngan geng pompuan dia tu. Jgn nak dsuruh bkawan ngan budak lelaki, Tak hingin dia. Kawan pompuan dia gak dia cari. Yesu...yesu..


Nabila pandai nar bergaya. Macam2 pose dok ada. Lulus dah salah satu aspek kalau nak jadi artis ni. Yang sbelah tu Rofiq. Sungguh tak macho gaya dia. Gaya tu pon kena cg.shima suruh buat tu. Kalau tidak, membatu ja dia kat situ. Rofiq...Rofiq.....






Tinggalkan Komen Anda!!!!!


Sabtu, Oktober 03, 2009

KUIH RAYA dari SITI NURHALIZA..........

Jumaat lepas aku dapat kuih raya dari Siti Nurhaliza....Terima Kasih Siti...
Cikgu makan sampai licin...sedap......
!!!!

No..no..no...!!!! Bukan Dato Siti Nurhaliza yerr tuan2 puan2. Ini murid aku...Nama jer sama, tapi orangnya lain. Inilah orangnya Siti Nurhaliza...murid aku........



Kat sekolah aku ni ramai selebriti tau......
pelakon Bollywood pon ada. Bekas murid aku dulu...ada namanya Salman Khan...Amir Khan..... Tapi kan aku tengok budak2 tu muka boleh tahan jugaklah. hensem ada. Kira tak malu lah bernamakan pelakon Bollywood. ahaks....

Murid2 kelas aku skrang ni bukan main Ronggeng Rokiah lagi depa. Apa pon takmau blajar....bagi 10 soklan, jawab 2 saja. Yang dijawab tu pon main2 saja. Dah tak serius belajar dah. Bukan aku sorang saja yang komplen. Cikgu2 lain pon komen yang sama. Yang paling depa suka lani mata pelajaran PJ. Maklumlah berapa bulan dah tak PJ sbb bagi tumpuan pd palajaran.
Nampaknya aku harus menukar strategi.
Strategi apa aku nak guna pakai yerr????




Tinggalkan Komen Anda!!!!!


Rabu, September 30, 2009

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF.......

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR.......

Untuk suami / isteri yg tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

Untuk bunyi bising jiran2, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada".


Tinggalkan Komen Anda!!!!!


Selasa, September 29, 2009

Kembali Bersiaran.....

Kembali Bersiaran..........

Lepas seminggu cuti raya...tiba masanya bertungkus lumus untuk PROTIM lak. Nak kena hantar dah ni. Yang aku risau2 kan ialah kehadiran murid2. Jenuh lak aku mencari.
Rambut aku bkn main hebat lagi gugurnya. Aku bkn leh risau lebih2.
Sbenarnya aku dah start Protim sblm cuti raya lagi. Tapi tau sajalah main ngan kelas2 hujung ni.. nak2 plak dah lepas peksa, makin liat lak depa nak mai sekolah. Pendek kata suka2 hati ja depa nak mai ke tidak. Akhirnya tadi aku dah setel smuanya. Ramai gak yang tak hadir. Biaqlah!!...
Takot lak aku nengok keputusannya.....

Esok ada jamuan raya pastu terus bermesyuarat. Taktaulah nak habis waktu mana. Barangkali sesudah Asar gamaknya. Lecehlahh....

Oleh sbb masih dalam mood raya....aku dapat biskut raya dari anak2 murid yang penah aku ajar. Tapi ada sorang murid kelas aku ni yang saban tahun bagi aku biskut raya. Dia murid aku yang baik dan sangat2 aku kesian. Pasal sampai sekarang dia masih belum boleh membaca. Orangnya nampak normal, tapi dia mmg bmasalah khas. Ada ciri2 khas. Tapi yang aku kesian tu, dia berusaha memajukan diri. bbanding dulu...skrang boleh lah baca sambil eja pelan2. Macam2 gak aku gasak srh mbaca, sampai penah nangis lah dia. usaha mengeja..tapi tetap tak boleh. Sudahnya..aku pon terpaksa ke tandas skejaplah. Apa kelas cikgu shima nak nangis depan murid. nangis di tandas lah...!!! hahahah....
Aku ksiankan dia, skurangnya dia boleh membaca jadilah. supaya dia tak senang ditipu kemudian hari. Itu yang aku terpaksa garang2 ngan dia tu. Akhirnya aku terpaksa akur, takdak gunanya aku paksa dia..biarlah dia usaha sikit demi sikit. Aku doakan dia berjaya satu hari nanti.

Terima kasih Amira....bagi biskut raya untuk cikgu. Tahun depan dah tak dapat dah bagi kat cikgu, kan!! Cikgu dah habiskan separuh biskut2 raya tu...sedap. Nanti Amira pandai buat kuih, jangan lupa hantaq kat cikgu barang sekotak dua ok!! hehehe....


Tadi aku lupa bawa HP....patutlah gelisah semacam jer...hehehe......
Kak Lia tepon aku kat sekolah tadi, ingatkan urgent apa tadi, sampai aku dapat notes dari office suruh tipon kak Lia smula. Rupanya dia nak ajak aku jadi pemeriksa kertas exam. Aku terpaksa menolak, pasal belum bsedia lagi. Boleh pusing kepala aku kalau marking paper. Hehehe...kalau objektif takpe gak. hehehe.........

Tinggalkan Komen Anda!!!!!


Jumaat, September 18, 2009

Selamat Hari Raya....

Untuk semua rakan pengunjung Zonlavender..........



Mata kadang kala salah melihat.....
Mulut kadang salah berucap.....
Hati kadang salah menduga....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada......




Tinggalkan Komen Anda!!!!!


Isnin, September 14, 2009

Mood.......

Sudah Hilang...........

Entah kenapa minggu ni mood mengajar sudah hilang. Murid2 aku jugak sama macam cekgu depa jugak, mood belajar dah hilang. Semuanya pasal mood raya dah menjelma.
Cekgunya asyik berpikir kat mana nak beli baju raya yang belum2 lagi ketemu yang bkenan dihatiku ini. Muridnya pulak...asyik bertanya adakah cekgu akan bagi duit raya tahun ni, sementelah cekgunya tahun ni tak dapat bonus. Hehehe.......

Sejak minggu lepas lagi aku dah mula dapat kad raya dari murid2. Ada yang dari murid2 yang ku ajar tahun ni. Ada jugak dari murid2 yang tahun2 sebelum ni aku ajar depa. Hmmm...ingat jugak hangpa kat cekgu nohh.....Tima kasih banyak2. Insyaallah sebelum cuti cekgu akan berusaha membalas kad2 raya hangpa semua ok!!!
Wahhh.....Macam artis pulak aku rasa, berbalas2 kad raya.




Tinggalkan Komen Anda!!!!!


Khamis, September 10, 2009

TUGAS......

HARI KETIGA.........

Pagi2 lagi aku sudah gusar....pasal tugas hari ni habis lambat. Pukul 3.45 petang. Aku hampa semalam tak dapat memanjakan diri.
Pagi tadi hujan tetiba turun dengan lebatnya. Zazzzsss...aku terbayangkan anak2 murid aku kat sekolah hari ni. Mungkinkah depa tak mai sekolah ape. Anak murid aku tu asal hujan setitik pon tak mai sekolah dah. Kalau ditanya pandai sungguh bagi alasan. Aku tak berani nak phone member2 kat sekolah bertanyakan berapa belas murid aku yang tak mai hari ni. hehehe....
Mujur hujan mula reda. Hal anak murid aku tu...esoklah aku soal siasat apa berlaku sepanjang aku takdak kat sekolah 3 hari ni.

Berbalik pada tugas aku....hari ni macam nak pengsan pon boleh jadi gak. 4 paper. Sungguh aku tersiksa asyik catwalk dalam kelas tu. Macam nak tercabut pon ada tumit kaki aku ni. Dah lerr aku siap berkasut tinggi lagi. Bukan cikgu Shima kalau tak bersepatu tinggi yer tuan2 puan2.......
Aku pon taktau betol ke tidak caraku ini.....duduk 5 minit, berjalan15 minit. Nak duduk pon aku serba salah, pasal tak pulak dsediakan kerusi untuk pengawas. Mujur ada calon tak hadir, dapatlah aku melabuhkan punggung aku nan tulang tak sangga ni. Alhamdulillah......

Hari ni aku menikmati cara murid2 menjawab peperiksaan, Oleh kerana aku pakai mask...depa taktaulah aku asyik tersengih dengan gelagat depa.
Murid yang aku ceritakan pada hari pertama tugasku dulu....aku taktau sama ada dia ni jenis manja...mengada2....terhegeh atau dia sememangnya naif. Dia memanggil aku....ingatkan ada masalah apa..rupanya dia minta aku tolong ikatkan tali pada kertas jawapan dia sambil tersengih2. Terkejut cikgu....bila dia kata dia tak pandai ikat. Umur belasan tahun tak pandai ikat lagi. Aku mushkil...adakah dia nak permainkan aku. Dah ku suruh2 pon tak mahu, last skali aku kata tak reti tinggal aje atas meja. Masa nak kutip kertas jawapan, aku tengok dia boleh lak ikat tali tu. Sengih aje dia.....

Masa peperiksaan tu...ada jugak aku lihat jenis murid yang suka bebenor tengok kipas disyiling berputar. Ternganga2 mulutnya..........asyik2 pandang kipas.
Ada tu..yang dah siap menjawab. Asyiknya dengan aksi Naruto sorang2 dia. aku biarkan je asalkan tak mengganggu rakan lain. Ada jugak yang buat aksi ala2 Yoga kat tempat duduk dia.
Macam2 budak2 ni. Bak kata ketua pengawas aku, Kalau SPM or STPM memang kena halau lah bebudak tu. Tak dengar arahan. Tapi sbb depa masih kecik lagi...kita maafkan depa sajalah.

Akhirnya.....tugas kami pon selesai.....
Aku harap tahun depan aku takkan kena lagi. Letih weyy...!! Tahun ni pon aku tak mintak, tapi apesal nama aku leh naik taktau lah.
Lepas keluar sekolah tu, alang2 dah petang aku terjah pasar ramadhan terus. Tak sangka sorang murid calon sekolah tu datang tegur aku. Katanya dia tinggal dekat situ.
Murid tu bukan kelas yang aku jaga. Kelas lain. Kenal jugak aku yang ber'mask' ni.
Maka aku pon belanjalah dia kat pasar ramadhan tu apa yang dia rasa nak makan untuk berbuka nanti. Happy dia......

Alangkah bestnya kalau esok cuti..........

Tinggalkan Komen Anda!!!!!