Rabu, Jun 17, 2009

Sape Nak Ganti Kak Timah...

Hurrmmmm....sorang rakan tunggu masa nak 'meletup'....besalinlah!!
Oleh sbb dia pon kena ajar kelas tambahan...maka sibuklah skrang mencari pengganti kelas tambahan tu. Dengar cerita...bukan dengar cerita lagi dah...terus aku yang di 'offer' untuk mengambil kelas tambahan Kak Timah tu. Hmmm...kenapa aku kak!!! tambah dramatik lagi ini kisah, sbelum ni mmg dah ada calon yang ssuai dah dah..tetiba calon tu dapat tukar lak..itu yang terus aku pulak dapat offer tu.

Aku malas sungguh sbenarnya...biar pon berbayar, duit langsung tak buat aku teruja. Berbayar ke tak berbayar ke..kalau dah nama kelas tambahan..tak tau nak cakap apa, tak minat sungguh-sungguh....Rasa letih la pulak...
Bukan letih apa..hari2 bgelumang ngan budak2 yang lemah, lepas tu nak sambung lagi masuk kelas murid2 mecamtu jugak. Hisss...susahhh.....tak mampu pulak rasanya..
kesian budak2....
kelas tambahan yang skrang ni pon kalau ikutkan ati aku tak ingin...tapi kena ambik jugak...takde pilihan..takde talian hayat....

Tapi permintaan Kak Zarina buat aku serba salah la pulak..bila dia keluar ayat..Tolonglah budak2 tu...kesian kat budak!!! hadoi..pusing sungguh!! kenapa lah kak pi cakap lagu tu Kak Ina weyy... Bukan aku tak kesian...tapi kesian jugak diriku ini...
Kelas tu kelas hujung paling lemah. Sama la macam budak2 kelas aku skarang. bertambahlah uban aku nampaknya...tak lari...ke situ jugak.........
Taktau lahh...keputusan belum muktamad lagi..tunggu Kak Timah meletup dulu... pastu baru kita bincang lain..



0 : KoMen: