Pages

Selasa, April 28, 2009

Kepada Boss 'Mem' aku....

Terkejut la pulak kami2 ni....dalam hati...'nak mampos ke org tua ni'...buang tebiat nihh....
Buat baik la pulak sejak2 pasukan kami layak berlawan peringkat negeri ni....bagi borang kebenaran murid dan air mineral sekotak. (Itu saja ke 'mem' oiii...)
Pengangkutan???? first Aid??? Makan minum budak??? dah lerr dari pagi sampai ke petang!!!!

Kenapa aku mengamuk ni???
Yaaa....dah tentu ada sebabnya. Bukan aku saja geram ngan 'mem' sukan ni...semua orang...dah meluat...benar kata pepatah...'bodoh sombong'........dah tak reti, takmau belajar.

Masa aku n geng bawa 2 pasukan lelaki & perempuan Bola Baling. Berjumlah 24 orang murid. Guru 3 orang. Mem kami langsung tak ambil tau...kebajikan murid2 yang nak bertanding. Tanya pon tidak. Apatah lagi nak jengok kami di padang. Kirim salam. Sampaikan kami berniat kalaulah tetiba 'mem' mai tengok...kami akan buat pulut kuning!!! Niat tak terlaksana nampaknya. Yang paling kami sakit hati....kami terpaksa kebas 2 kotak air mineral untuk perlawanan yang amik masa setengah hari. Dah mintak tak dapat. Kami kebas la diam2. Tapi masa dok tengah kebas tu dia nampak dan tanya budak 'sapa suruh ambik' ( Heheheh..kami suruh budak tolong angkat). Bukan dia taktau kami perlu air untuk plawanan ditengah padang yg panas. Bole lak dia cakap ..nak simpan air tu utk kgunaan meting nanti2. Dapatlah hadiah bodoh dari kami. (Tapi kami bodohkan dia dibelakang laaa....hehehe!!!). Meeting apa kejadahnya nak guna2 air tu. Nak kata guna utk Hari sukan..dah lepas...ini nak simpan buat tukun ke hapa!! Dia tak rasa kesian ke budak2 main...takkan tak sedia air. Tau sajalah..budak2 ni...lari sikit nak air....kalau dah 24 orang...setakat 2 kotak tu tak cukup. Makan pon kena pikir jugak. takkan nak biar perut kosong. Dah la nak perah tenaga budak. Itulah kalau orang yang tak reti dan tak penah ada pengalaman bawa budak dalam sukan dan permainan. Kurang2 kalau pon takdak pengalaman sukan2 ni....reti2 gak belajar, nama pon ketua kan!!

Mem kami ni kalau kami tegur2...dia takmau terima. Kononnya..dia sudah ada diatas kami, jadi kami patut menurut perintah dia. Maka terjadilah perintah dia yang menunjukkan kelemahan dia. Ada ke patut acara larian utk 4 buah rumah sukan dibuat 2 lorong. Mana dia belajar taktau. Kami komplen takmau jalankan larian tu. Dia nak teruskan gak..konon nak kasi cepat abis.
Berbalik pada Bola Baling tadi.....dengan 24 orang tu...kami 3 orang angkutlah murid2 ni dengan keta masing2..laksana prebet sapu jadinya. Ada dia risau transport??? Tanya pon tidak!!!

Itulah...pemilihan ketua yang tidak pada tempat yang sepatutnya. Dia tak layak mengetuai sukan2 ni. Dilantik bukan atas faktor kebolehan. Dia tak reti dan tak mampu handle. Bukan kami tak sokong dia. Kami nak tolong dia, Sebab kami tau dia tak reti sukan2 ni. Kalau suruh dia sambut bola pon takkan dapat punya. Tapi tulah dia yang tak bole ditegur sebab dia terasa diri dia 'ketua' dia memberi arahan.

Yang kami geram tu..kebajikan murid yang bertanding langsung tak ambil peduli. Dia letakkan 100% pada guru yang terlibat. Yang paling kami geram....bila sukan yang jadi johan...dia dengan tak reti malu cakap ' tengoklah sape Bos dia'............berbulu kami dengar!!! Kami yang melatih pon tak penah keluar ayat sombong gitu. Ini dia yang hanya sekadar ketua. Itu sebab bila Pasukan Bola Baling kami jadi Johan...kami langsung tak bgtau dia. Sampai nak bagi medal kat budak pon kami tak jemput dia. Tunggu gak Big Boss kami yang masa tu ada kursus balik. Big Boss kami pon sempat lagi SMS tahniah lepas menang hari tu. Dia..langsung tak!!!

Memang kami terasa hati. X-Bos yang dah btukar dulu...memang orang yang arif dengan sukan. memang puas hati dan seronok. X-bos sebelum tu pon 'mem' jugak...pon taktau sukan2..tapi sangat support budak2 dan cekgu2...mana saja ada plawanan dia jengok. Siap bole tolong hantar budak lagi. Makan Minum tip top....memang dia jaga sungguh2. Hujung tahun dia bawa semua murid yang menyumbang tenaga dalam sukan makan angin. Tempat dekat2 saja, tapi keringat murid dihargai. Kesian tau murid...bukan senang nak menang. Bukan setitik peluh yang mengalir. Itu pasal kami mengamuk kalau anak murid dbuat hamba.Kesian depa....

Oleh kerana kami dah meluat...maka tahun depan tiada lagi penyertaan mana2 acara. Kami nak mogok.Seriusssssssss...........

0 : KoMen: