Aku peminat gemstone....Apa itu gemstone??? Alah..batu kristal phiasan wanita yang warnawarni tu. Tapi bukan dbuat2 warnawarninya tu ok, Asli dari perut bumi yang jauh nun dsana.
Rough mineralnya besar2 begini...sebelum dipotong, diikat...di polish..menjadi pelbagai fesyen...
Ada kepercayaan bahawa batu2 real stone yang pelbagai nama mengikut jenisnnya ni, ada aura dengan tubuh badan seseorang katanya....
Sumber mineral ini sememangnya mempunyai tenaga positif yang boleh dialirkan kepada badan sipemakai dan juga menyerap tenaga negative dari tubuh. Peggunaannya merupakan kearah pencegahan dari terkena sesuatu penyakit dan bagi mereka yang mempunyai penyakit, Kristal dapat membantu merawat kesakitan yang dialami tetapi bergantung pada penggunaannya. Ini kerana Kristal mempunyai gred yang tersendiri.Untuk mengetahui kegunaan or fungsi stone2 tsebut, bole tengok sini macam2 diceritakan...
Ni antara barang kemas aku....harga tiap satu ni masih dalam ratus2 lagi. Belum sampai tahap ribu riban lagi...
- Agate - ada beberapa jenis agate situ...black agate, green agate n Carnelian agate.
- Peridot - Aku suka yang berpotongan rugged camni, ala2 tak sudah gitu. pasal takde polish2 dah. Asli gitu....Ini istimewanya designer barang kemas aku ni (adik rakan skerja aku di Singapore (Chinese)) fesyennya rugged2. Biasa kalau tengok kat kedai..jenis potongan bulat2 jer.Susah nak cari bentuk2 lain. Dia ni tidak, nak bulat..lonjong..patsegi..tigasegi..smua ada. Tiap satu design tsendiri. Agaknya tu pasal artis HongKong banyak tempah kat dia. Ini barang kemas aku raya aji lalu... Mahal bole tahan. Kata kawanku, stone jenis peridot antara kategori mewah. Tapi aku punya tak mewah mana pon.
- Rose Quartz - Tengok fesyennya yang sungguh unik dan moden tu. Ini stone aku yang ptama aku beli. Aku suka design yang pelik.
- Amethyst - Ini Amethyst kesayangan aku, Sungguh cantik rasanya tangan ku bila pakai stone ni... Potongannya sungguh aku suka. Ala tak sudah gitu. Dah lama batu ni ngan aku.. rasa cam ada aura pasal stone ni btambah bkilat rasanya.
- Aquamarine - Ini potongan patsegi tepat...kaler birubiruan gitu. Ini barang kemas aku raya tahun lalu. Mahal woo...Kata sahabatku, ini juga kategori stone mewah. Ada lagi bapak punya mahal dari aku ni. Yang aku biasa2 jer.
- Rantai ber 'pendant' love tu bukan jenis Jade tu ok. Sama tapi tak serupa. Ini tak salah jenis green agate. lupa dah...dah lama.
- Fluorite - Kalung tu stone jenis Fluorite. Rainbow Fluorite. Pasal apa rainbow?? Di dalam batu tu kita akan nampak kaler2 pelangi yang bagai dsusun2 je. Tapi harus diingat, ianya smulajadi. Kuasa Allah.

Begini rupanya tourmaline idaman aku ni...

4 : KoMen:
batuan ni mmg cantik2 belaka..tp tourmaline tu mmg unik sangat kaler die...dapat satu pun cukuplah..
Yaaaa.....tourmaline tu...aduhai...unik betul.
Aku tengah kumpol duit sehari 0.50 sen untuk beli tourmaline ni tau. doakan aku bjaya!!!
mmg gila punya cantik lah tourmaline tuh..tp rasa2nya harga bleh tahan tuh kan shima???emmm mampukan kalo aku nk memilikinya...emmmmmm??????
To AYU : Kau harus memilikinya Ayu. Cepat ikut jejak aku mulakan kumpol 0.50 sehari untuk beli tourmaline raya tahun depan. Ayuhhh...yyeeehaaaa.....!!!
Catat Ulasan