Pages

Rabu, Oktober 27, 2010

Hidup Kita...


Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Amalan yang baik hendaklah ditambahkan...

Segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan..

Pahala amalan hendaklah digandakan...

dan...

Masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.


Selasa, Oktober 26, 2010

Giliran Bertugas......

Minggu ini giliran aku bersama 2 orang teman bertugas. Minggu lepas berbulu mataku perhatikan tingkah laku murid-murid...lagi2 dihujung2 tahun nak bcuti panjang ni, banyak sungguh peraturan yang dilanggar. Minggu ni aku akan cuba untuk membuat murid-murid berpikir 2 kali sebelum berani melanggar apa2 peraturan sekolah.
Hmm...alangkah bagusnya kalau boleh saman murid-murid yang langgar peraturan sekolah, dan dendanya perlu dibayar oleh ibu bapa.
ibu bapa dan guru berpisah tiada........sama2 kita disiplinkan anak2 kita......

Isnin, Oktober 25, 2010

Kisah Chewing Gum....

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore.
Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.
Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam.
Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam "lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?"
Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore"
Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik
saja PM Singapore balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Hahahaha...........

Isnin, Oktober 18, 2010

Sedang Mengubah Tabiat.......

Sedang berjinak-jinak dengan Teh Hijau.......

Ramuan teh hijau memiliki 'sejuta' manfaat bagi tubuh. Tak hanya sebagai pelangsing alami, namun juga nutrisi kulit dan pembangkit mood. Tak heran, jika banyak orang menggandakan teh hijau untuk mempercantik diri.
Minuman teh hijau boleh dijadikan sebagai amalan diet seharian kerana peranannya dalam membantu penurunan gula dalam darah dan kadar kolesterol.
Selain itu, kandungan polifenol yang sangat banyak dalam teh hijau berperanan sebagai pelindung terhadap kanser.


Ayuh...kita memulakan hari kita dengan mengambil segelas teh hijau di pagi hari. Ia akan memberikan rasa segar dan lebih bertenaga.

Cantik Bak Supermodel Berkat Teh Hijau.....selamat tinggal kopiku...

Selasa, Ogos 17, 2010

Aku Dan Murid-muridku..

Boleh dikatakan aku guru muda walaupun umur dah tua, guru junior...
yang masih sedikit pengalaman hidup...

Tapi profesionku sebagai seorang guru, sekaligus guru kelas yang
setiap hari bertemu mata dengan anak murid, mengajarkan aku banyak hal......

1. Anak-anak murid mengajarkan aku untuk selalu menikmati hidup,
bagaimana berat pun beban hidup...seperti anak muridku,
ketawa tak pernah lekang dari bibir mereka walaupun ketika mendapat markah
merah paling corot.

2. Anak-anak murid juga mengajarkan aku erti sebuah "kasih sayang",
kerana meskipun hampir setiap hari aku beleter,
mereka tetap memberi kejutan pada aku ketika ulang tahun,
hari guru dan hadiah2 lain yang tak pernah aku duga...:)

3. Anak-anak muridku juga mengajarkan bahawa apa yang kita alami,
akan sangat berpengaruh pada mereka...

4. Anak2 muridku mengajarkan bahawa kita harus selalu BELAJAR dalam segala
hal,dan tidak perlu malu untuk TIDAK TAHU dan TIDAK BOLEH...

5. Dan yang terpenting.... anak2 muridku mengajarkan bahawa....
TIDAK PERLU MENJADI ORANG YANG SEMPURNA kerana....
memang tidak pernah ada YANG SEMPURNA....


Mungkin hingga saat ini, anak2 muridku hanya menganggapku guru mereka yang
mengajarkan mereka satu disiplin ilmu...
Tapi bagiku, anak2 muridku adalah guruku yang paling hebat
yang sudah mengajarkanku banyak hal dalam hidup....

Salam Ramadhan......


Selasa, Februari 23, 2010

Cerita Teladan...

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.

Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.

Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:


"Oh, Ianya terlalu sukar!"

"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"

"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.


Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.

Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.


Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.


Teladan cerita ini:

Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

Isnin, Februari 22, 2010

Minggu ni... bermulanya ujian pertama sejak sesi persekolahan bermula.......
Hhhmmmm...selamat maju jaya untuk murid-muridku.....

Ingat pesan cikgu.......





Ahad, Februari 07, 2010

Merendahkan Diri..........

Dalam menyapa orang, kita lazimnya dipesan supaya merendahkan diri.
Tetapi apa yang dilakukan bagi merendahkan diri ini?

Pertama......
kita hendaklah merendahkan suara supaya tidak terlalu lantang. Suara yang terlalu lantang sehingga memeranjatkan orang atau nada yang ranggi, menyebabkan orang mempersepsi kita sebagai sombong.

Kedua....
......ini sangatlah penting. Gunakanlah bentuk pemadan taraf yang sesuai. Apakah yang dikatakan pemadan taraf? Pemadan taraf itu adalah istilah yang diberi oleh Za’ba bagi memanggil orang. Contohnya, encik, tuan, cik, puan, saudara, pakcik, makcik, dan tuk.” Ini termasuk juga gelaran yang diberi kepada seseorang seperti Dato’. Tan Sri, Tun dan lain-lain.

Apabila kita merendahkan diri, kita memanggil orang dengan pemadan taraf yang lebih tinggi daripada kita sendiri. Umpamanya, apabila kita pergi ke pejabat kerajaan atau swasta, maka sapalah orang yang kita lawan bercakap itu dengan panggilan yang lebih tinggi.

Sekiranya beliau itu seorang pegawai, maka panggilah beliau “Tuan” untuk lelaki, dan “Puan” untuk perempuan.

Walaupun pegawai itu seorang muda, kita perlu memanggil beliau sebagai “Tuan” atau Encik.” Ataupun “Cik, Cik Puan” dan “Puan” untuk perempuan.

Dengan demikian kita telah merendahkan diri kita.
Merendahkan diri dalam budaya Melayu itu adalah sangat dihormati dan dikehendaki.

Jumaat, Februari 05, 2010

Diriku Kembali Bersiaran.....

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog.....
Dah lama tak bace blog rakan-rakan semua....ketinggalan cerita banyak nih....
Dah lama membiarkan peminat ternanti2 cerita itu ini....hahaha....
Dah lama jadi pemalas....

Sekian...jumpa lagi..........