Pages

Selasa, Februari 23, 2010

Cerita Teladan...

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.

Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.

Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:


"Oh, Ianya terlalu sukar!"

"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"

"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.


Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.

Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.


Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.


Teladan cerita ini:

Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

Isnin, Februari 22, 2010

Minggu ni... bermulanya ujian pertama sejak sesi persekolahan bermula.......
Hhhmmmm...selamat maju jaya untuk murid-muridku.....

Ingat pesan cikgu.......





Ahad, Februari 07, 2010

Merendahkan Diri..........

Dalam menyapa orang, kita lazimnya dipesan supaya merendahkan diri.
Tetapi apa yang dilakukan bagi merendahkan diri ini?

Pertama......
kita hendaklah merendahkan suara supaya tidak terlalu lantang. Suara yang terlalu lantang sehingga memeranjatkan orang atau nada yang ranggi, menyebabkan orang mempersepsi kita sebagai sombong.

Kedua....
......ini sangatlah penting. Gunakanlah bentuk pemadan taraf yang sesuai. Apakah yang dikatakan pemadan taraf? Pemadan taraf itu adalah istilah yang diberi oleh Za’ba bagi memanggil orang. Contohnya, encik, tuan, cik, puan, saudara, pakcik, makcik, dan tuk.” Ini termasuk juga gelaran yang diberi kepada seseorang seperti Dato’. Tan Sri, Tun dan lain-lain.

Apabila kita merendahkan diri, kita memanggil orang dengan pemadan taraf yang lebih tinggi daripada kita sendiri. Umpamanya, apabila kita pergi ke pejabat kerajaan atau swasta, maka sapalah orang yang kita lawan bercakap itu dengan panggilan yang lebih tinggi.

Sekiranya beliau itu seorang pegawai, maka panggilah beliau “Tuan” untuk lelaki, dan “Puan” untuk perempuan.

Walaupun pegawai itu seorang muda, kita perlu memanggil beliau sebagai “Tuan” atau Encik.” Ataupun “Cik, Cik Puan” dan “Puan” untuk perempuan.

Dengan demikian kita telah merendahkan diri kita.
Merendahkan diri dalam budaya Melayu itu adalah sangat dihormati dan dikehendaki.

Jumaat, Februari 05, 2010

Diriku Kembali Bersiaran.....

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog.....
Dah lama tak bace blog rakan-rakan semua....ketinggalan cerita banyak nih....
Dah lama membiarkan peminat ternanti2 cerita itu ini....hahaha....
Dah lama jadi pemalas....

Sekian...jumpa lagi..........