Pages

Selasa, April 28, 2009

Tahniah Untuk Semua.

Letih sungguh hari ni....berjemur ditengah padang, mengiringi pasukan ke Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri. Akhirnya yang ditunggu pon dah selesai. Keputusannya kami tak layak ke peringkat seterusnya. Takpa lahh tak layak pon...kira tamatlah untuk tahun ni. Tak payah pening2 pala nak buat latihan. Kelakar sungguh budak2 aku...saingan yang sengit jugak. maka terhasillah pasukan yang tak kalah2...asyik seri aja. Akhirnya bertemu pasukan yang ketiga tumpas jugak. Yang bestnya...game kedua tu saingan sengit sungguh..hampir saja cekgu meluru masuk padang nak main sama. Nasib pon menyebelahi kita gak kot, boleh pulak gol terkosong masa pjaga gol terkeluar kawasan, pasukan lawan tak boleh skor. Ajaib. bola kena palang meluru keluar pulak. sungguh ajaib. Cekgu dah kecut perut dah.Apa2 hal pon tabik untuk Cik keeper kita si Aliza yang tersangatlah dahsyat menepis..menendang..menggunakan segala kemampuan kekuatan kebijaksanaannya. Hasilnya kita tak benarkan sama sekali pasukan yang lawan ngan kita dapat 5 gol ke atas. setakat 4 gol saja kita terlepas. Terima Kasih Aliza.

Masa game yang kedua ni kami bertemu pasukan yang turut diiringi oleh guru2 perempuan, Makanya...oleh sebab nama pon perempuan...riuh rembang gegak gempita lah padang kedua2 pasukan tu dengan suara cekgu2 yang tak putus2 bagi tips itu ini. Bagus sungguh cekgu2 pompuan ni hingga saat akhir pon masih melatih. Kagum agaknya pengadil2 yang lelaki tu dengan kami2 ni..mengajar sungguh2. Hahaha!!! Bagus ada semangat kesukanan. Usaha keras hingga wisel penamat!!! itu pon dah cukup baik dah. Tak menjadi lah orang2 harapan aku kali ni. Hafizah...Lia...Hazirah kamu ni salah baca jampi ke persembahan tak best macam selalu...hahahah!!! apa pon good game...tahniah untuk semua. Sampai ke pemilihan peringkat negeri pon cekgu sangat bangga dengan kamu semua. Teruskan aktif ya murid2...Majulah Sukan Untuk Negara.
Tapi tugas masih belum selesai sebab masih ada lagi 1 game yang ada dibawah batu gemala sakti aku. Aduhhhhh........

Hhmmmm...nak tergelak ngan member seangkatan aku...dia kata nak hitam punyalah senang. Nak puteh bukan main susah lagi. Hujung tahun ja kami sempat puteh2kan kulit kami yang sedia karat ni. Bukak sekolah tahun baru nanti hitamlah semula sampai ke tengah tahun. Yalah masa manalah nak puteh kalau asyik bjemur dipadang melatih murid. Dah elok2 cerahkan kulit time cuti hujung tahun, awal tahun baru gelap semula. Nasib badanlahh.........

Kepada Boss 'Mem' aku....

Terkejut la pulak kami2 ni....dalam hati...'nak mampos ke org tua ni'...buang tebiat nihh....
Buat baik la pulak sejak2 pasukan kami layak berlawan peringkat negeri ni....bagi borang kebenaran murid dan air mineral sekotak. (Itu saja ke 'mem' oiii...)
Pengangkutan???? first Aid??? Makan minum budak??? dah lerr dari pagi sampai ke petang!!!!

Kenapa aku mengamuk ni???
Yaaa....dah tentu ada sebabnya. Bukan aku saja geram ngan 'mem' sukan ni...semua orang...dah meluat...benar kata pepatah...'bodoh sombong'........dah tak reti, takmau belajar.

Masa aku n geng bawa 2 pasukan lelaki & perempuan Bola Baling. Berjumlah 24 orang murid. Guru 3 orang. Mem kami langsung tak ambil tau...kebajikan murid2 yang nak bertanding. Tanya pon tidak. Apatah lagi nak jengok kami di padang. Kirim salam. Sampaikan kami berniat kalaulah tetiba 'mem' mai tengok...kami akan buat pulut kuning!!! Niat tak terlaksana nampaknya. Yang paling kami sakit hati....kami terpaksa kebas 2 kotak air mineral untuk perlawanan yang amik masa setengah hari. Dah mintak tak dapat. Kami kebas la diam2. Tapi masa dok tengah kebas tu dia nampak dan tanya budak 'sapa suruh ambik' ( Heheheh..kami suruh budak tolong angkat). Bukan dia taktau kami perlu air untuk plawanan ditengah padang yg panas. Bole lak dia cakap ..nak simpan air tu utk kgunaan meting nanti2. Dapatlah hadiah bodoh dari kami. (Tapi kami bodohkan dia dibelakang laaa....hehehe!!!). Meeting apa kejadahnya nak guna2 air tu. Nak kata guna utk Hari sukan..dah lepas...ini nak simpan buat tukun ke hapa!! Dia tak rasa kesian ke budak2 main...takkan tak sedia air. Tau sajalah..budak2 ni...lari sikit nak air....kalau dah 24 orang...setakat 2 kotak tu tak cukup. Makan pon kena pikir jugak. takkan nak biar perut kosong. Dah la nak perah tenaga budak. Itulah kalau orang yang tak reti dan tak penah ada pengalaman bawa budak dalam sukan dan permainan. Kurang2 kalau pon takdak pengalaman sukan2 ni....reti2 gak belajar, nama pon ketua kan!!

Mem kami ni kalau kami tegur2...dia takmau terima. Kononnya..dia sudah ada diatas kami, jadi kami patut menurut perintah dia. Maka terjadilah perintah dia yang menunjukkan kelemahan dia. Ada ke patut acara larian utk 4 buah rumah sukan dibuat 2 lorong. Mana dia belajar taktau. Kami komplen takmau jalankan larian tu. Dia nak teruskan gak..konon nak kasi cepat abis.
Berbalik pada Bola Baling tadi.....dengan 24 orang tu...kami 3 orang angkutlah murid2 ni dengan keta masing2..laksana prebet sapu jadinya. Ada dia risau transport??? Tanya pon tidak!!!

Itulah...pemilihan ketua yang tidak pada tempat yang sepatutnya. Dia tak layak mengetuai sukan2 ni. Dilantik bukan atas faktor kebolehan. Dia tak reti dan tak mampu handle. Bukan kami tak sokong dia. Kami nak tolong dia, Sebab kami tau dia tak reti sukan2 ni. Kalau suruh dia sambut bola pon takkan dapat punya. Tapi tulah dia yang tak bole ditegur sebab dia terasa diri dia 'ketua' dia memberi arahan.

Yang kami geram tu..kebajikan murid yang bertanding langsung tak ambil peduli. Dia letakkan 100% pada guru yang terlibat. Yang paling kami geram....bila sukan yang jadi johan...dia dengan tak reti malu cakap ' tengoklah sape Bos dia'............berbulu kami dengar!!! Kami yang melatih pon tak penah keluar ayat sombong gitu. Ini dia yang hanya sekadar ketua. Itu sebab bila Pasukan Bola Baling kami jadi Johan...kami langsung tak bgtau dia. Sampai nak bagi medal kat budak pon kami tak jemput dia. Tunggu gak Big Boss kami yang masa tu ada kursus balik. Big Boss kami pon sempat lagi SMS tahniah lepas menang hari tu. Dia..langsung tak!!!

Memang kami terasa hati. X-Bos yang dah btukar dulu...memang orang yang arif dengan sukan. memang puas hati dan seronok. X-bos sebelum tu pon 'mem' jugak...pon taktau sukan2..tapi sangat support budak2 dan cekgu2...mana saja ada plawanan dia jengok. Siap bole tolong hantar budak lagi. Makan Minum tip top....memang dia jaga sungguh2. Hujung tahun dia bawa semua murid yang menyumbang tenaga dalam sukan makan angin. Tempat dekat2 saja, tapi keringat murid dihargai. Kesian tau murid...bukan senang nak menang. Bukan setitik peluh yang mengalir. Itu pasal kami mengamuk kalau anak murid dbuat hamba.Kesian depa....

Oleh kerana kami dah meluat...maka tahun depan tiada lagi penyertaan mana2 acara. Kami nak mogok.Seriusssssssss...........

Khamis, April 23, 2009

Nabila Ohh...Nabila.......

Aku suka tengok cerita2 macam X-FILE.....CSI.......DETEKTIF CONAN pun tmasuk dalam senarai jugak....
Minggu ni bermulalah episode aku siasat-menyiasat....kaji-mengkaji.... seorang murid kelas aku. Nabila namanya!!! comel budaknya...puteh gebu....lebih istimewa lagi Nabila ni pandai cakap Tamil. Fasih sangat!!!!! Ooohhhh..yaaa..Nabila juga tak pernah miss kelas Tamil. Dia lagi sanggup ponteng kelas tambahan dari ponteng kelas bahasa Tamil.
Tiap kali ada pertandingan tarian si Nabila ni mesti join bsama2 kawan2 Tamil dia....dia paling suka Tarian India. Sampai ke lagu2 Tamil pon dia bole nyanyi masa menari tu. Betol2 mengalahkan seorang India. Penghayatan yang tinggi!!!!
Oleh sebab aku guru kelas si Nabila ni, Satu hari sorang Ustazah ada tanya aku...'ada ke nampak apa2 kelainan pada si Nabila ni?' Tkejut jugak dengan soklan ustazah ni. Macam2 'kelainan' yang yang dok musing dalam pala aku ni. Manalah tau kannnnnnn....zaman kemajuan begini.......
Rupanya masa depa meeting, 'mem' ada cerita yang mak si Nabila ni mai teriak2 kat dia mintak dbentuk anak dia yang sorang ni......sebab katanya anak dia lebih cenderung ke Agama Hindu. kat rumah asyik menari bagai nak gila katanya!!
OOwwwhhhh...gitu.....

Tahun lepas dia masuk skolah ni..terus aku pegang sampai ke tahun ni...dulu masa mula2 masuk aku perasan gak dia suka kawan ngan bbudak India bbanding melayu. Sebabnya sia amat fasih bercakap Tamil. Menurut sorang cekgu India...kefasihan dia tu tak ada sikit pon dengung2 orang melayu cakap Tamil. Sebijik cam orang India cakap. Kagum gak aku ngan si Nabila ni. Dulu aku ada tanya...'penah sekolah Tamil ke sebelum pindah sini?'........Katanya ..sejak lahir sampailah dia pindah tempat tinggal..mak dia bagi orang India dekat umah dia jaga time mak bapak dia pi keje. Dahhhh tu.....apa nak heran wahai emak.....emaknya yang pilih jalan untuk anak dia ...itulah jalannya. Sekarang bila rasa budak tu dah lari dari landasan...baru nak menangis2...baru nak rasa ada yang tak kena. Dulu masa bagi 'aci' tu jaga...tak pulak terpikir...apalah 'aci' tu bagi makan minum anak aku. ...halal ke haram ke....

Untuk Renungan:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:
Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.


Pinjam kata2 Nabil: Lu Pikirlah Sendiri!!!!!!!!
P/S : bukan geram pada Nabila..tapi geram pada emaknya!!

Isnin, April 20, 2009

Hadiah Kasih Sayang......

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.

“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”

“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

“Hadiah apa ni?”

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Kakak masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

“Kakak, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Kakak, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.

KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kita memandangi hidup demikianlah kehidupan kita. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

Aku Nak Powerrrrrrrrrr......

Petang tadi ni ada program motivasi kat sekolah...untuk murid-murid yang bakal exam. Penceramah tu sikit punya best......cekgu2 pon boleh ternganga mulut2 mendengar celoteh Encik penceramah tu. Pandai dia mainkan perasaan audien dia...bukan saja murid...bahkan guru2 pon ada yang sentap gak ngan isi dberi. Ada Ketawa...Ngeri...Takot....Sedih....
Perasaan kami guru2 yang turut sama dalam dewan tu pon terbuai jugak. termenangis gak la tadi. Adehhhh!! Murid2 pon menangis insaf tak mau2 lerr tadi. Hopefully keinsafan tu kekallah hendaknya. Amin!!!!!!
Dalam pada suasana hiba..insaf gitu..ada juga yang masih tersengih2...main2...!! Aduhh....Mau jerr aku tangankan..tumbukkan..budak2 macamni......Aku takleh tengok budak2 kurang hajar camni!!!! macam takde kesan langsung dengan kata2 nasihat penceramah tu. Takdak hati dan perasaan ke budak nihh......main2 ja hidup depa. masih lagi tak sedar diri.
Yaaa...aku terpaksa akur...takdak gunanya kalau cekgu2 kat skolah saja nak bentuk budak2 ni jadi manusia tulen kalau kat rumah takdak orang peduli. kedua2 manusia guru dan ibubapa perlu bersama2 kerjakan budak2 macamni. Kesian aku tengok anak2 murid aku yang bukan sahaja miskin harta...tapi jugak miskin cita-cita....!!! pernah ditanya.....besar nanti nak kerja apa??.....jawapannya...'macam bapak saya, sapu sampah majlis perbandaran....' oooowwwhhhh....berdesup darah cekgu geram..sedih pon ada, dengar cita2 macamtu. Bukan masalah hina/tidak....halal/haram keje tukang sapu tu. Tapi terus menerus pilih kemiskinan. Sekolah dalam bandar, tapi kalau nak dbandingkan 10x baik lagi sekolah kampung kat hulu mana2. Sekali lagi terpaksa akur....keadaan sekeliling yang membentuk murid2 tu....datang dari keluarga yang bermasalah..bukan masalah laki bini saja...bahkan masalah undang2 pon berlambak. Hanya doa yang tak putus2 mampu cekgu berikan.
Kesian anak bangsaku...taktau dah nak tolong macamana lagi....kalau murid tidak berkehendak.

Ahad, April 19, 2009

Mengingati kisah sekolah

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1986.. MESTI KORANG INGAT NI.........

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Kickers, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban & jgn lupa Ksatria Baja Hitam...Huhuhuhu

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ? semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet...Email....Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni. baling2 kapur laa.

Hmm...budak2 skarang, bagi diorg........
Diorg mana penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau....yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak
reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kita dah kawin
3. korg sure pelik bila tengok bdak2 kecik main komputer, selamba je..
4. kita geleng kepala bila tengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bila jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar yang kita alami masa dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. Tapi apa yang pentinglahkan....bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mungkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg termasuk anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Sabtu, April 18, 2009

BerkongSi Email..........

50 Tanda Orang Munafik

  1. Malas beribadah kepada Allah SWT
  2. Lupa kepada Allah SWT
  3. Melalaikan solat fardhu
  4. Mempercepatkan mengerjakan solat
  5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
  6. Meninggalkan solat Jumaat
  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi
  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
  9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
  10. Mengamalkan riya'
  11. Hasad dengki
  12. Dusta
  13. Mungkir janji
  14. Bakhil
  15. Fitnah
  16. Mencaci maki
  17. Mengumpat
  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  19. Mengengkari takdir Allah SWT
  20. Mempersendakan kesucian agama
  21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
  22. Menghina sahabat Rasulullah SAW
  23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
  24. Menangguhkan pembayaran hutang
  25. Menipu dalam jual-beli
  26. Ghasab (mengambil tanah orang lain tanpa hak)
  27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolok Ayat Allah SWT
  28. Memakan harta anak yatim
  29. Membuka rahsia orang lain
  30. Merasa aman dari murka Allah SWT apabila berbuat dosa
  31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai
  32. Menghalangi orang dari mengamalkan ajaran Islam
  33. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang
  34. Bermuka dua
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
  36. Sombong antara sesama manusia
  37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim
  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah SWT
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah SWT
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  42. Mengkhianati sesuatu amanah
  43. Memutuskan hubungan silaturrahim
  44. Memecahbelahkan perpaduan kaum Muslimin
  45. Menghalalkan perkara yang haram
  46. Membuat kerosakan di mukabumi
  47. Menuduh orang beriman bodoh
  48. Mengubah dan menyalahguna Ayat-ayat Allah SWT
  49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
  50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman

[Sumber: 50 Tanda-tanda Orang Munafik oleh Drs. Hanafi Mohamad]

Jumaat, April 17, 2009

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Khamis, April 16, 2009

Cerita Seorang Salesman

Seorang salesman sedang mempromosikan produk jualannya kepada seorang pelajar kolej. Dia bertanya tentang produk yang dipakai oleh pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”

hehehe…......


Rabu, April 15, 2009

Renungkan…

JIKA TIADA KITA
Mungkinkah ada anak,cucu dan keturunan kita menikmati kehidupan zaman berzaman?
Apa ada warisan yang kita tinggalkan sebagai pusaka mendiami bumi yang bertuah ini?
Apakah dapat kita menjalankan tanggungjawab dan pengorbanan kepada mereka?
Apakah dapat kita merasai dan mengecapi apa yang kita ada sekarang ?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah

JIKA TIADA IBU DAN BAPA
Mungkinkah kita,zuriat dan keturunan kita mewarisi kehidupan ini?
Apakah ada sumbangan dari kita kepada kehidupan ini?
Dimanakah kita?
Renung-renungkanlah… fikir-fikirkanlah

JIKA TIADA ATUK,NENEK DAN WARIS-WARIS TUA KITA
Mungkinkah ada ibubapa kita yang melahirkan kita kedunia ini?
Mungkinkah kita dilahirkan dari ibubapa yang berlainan?
Apakah yang terjadi kepada kita?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah

JIKA TIADA NABI DAN RASUL
Mungkinkah kita beragama Islam?
Apakah ugama kita?
Mungkinkah kita mendapat petunjuk dari Al-Quran,Hadis sebagai pedoman dan panduan kehidupan kita?
Mungkinkah tersyariat perintah Allah?
Adakah akan diturunkan Al-Quran sebagai wahyu yang menjadi kepada umat Islam?
Apakah yang akan terjadi kepada manusia?
Mungkinkah ada yang dinamakan Ugama?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah

JIKA TIADA JIBRIL
Mungkinkah akan diperturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad ?
Mungkinkah Nabi memperolehi wahyu?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah

JIKA TIADA PARA MALAIKAT
Mungkinkah ada yang lain menjalankan tugas sebagai hamba menjaga dan mentadbir dunia dan alam ini dengan perintah Allah?
Apakah yang akan terjadi jika bukan mereka yang ditugaskan oleh Allah swt?
Apakah yang akan berlaku kepada kejadian ini?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah

JIKA TIADA DUNIA,TIADA ALAM INI,TIADA KEJADIAN INI
Mungkinkah ada kehidupan seperti apa yang kita alami dan kecapi selama ini?
Apakah ada kehidupan yang lain bernama KEHIDUPAN?
Apakah ada segala KEJADIAN?
Dimanakah KITA?
Dimana SEGALANYA?
Hanya ALLAH yang mengetahui...

RENUNG-renungkanlah… FIKIR-fikirkanlah !!!!!

Berkongsi Emel Menarik Lagi.......

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :

  1. Apabila orang lapar membaca Surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Selasa, April 14, 2009

Kasut Kulit Babi

Bagaimana untuk menyemak sama ada kasut kulit yang dijual dibuat kulit babi? Mengikut petua perhatikan betul betul corak pada kulit kasut tersebut, dan jika anda menjumpai corak 3 titik yang seragam, kemungkinan besar ia adalah kulit babi. Cara untuk mengesyaki ialah:

1. Harganya lebih murah dari kasut lain

2. Kebiasaannya kulit babi ini dipasang pada bahagian dalam kasut sebab ia lembut

3. Paling banyak didapati pada kasut kanak kanak perempuan

4. Kasut wanita dan sandal lelaki pun banyak.


SYAiTAN dan HiDUNG......

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim).

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata. Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin (macam-macam adaa)!!!!! Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya:-

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daaaa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata……..

“Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku”

Isnin, April 13, 2009

KALAU SUAMI vs JIKA SUAMI...

KALAU SUAMI.......

Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya dia dah ada makwe

Kalau suami mengaku bujang tua, Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada, Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje, Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu, Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu, Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa, Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje, Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka, Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

………… ..

JIKA SUAMI....

Jika suami sayangkan isteri, Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri, Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri, Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri, Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri, SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri, Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri, Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri, I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri, Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri, Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri, Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri, Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri, Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri, Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI … lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ….

KALAU SUAMI …. lebih banyak dari JIKA SUAMI … maka berhati-hatilah.
Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA?

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA…

18sx ( KISAH APIT )

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.

Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama.

“Sayang, abang nak lagi, Yang”. Pelawa si Papa disertai nafas ghairah.

“Ya bang… tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?” Jawab si Mama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.

“Pit… dah tidur kau Pit?.”

“Belum Papa… tengah baca buku.”

“Sudah…esok saja, dah malam, tidur!!!!” Perintah si Papa dengan tegas.

Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi.

“Pit…. dah tidur kau Pit?

“Belum….”

Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu keluar memarahi dan memukul si Apit.

“Disuruh tidur….tidurlah! !!” sehingga kening siApit benjol.

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit.

“Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja….ya.”

“Ya….cikgu” . jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.

“Sayang, apa kata kita ke syurga lagi.”

“Ya bang…..tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum”

“Pit…..dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

“Apit….dah tidur kau Pit?” ulang Papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita.

Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya.

Terjadilah ‘pertarungan’ antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya..

“Yang…abang nak keluar ni”, termengah².

“Ya Bang .. kita keluar sama-sama”, dia dengar suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati;

“Apit nak ikutt.. Apit nak ikuuttt”

Esoknya….Apit BENJOL lagi …….


Tentang....

Glitter Words

Sabtu lepas ganti Cuti Raya nanti.. Wahhhh...kalau bab cuti sanggup aja. Jangan mahin2. Even sekolah aku ni ramainya cine sama banyak ngan mlayu (cekgu yerr) sejak dulu kala....kalau bab raya harussssss bercuti seminggu wajib. Sanggup berganti haaa..!!! Best la cekgu2 sini...

Oklah balik pada cerita Sabtu....ini yang berlaku.....Bukan konsert yaa..tapi Senamseni sempena Minggu Kecergasan. Aikkkk....tak pakai baju PJ pon bersemangat jugak....hmmmm...hentam sajalahh!!!! Are U Readyyyyyy........


Belum apa2 lagi dah malas yerrr..Khoon Thai... Murid aku ni penah tinggal kat Thailand. Murid yang bijak..tapi pemalas sungguh nak siapkan latihan diberi. Montel budaknya. Suka mengusik dia ni.Bila masuk kelas tu aku asik paksa dia cakap Thai. Kasi kawan2 n cekgu blajar. Hoho...KhoonThai...ingat cekgu tak pandai cakap Thai ker..!!!



Bukan saja murid yang happy...cekgu pon naik minyak jugak. Cekgu2 sporting moting smua dan sangat2 menyokong program rakan2. Jadi terhasillah sebuah senario yang menyeronokkan walaupon masing2 tak reti tapi main hentam sajalah tu yang memeriahkan acara. Sangat happy tau!!! takdak nya dok tengok orang ...cam orang tak berdunia...!!!!!!

Owwwhhhh....Kak Jue bukan mahin lagi. Aku suka KakJu...bersemangat ja hidup dia. Dia bole jadi penyelamat apa saja dan bila2 masa. Semua dia join. KakZarina pon takmau kalah jugak. bagus Kak....Pendek kata baik lelaki..baik pompuan...semuanya 'maveless'.


Yaaaa...teruskan rolling ya murid2...........



Ok...smua dah enterprem...so..sapa yang conduct senam seni ni semua?? Owwwhhhh... haruslah kita enterprem orangnya sikit...tue..kat sana tu lah orang2 yang telah berjaya melonggarkan sendi2 berkarat cekgu2 sini. Geng bebudak maktab...import khas tau. semua lelaki. Cekgu praktikum sini yang panggil geng2 depa turun...Tima kaseh yerr adek2!! hangpa memang klass!!!!!!!!
Ehh..Dik..apasal aku tengok tangan hang lagi lembut dari aku nih...sungguh tak aci tau... terkial2 jugak aku nak bersenam seni tu...kayu lagi lembut ape..hahahah..

Seterusnya.........biar gambar yang menceritakan betapa happynya kami hari tu.....


wasalam
!!!


Ahad, April 12, 2009

HONEY MOON MESSAGE.....

“Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari depa berpakat utk kawinkan anak-anak ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon hangpa. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.”panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari-carilah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang tertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis 'KFC’.Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya…

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA”.

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.

Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau nak senyum atau tau menangis.. Apa motto iklan itu…??

“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!”

Hehehehe...........

Jumaat, April 10, 2009

Berkongsi Emel Menarik:

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

~ Kurangkan makan bawang besar
~ Kurangkan makan berempah
~ Kurangkan makan ketumbar kering
~ Kurangkan menonton hiburan
~ Kurangkan membaca majalah hiburan
~ Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
~ Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
~ Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
~ Jangan makan kepala ikan
~ Jangan minum air yang ada semut
~ Jangan tidur selepas subuh
~ Jangan tidur selepas asar
~ Jangan tidur selepas makan
~ Jangan makan terlalu kenyang
~ Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
~ Jangan menyapu rumah pada waktu malam
~ Jangan makan yang masam-masam berlebihan
~ Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
~ Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

~ Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
~ Selalu makan makanan yang panas2
~ Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
~ Selalu minum air masak
~ Selalu makan ulam2 Selalu mengamalkan pandangan hijau
~ Selalu bersenam
~ Selalu menggunakan imajenasi otak
~ Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
~ Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
~ Jangan ego
~ Jangan dengki pada orang lain
~ Jangan makan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan makan makanan yang ada pewarna
~ Jangan makan makanan yang ada pengawet
~ Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
~ Jangan mandi selepas 9.00malam


....semoga dapat sama2 kita amalkan....

Khamis, April 09, 2009

Banjir Seketika...

Pagi tadi hujan punyalah lebat......yaaa ampunnn..non-stop sejak ada kot dalam pukol 3-4 pagi......Dalam malasnya aku terpikir..'alangkah bestnya kalau hari ini hari cuti'......Maka melangkahlah aku ngan malas2nya ke tempat keja pagi tu...hujan masih turun yaaa.....

Yaa..sampai disekolah..(hujan masih turun yaa....)....suasana sunyi sepi berbanding biasa....dalam hatiku ' Sah hari ini tak ramai nih'.......biasanya kalau hujan gitulahh...!!!! Sesampainya di sekolah..ini yang ku nampak.........air dimana2......

Kasut cikgu dah basah dah...aiii...belum apa2 lagi, hujung kain pon basah jugak....biasalah hujan...mujur mekap tetap vogue!! itu yang pentingnya........
Nampak beberapa orang cekgu berpeluk tubuh sambil tengok gelagat anak murid yang seronok main air ngan kaki2 kecik depa, bagaikan berjumpa Angkasawan Negara lagaknya....
macam2 bebudak ni..........main la budak2...bukan selalu pon.......
cekgu2 masih berteleku....berpikir..jalan mana harus kami lalui..harus kami tuju...sebab laluan semua digenangi air.....'haruskah kami bersama2 anak murid berkaki ayam saja hari ni'.....itu yang aku pikirkan...

hujan agak reda...masih rintik2......murid2 riuh potpet2 bukan main lagi...........
sukanya main hujan....godek2 kaki dalam air...nama pon kanak2 kan....mainlahh.....kelas aku ditingkat atas....!!Ini yang aku dapat sepanjang perjalanan aku ke tingkat atas.....

Masuk kelas....tinggal berapa kerat aja yang mai sekolah.....!! Aku Pandang ke atas syiling, owhhh...bocor..kesan air menitik sana sini. kesian!!!!!! Kelas tetap berjalan ikut perancangan. Cuma ada selingan....Aku sempat lagi suruh depa posing time hujan tu....hehehehe.....saja..nak bagi rasa seronoknya hari ni dapat tangkap gambar waktu hujan...waktu sekolah banjir...kata depa....
Ini budak2 comel..nakal2 tu......Semoga hari ni jadi sejarah kat kita noooooooo.......


Hujan mula reda...tapi langit masih lagi mendung..........
Lepas rehat aku teruskan masuk kelas aku sendiri......macam biasa..kelas aku tinggal berapa kerat ja yang hadir. Langit makin kelam....kali ni,...memang sah...mendung bererti hujan....hujan turun lebatnya....
Bila dok kelas ni haruslah aku risau..sebab ini tingkat bawah..lagipon blok lama ni selalu dinaiki air....
tak percaya???? Ini buktinya.........


Ini buktinya....air dah sampai betol2 koridor depan kelas...maka terpaksalah bertapa seketika cekgu2 yang mengajar di blok ni...nak lalu kot mana kalau dah gini sekali....
Murid2 blok ni...bukan mahin seronok lagi....sikit2 nak pi toilet...kuat betol kencing.... Macamlah cekgu taktau akal hangpa yang main main2 air bagaikan filem hindi tu......Hamboiiiiii.........

Ini buktinya.........



Lepas ajar....aku suruh anak murid aku tanggalkan stokin..kasut..sila beratur di laluan koridor untuk cekgu snap gambar okayy. Cekgu tau la..masa belajar pon dah tak khusyuk..mata naik juling dok tengok air hujan kat luar. Nasib baik cekgu sungguh memahami tau!! Maka bersorak sakanlah depa sekelas sebab seronok kaki nak jejak air. Hasilnya....tadaaaaaa....wajah2 hensem..jelita budak2 kelas aku.......didepan kelas kami.......

Wahhh...bukan main seronok lagi.........

Sebagai penutup ini gambar2 yang sempat diambil .....


Sehingga tamat waktu ...hujan masih tak berhenti lagi............

Rabu, April 08, 2009

Ladies...Be Carefull


DO YOU KNOW ?
Coke+Ajinomoto
Rape Ladies

Can be Used To received a news about the recent tactic used to spike girls' drink.
It is a cheap and widely used method.
This method was used in Canny Ong murder.
Rapist uses this method.
Coca-cola+ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.
This mixture is poisonous if used too often on the victim.
Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.
DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.

~ sumber dari email~

Isnin, April 06, 2009

TekaTeki...

1) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

2) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

3) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

4) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

5) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

6) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

7) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

8) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

9) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’

Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

10) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

11) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

12) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

13) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

14) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

15) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……

Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!




Khas Untuk Yang Bernama Kawan.......

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar....dah dapat sepak....

2) kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok....lepas tu pijak....

3) kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap....dah dapat tendang....

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS....dah pakai, buang....

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde...hujan gerimis baru muncul...

7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru...

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak...

9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi…..kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi aku, kawan tu penting.Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya…

~ FRENSHIP FOREVER frenship never ends….~

Hmmmm...Apa kabar.......... Sal...KakPah..KakNora..Shida...Linda...KakIdah...Izan...Mah..Aini ...Tipah...

Rindunya kat hangpa.........

Khamis, April 02, 2009

When someone tells you that you can't do something...

1. Look around...

2. Consider all options...

3. Then GO for it!

4. Use all the things God gave you!

5. Be creative!

In the end, you will succeed and prove them wrong!


Always remember!!!!!
'Nothing is impossible, if your heart is willing'

Jika ia, hanya seekor siput yang sinonim dengan lembik dan lembap mampu membuktikan kehebatannya... bayangkan anda sebagai manusia yang punya anggota tubuh yang praktikal dan dianugerahkan otak yang mempunyai akal, tidakkah anda mampu lebih gagah dah kuat daripada siput ini???? Renungkan dan fikirkan lah....

TAWAKKAL, BERGANTUNG serta BERHARAPlah kepada-NYA dalam setiap perkara, HANYA SETELAH ANDA BERIKHTIAR DAN BERUSAHA YANG TERBAIK...


Rabu, April 01, 2009

Yahoo...Kami Juara.................

sebelum perlawanan bermula..haruslah...berkenal-kenalan dulu...kan..???



Pasukan Perempuan yang digeruni....pose ala model tak hingat dunia....
Sempat lagi berposing sakan...fokus la weyyy......

Amboih....perturun ilmu apa tu hahhhh........?????

Pasukan Lelaki yang sangatlah digeruni.....Tahniah untuk hangpa budak-budak.......

Tudiaaa....penuh gaya cikgu mengajar........

Bukan main lagi hangpa noooo.......


Sebelum mula main haruslah bersalam-salaman dulu...........

Sebenarnya inilah 2 pasukan bola baling lelaki dan perempuan. Pasukan perempuan, kami tak risau, yang risaunya pasukan lelaki ni haaa....kali pertama menghadapi perlawanan. tak penah join apa2 sukan. Bola Baling ni pon sebab takdak orang, mujur ada budak2 ni yang mau join. Bagus semangat hangpa ni. Berani. Paham2 lah bila dah kali pertama ni...macam2 lahh...jenuh lah kami cikgu2 yang ajar sampailah ke tengah padang masa perlawanan tu. Lucu sungguh rasanya. Tapi oklah hangpa...takdak lerr kena belasah teruk2....cikgu ingat hangpa kena puluh2 gol dah..hahahah.........Apapon..terima kasih banyak2!!!!!!!! Tahniah juga kepada pasukan perempuan yang berjaya jadi JOHAN.....kelazzzz hangpa..tahun ni tahun hangpa dalam sejarah...2 permainan hangpa sapu JOHAN nooo...Semoga jadi kenangan manis kat hangpa...