Sabtu, Oktober 03, 2009

KUIH RAYA dari SITI NURHALIZA..........

Jumaat lepas aku dapat kuih raya dari Siti Nurhaliza....Terima Kasih Siti...
Cikgu makan sampai licin...sedap......
!!!!

No..no..no...!!!! Bukan Dato Siti Nurhaliza yerr tuan2 puan2. Ini murid aku...Nama jer sama, tapi orangnya lain. Inilah orangnya Siti Nurhaliza...murid aku........



Kat sekolah aku ni ramai selebriti tau......
pelakon Bollywood pon ada. Bekas murid aku dulu...ada namanya Salman Khan...Amir Khan..... Tapi kan aku tengok budak2 tu muka boleh tahan jugaklah. hensem ada. Kira tak malu lah bernamakan pelakon Bollywood. ahaks....

Murid2 kelas aku skrang ni bukan main Ronggeng Rokiah lagi depa. Apa pon takmau blajar....bagi 10 soklan, jawab 2 saja. Yang dijawab tu pon main2 saja. Dah tak serius belajar dah. Bukan aku sorang saja yang komplen. Cikgu2 lain pon komen yang sama. Yang paling depa suka lani mata pelajaran PJ. Maklumlah berapa bulan dah tak PJ sbb bagi tumpuan pd palajaran.
Nampaknya aku harus menukar strategi.
Strategi apa aku nak guna pakai yerr????