Pages

Rabu, Julai 15, 2009

Seloka Cikgu dan Murid

..: Seloka Cikgu Dengan Anak Murid :..

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu
Jadilah kayu golf
Disebut kayu tetapi besi
Diulit Dato’, tauke dan menteri
Jangan kau menjadi tunggul!

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar
Jadilah pagar karan
Dipicit suis power berjalan
Dirempuh diusik boleh pengsan
Jangan kau jadi pagar makan padi!

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk
Jadilah mangkuk purba zaman batu
Buruan ahli arkeologi setiap waktu
Membawa bukti tamadun dan ilmu
Jangan kau menjadi mangkuk hayun!


Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Guruku..
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang
Jadilah bintang di langit
Tiada boleh ditukar wang ringgit
Tidak boleh dijolok dikait
Jangan jadi bintang tiga!

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam
Jadilah seluar dalam superman
Sarung di luar nampak gentleman
Tiada manusia memberi komen
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy!


Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin MERDEKA.

Jika kau ingin MERDEKA
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat
Untuk membeli kayu
Untuk membeli pagar
Untuk membeli mangkuk
Untuk membeli bintang
Untuk membeli seluar dalam
Dan.. Untuk membeli MERDEKA!


7 : KoMen:

Rona Realiti berkata...

cikgu...
saya lemah sastera...
x faham rangkap merdeka tu ar...

pls explain...

jai@jezz berkata...

macam pernah ku dengar seloka ini.. tp di mana yaa...???

~ShiMa~ berkata...

RonaRealiti : Kalau kau lemah sastera, aku 10x lagi lemah sastera drp kau. yang pasti merdeka aku tahu.

JaiJezz : agaknya kau pon penah dpt email camni kot. rakanku yg mengforward email tu..lalu ku langsungkan dsini..

afiq berkata...

seb bek cgunyer penyabar...hehhehe

salam singgah!

idyavie berkata...

Bagus puisi ni...

~ShiMa~ berkata...

@FiQ : mmg kene blajar jd pnyabar Fiq kalau keje ber'bos'kan kanak2 kecil ni. Yaaa...anak murid ku adalah bos aku..

idyavie : Aku pon suka gak ngan puisi ni.

jac berkata...

Tahniah Cikgu Shima...menarik seloka ini.Boleh minta izin Cikgu untuk dijadikan koleksi peribadi atau sebagai penghias meja?Itupun jika diizinkan.Salam siber untuk cikgu Shima.