Selasa, Julai 28, 2009

Panas

'Global Warming'
Sekarang ni cuaca panas, kan? berkuap2 lak rasanya..macam idup dalam botol
(agaknya lahh..aku pon tak tau camne idup dalam botol, main cakap jer)

Inilah yang dnamakan 'global warming'??
Kesannya memang dahsyat....dbawah ni bukti yang menunjukkan saban tahun dunia bhadapan masalah peningkatan suhu yg tak penah susut2..
Ok..sama2 kita sayangi alam sekitar yerr kawan2!!....






Lawatan & Buah Rambutan

Lawatan & Buah Rambutan.......

Minggu lepas 5 org murid kelas aku tahun 6 dipilih mengikuti lawatan sehari ke MRSM. Yang aku rasa sakit hati bila dengar 'boss mem' aku sorang tu pertikaikan kenapa tolak 5 org murid kelas pandai bijak bestari tu dan tempat tu dberi pada murid kelas aku yang kononnya tak pandai tu. lagi sakit ati aku..bila dia cakap 'apa istimewanya..apa bagusnya murid kelas tu' .
Nasib baik dia dia tak cakap depan aku...kalau tidak mau aku mengamuk, kasi tumbuk muka gebu dia tu...tak kira bos ke apa dah. Dia baru tukar sini, suka2 hati cakap murid aku bukan2. Aku taulah murid aku tak pandai. Dari segi sikap boleh dpuji jugak. banyak perubahannya.

Lagi pon takkan selamanya nak sisihkan murid tak pandai ni. Kesian jugak depa. Asyik2 kelas pandai saja nak djaga hati. Yg kelas hampeh2 malaun ni nak dbiarkan.
Aku sentiasa pcaya, suatu hari nanti akan ada murid aku yang dari kelas tak pandai2 ni akan berjaya dlm hidup. Manusia boleh berubah. 5 orang murid pandai tu, sbb prestasi jatuh jd sbg denda tak bole ikut lawatan. Ini mmg dah awal2 lagi pjanjian gini.

Cerita pasal lawatan tu, guru pengiring tu cakap murid aku bsikap baik. (adakah kerana aku ugut bahawa aku dah pasang spy utk perhatikan sikap depa, maka depa bsikap baik?..sukar nak jawab!!) Malahan ada yg aktif bsoal-jawab masa lawatan tu. Seronok je depa bcerita. Yg penting aku bangga, murid aku jadi baik.
Minggu ni juga aku bawakan buah rambutan dari kampung untuk murid2 kelas aku........kami bkelah ramai2 dalam kelas...sambil dengar cerita lawatan. hehehe..

Khamis, Julai 23, 2009

KIsah 4B lagi....


Bala and Thanesh

Ingat lagi kisah murid 4B minggu lepas.....
ok..minggu ni sesuatu yg menarik blaku....ada2 aje budak2 ni....
Aku ternampak sebuah diari, siap bpedal ayam lagi.
Thanesh kata kepunyaannya..
'All my secret' katanya...
Aku pon buat2 bminat...sembang2 pasal diary.
Last sekali aku cakap "boleh cikgu tengok apa ada dalam ni?"......
Ok!...jawab Thanesh....sambil pantas tangan dia buka kunci buku diary dia. terus bagi aku.
Aku cakap kat dia..kalau org lain boleh baca diary tu..itu bukan secret lagi namanya.
Dia cakap, bukan smua dia bagi baca. Org2 tertentu jer...yang dia sayang...
(Wahh....adakah aku pon tmasuk dkalangan org2 yg dsayanginya??)
.....kembang rasanya lubang idongku...
Aku pon beleklah tiap page diary tu...tersenyum sendirian aku...
inilah alam kanak2...
Apa yang ada dalam tu???
Ada password game dia..........
Ada....rancangan TV kegemaran dia...(ada kot 10 program kartun...hehehe..indahnya....)
Lepas tu ada senarai "my very best friends"...
(tempat teratas sekali ialah 'Cindy'.....dulu dia penah citer pasal best fren dia kat umah ialah Cindy. Cindy belajar sekolah lain). Katanya Cindy putih, bijak....
hahaha...aku pendengar yg setia....
Senarai best fren tu pulak..siap ada ngan % lagi. Orang ni berapa peratus..org tu berapa peratus dia suka...hahaha...tersengih sendirian dlm ati...
Kmudian ada juga senarai cita2 dia...
Apa lagi yaa...aku dah lupa dah..
Aku tanya kenapa tiada senarai guru kesayangan pon...
katanya.."senarai guru akan dbuat di page yang akhir sekali...belum tiba masanya lagi"....
Tiba2 dia bsuara....
"cikgu, hari ni kami mengadakan undi"
Katanya undi tu utk menentukan samada dia akan bkawan dgn smua org atau tidak. Kalau ramai yg suka dia,dia akan bkawan dgn smua org. Tapi kalau ramai yg benci dia, dia hanya akan kawan ngan khoon thai..alderic saja...
Hahaha...pulak....
Sbb minggu lepas aku cakap kat dia, kita perlu kawan dgn smua org. tak bole sombong ngan rakan sekelas yg lain, jadi minggu ni dia buat kputusan lah..
Patutlah sejak masuk kelas aku tengok si Bala asyik round satu kelas jumpa kawan2 mcm aksi ceti kutip hutang lagaknya....
Rupanya dok buat survey....
Sebelum tamat...aku btanya Thanesh apa kputusan survey tu.
Dia cakap belum boleh beritahu, pasal ada lagi 3 org rakan yg tak hadir.
"nanti saya akan beritahu cikgu tentang kputusan tu" katanya.

Kelas sivik pagi tu tamat dengan aktiviti mengundi sambil menyiapkan projek kerja bkumpulan...
Minggu depan aku akan siap sdiakan kelas tu dgn lagu patriotik pulak. sbgai psediaan ptandingan lagu patriotik sempena merdeka nnt.

Selasa, Julai 21, 2009

Cuba Teka......

Berapa ramai orang dalam gambar ini?




Renung-renungkan....

Gerhana Matahari.......

Gerhana Matahari Separa di Malaysia sekali lagi pada
22 Jul 2009


Rakyat Malaysia bpeluang sekali lagi menyaksikan gerhana matahari iaitu Gerhana Matahari Separa yang dijangka berlaku pada awal pagi 22 Julai 2009. 26 Januari lalu merupakan Gerhana Matahari Cincin.

Waktu sentuhan pertama : 8:20 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:04 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:55 AM

Berita sikit.....
Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21.

Kekurangan peralatan yang ssuai dan selamat agak sukar utk ajak murid2 turut sama menyaksikannya, dek kerana sinar infra merah yang amat panas dan berbahaya pada mata...
Lagi takut... budak2 ni kalau dlarang 'Jangan'....itulah yang depa nak buat sangat. Daripada depa buta, baik kami diam2 saja, mcm takde apa blaku. Hal gerhana,belajar saja dalam lab. Nanti besar godeklah info ttg gerhana sendiri. hehehehe....

Ahad, Julai 19, 2009

Lama vs Baru

Iron Lama vs Iron Baru

Tahun lepas....masa Annual Lunch....aku dapat hadiah cabutan bertuah berupa iron....
Masa tu aku pikir...'elehh..dapat iron...dah ada dah lerr'.
Kepada jawatankuasa BKGK..maaf kerana 'elehh' kan pasal hadiah tu....

Sekarang baru aku tau..kenapa masa aku bertungkus lumus nak mnukar hadiah suka sama suka lepas cabutan tu..tapi tak siapa sudi....
Rupanya....iron ku yang dbangga2kan tu, sekarang betol2 cilaka.....
sudah 4 helai baju aku dibahamnya.
Bukan sbb tak cukup makan...dia dah bpenyakit kepanasan melampau.....
baru letak aje..dah blubang baju aku.
3 kali kejadian aku maafkan. Tapi masuk yang ke-4 kali ni...aku betol2 hangin....
kerana baju yang ke-4 ni adalah baju koperat sekolah aku tahun sudah...yang masih belum aku pakai lagi..lantaran baru bulan ni baju tu siap jahit.
cabuk sungguh....
Aku sungguh angin....hangin satu badan....
Akhirnya......
Selamat tinggal iron lama....selamat datang iron baru....
Aku keluarkan iron hadiah cabutan bertuah tu.
Dan...
Esok aku berbaju hasil gosokan iron baru aku.....

Sesuai ke ngan ayat ni bagi kes iron aku tu..? Hahaha....
'Kadangkala Allah hilangkan mentari, dan Dia datangkan guruh..kita menangis, mencari..mana mentari pergi? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yg indah'






Sabtu, Julai 18, 2009

Rahsia Telefon Bimbit

Email menarik untuk dikongsi............

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT


Telefon bimbit menjadi satu keperluan bagi setiap orang. Fungsinya bukan sahaja untuk membuat & terima panggilan malah lebih daripada itu. Kehidupan sesorang tanpa telepon boleh mati dibuatnya!

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci (Keypad locked).

2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang
menggunakan system penggera (alarm) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu
melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci '*3370#' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan
dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan
sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.


*Selamat mencuba!

Khamis, Julai 16, 2009

Kelas 4B

Kadang Kala Kekerasan Itu Perlu.

Aku laksana Hakim Yang Arif lagi bijaksana di kelas 4Baiduri tadi....
Menyelesaikan masalah dan isu pertelingkahan murid2 kecil ku.....
Kenapa yerr...agak sukar aku 'mengontrol' budak2 ni bbanding kelas tahun 6 aku tu.
Yang pasti aku masih belum sampai ati nak 'debik' budak2 ni sesungguh hati. Lagipun aku pikir...kelas ni aku hanya ajar mata pelajaran elektif saja, tak perlulah nak keras2 sangat. Tunggu depa jatuh ditangan aku untuk mata pelajaran teras, kalau kami ada jodohlah....
Masa tu sikit pon takkan ku beri muka...hahhah...
Walau bagaimana pun aku masih meletakkan disiplin murid perlulah tip top...sesuai dengan kelas bijak bestari. Menyahut seruan Cikgu Suddakar...bahawa smua guru adalah guru disiplin... Maka aku mengambil langkah ke depan...

Tengahari tadi aku menjentik (aku masih belum mahir menjentik kerana 2 kali pcubaan dlakukan)... lalu memulas telinga DAVE...dan THANESH...(pkara paling lembut aku lakukan utk kelas tu..hahaha)....
Bukan suka2...tapi sebagai pengajaran bahawa apabila sekelas, kita bsaudara...jadi tak perlu bertelingkah....sampai mcarut2....mnangis2...
Sungguh menyedihkan, apabila murid sekecil itu sudah pandai berdendam sesama sendiri dan ada yg menjadi penghasut.....(katanya ibubapa bpesan 'jgn kwn ngan si polan si polan..sbb bla bla...)
Maka sekali lagi aku berceramah sebab dan akibat perbuatan depa...
Di akhir ceramah aku minta depa bsalam dan bpelukan, tanda kemaafan. (rakan2 sekelas btepuk tangan dengan aksi peluk memeluk tu). tanda sokongan. Thanesh masih belum ikhlas....

Maka aku katakan...dua2 kamu sama kaum...tidak malukah rakan2 bangsa lain lihat kamu bgaduh. Aku pon taktau..wajar ke tidak aku kata mcmtu. Aku cuma nak depa pikir kita perlu bkawan dan menghormati smua org.
Sebab murid tsebut terus terang mengaku si polan si polan saje kawan dia. Dia takmau bkawan dgn yg lain. Yg lain smua bukan kawan dia.
Adakah jaminan rakan yg diagung2kan tu akan mnolong dan sntiasa bsama kita selamanya? Jika tiada jaminan haruslah kita bbaik2 dengan smua org..tak kira bangsa dan agama.
Murid aku tu sama bangsa tapi blainan agama. Masalah selesai untuk hari ini.

p/s: aku heran kenapa tiap kali aku masuk kelas ni...aku bagaikan polis...bagaikan hakim...maka P&P yang aku rancang digatung tak btali.....Sudahnya tadi stok gula2 'love' aku terpaksa dihulurkan lagi untuk budak2 tu....Bahagianya tengok depa tsengih...

Rabu, Julai 15, 2009

Seloka Cikgu dan Murid

..: Seloka Cikgu Dengan Anak Murid :..

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu
Jadilah kayu golf
Disebut kayu tetapi besi
Diulit Dato’, tauke dan menteri
Jangan kau menjadi tunggul!

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar
Jadilah pagar karan
Dipicit suis power berjalan
Dirempuh diusik boleh pengsan
Jangan kau jadi pagar makan padi!

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk
Jadilah mangkuk purba zaman batu
Buruan ahli arkeologi setiap waktu
Membawa bukti tamadun dan ilmu
Jangan kau menjadi mangkuk hayun!


Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Guruku..
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang
Jadilah bintang di langit
Tiada boleh ditukar wang ringgit
Tidak boleh dijolok dikait
Jangan jadi bintang tiga!

Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam
Jadilah seluar dalam superman
Sarung di luar nampak gentleman
Tiada manusia memberi komen
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy!


Muridku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Guruku..
Aku ingin MERDEKA.

Jika kau ingin MERDEKA
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat
Untuk membeli kayu
Untuk membeli pagar
Untuk membeli mangkuk
Untuk membeli bintang
Untuk membeli seluar dalam
Dan.. Untuk membeli MERDEKA!


Isnin, Julai 13, 2009

Lesung Pipit.....

Satu hari, dalam kelas....murid2 aku sambil buat latihan sambil bergosip (kuat bergosip rupanya budak2 tu walaupon lelaki) . Oleh sbb meja depa bdekatan meja guru, dimana tempat aku bertapa waktu tu...maka aku terdengarlah cerita tentang lesung pipit......
( pada masa yang sama, cikgu shima buat2 menulis..tapi telinganya dibuka luas2 yerr..untuk dengar cerita..sambil melihat melalui ekor matanya)

Masing2 4 orang dalam kumpulan tu asyik tersengih2 sesama depa. Suruh rakan tolong tengok2kan lesung pipit masing2. Luar biasa sungguh masing2 punya tersengih. Semata2 nak tunjukkan lesung pipit masing2. Masing2 mengaku ada lesung pipit.....
Dah letih gamaknya........depa bantai gosip cikgu2 sekolah tu yang ada lesung pipit lak.
( Cikgu Shima sedang asyik dengar lagi yaaa...)
Katanya...kat sekolah niyang paling besar lesung pipit adalah Cikgu Ong. Cikgu Ong ada kat dua2 belah pipi...dalam pulak tu.
Sorang murid sengih sambil menekan2 dengan jari dipipi...nak tunjukkan kedudukan lesung pipit Cikgu Ong.
(Cikgu shima kelihatan rancak menulis...tapi dalam hati cikgu shima bkata...bole tahan budak2 ni)

Sorang murid sambung pbualan depa...'cikgu......." itu saja yg aku dengar......
Kemudian...aku perasan suasana lain macam saja...depa sembang makin lama makin perlahan....
....sah ditujukan untuk diriku..! Aku terdengar ayat2 cam tak pcaya...
Yaa...agak depa baru perasan aku pon ada lesung pipit. Walaupon tak sedalam atau di dua2 belah pipi cam Cikgu Ong. Tapi cikgu shima pon ada lesung pipit jugak.
(cikgu shima tersengih dalam hati....macam2 budak2 ni perhati)
Hmm....nampaknya aku harus banyak sengih supaya murid2 aku perasan akan lesung pipitku.....

Apa Yang Orang Cemerlang Bincangkan...


Orang Kata...


Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain...


Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya....

Orang-orang berjaya pula suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri mereka ke arah pencapaian yang lebih cemerlang...lebih baik dari sebelumnya...


Hrmmm..ketiga2 jenis tu aku ada.......

Ahad, Julai 12, 2009

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan.

Dalam hadis Rasullullah dikatakan:
Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia
akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.


Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dan lain-lain lagi. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:

Kita disarankan untuk membaca
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menyarung pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman... Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (lelaki juga) kerana banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin bunyinya tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk melafazkannya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam apa jua keadaan.

Khamis, Julai 09, 2009

Samseng...

Cikgu Ong jadi samseng.........???
Masa Ujian PRA-UPSR kemarin.....lepas aku jaga kelas, disambung pulak dengan Cikgu Ong.
Masa Cikgu Ong masuk kelas tu..masa ujian tinggal lagi 10 minit nak abis. Biasanya budak2 kelas hujung2...lemah2...macamtu depa jawab soklan 10 minit dah bole siap dah. padahal kalau semak kertas depa, haram tak jawab pon. Masa selebihnya, bagi depa sangat menjemukan bagi depa......
bukannya depa takot masa tak cukup, tapi tak sabar nak tunggu cikgu kutip ketas jawapan.

Hari tu..sengaja cikgu Ong bagi masa tambahan kat depa....tambah lagi 1 jam.
Hahaha....

Lepas tu...masa kelas tambahan petang tu, depa cerita kat Cikgu Ailee...
"Cikgu Ong jadi samseng hari ni....suruh kami jawab lama-lama"

Depa pon ceritakanlah tentang masa tambahan yg depa dapat tu. Hahaha...nak tergelak aku dengar Cikgu Ong cerita. Depa ingat depa saja yang bole jadi samseng.



Money...

I believe that money CAN ONLY buy:

house but not HOME
bed but not SLEEP
clock but not TIME
sex but not LOVE
position but not RESPECT
food but not APPETITE
insurance but not SAFETY
book but not KNOWLEDGE
blood but not LIFE
medicine but not HEALTH
present but not GIFT
task but not CARING
service but not SINCERITY

Rabu, Julai 08, 2009

Uji Kaji........

Ada orang kata...hidup adalah satu uji kaji?

Pada aku,
Hidup adalah perjuangan,
aku tidak mahu hidup aku mahupun murid aku menjadi uji kaji.
Aku takut hasilnya sebab aku sentiasa mengharap yang terbaik.

Kerana........
Uji kaji terdapat pelbagai kemungkinan.
Berjaya?
Gagal?
Tidak berhasil?

Berhasil?

Orang kata juga....hidup ini macam kotak.
Kalau dalam cerita Forest Gump, katanya....
"Hidup ini macam kotak coklat. Kita tidak akan tahu apa kita akan dapat"

Aku tidak mahu memikirkannya..
Semoga anak2 muridku yang bakal menghadapi peperiksaan akan berjaya...akan berhasil....
Amin...........

Selasa, Julai 07, 2009

Minta Cuti...

MiNta CuTi SeminGgu.........

Hari ni bmulanya PRA-UPSR. Pertumpahan dakwat mula berlaku....haha..
Dari minggu lepas lagi aku dah bbuih mulut...bsembur air liyor bpesan2 pada murid2 kelas aku... minggu ni WAJIB hadir sekolah. Minggu depan nak ponteng..silakanlah...
Yang penting minggu ni jangan ada yg cuba2 ponteng. Ternyata...arahan ku dilanggar jugak. Ada jugak yang ponteng.

Pagi tadi...sorang ibu bertemu aku dikantin...katanya anaknya tak dapat datang ke sekolah selama seminggu (kiranya datang mintak cuti lah ni). Aku terkejut berok jugak...apasal nak cuti mana tahu kot dia sakit ke hapa. Kata ibunya 'dia sudah besar cikgu' .(dalam hati aku..betullah tu Aishah mmg badan gemuk pon).
Agaknya si Ibu ni perasan aku masih bodoh2 lagi...lalu dia buat ayat mudah utk aku.."dia datang haid dah cikgu". Aku masih dungu2...lalu aku teringat 2 3 org murid aku sbelum ni mak bapak depa mai mintak cuti jugak pasal kes yg sama, Yaaa..betul...mmg begitu adat depa ni (mamak/india). Setiap anak pompuan yg kali ptama datang bulan..akan diraikan. Rakan aku cakap...kadang kala siap ada majlis mcm psandingan lagi...
Kalau tengok muka ibu bapa depa...sangat gembira dengan berita 'kedewasaan' anak depa tu.

Alang2 dh btemu ngan ibunya..aku pon buka kitab ceramah sikit..supaya tolong aku pastikan anak dia lepas ni hadir dalam stiap ujian seterusnya menduduki peperiksaan dgn jayanya. Pasal tiap minggu Aishah ni tak penah cukup hadir sekolah. Seminggu 2 hari je hadir. Mak dia pon bjanji akan cuba.

Jumaat, Julai 03, 2009

To My Lovely Fren.........



FaTiMah bt HaSSan....
On your birthday....I wish you much pleasure and joy;
I hope all of your wishes come true.
May each hour and minute be filled with delight,
And your birthday be perfect for you!

Khamis, Julai 02, 2009

Cerita 4B.........

aBabak Pertama....

2 orang terlibat....
2 jantina berlainan...
Tempat duduk sebelah menyebelah...
satu peperangan mulut....
Maha dahsyat....
Antara Umi dan Syafiq....
Punca...????
Syafiq panggil saya ayam belanda, Umi panggil saya taik kucing......
peluru mulut dua2nya bertalu2....
Aku mendengar dan melihat...situasi yang sungguh tak terjangka....
Murid kelas bijak...namun tetap keana2kan....
Akhirnya..dua2 meraung...menangis...mintak simpati...
Kaw2 punya menangis....
Akibat sakit hati yang melampau...
Serius....macam wayang gambar daaa....

Babak Kedua....

Peperangan Umi & Syafiq tamat dengan jayanya...
aku lega...tak perlu lagi lihat kerepot2 wajah tangisan depa. Hahaha..kelakar..
Kringggg....loceng belom pon habis bebunyi....
Mcm halilintar...bdesup mcm ferrari...
Thanesh, Khoon Tai, Alderick, Syafiq dan Rishi....berterabur lari keluar...tak ingat dunia!!
dlm masa seminit...depa sudah beratur di kantin....
Tanpa ucapan terima kasih....
Aku terpinga2...lalu aku hangin....
Aku utuskan 2 panglima untuk jejaki 5 orang tu....dgn mjadikan rakan2 skelas yg lain sbgai tawanan ku.....Padan muka, lambat depa kuar rehat hari ni...hahah!!
4 orang kembali naik ke kelas...1 org hilang entah kemana...pengecut ini anak jantan....
Aku bagaikan sinba the lion....4 orang dapat hadiah, rotan kuning satu kali.....
Aku kasi ceramah lebih kurang....tahan lagi 5 minit....
Akhirnya...aku lepaskan smua tawanan tu....sopan bjalan ke kantin....

Babak Ketiga....

Lepas rehat....aku panggil 5 orang itu.....
1 orang missing tadi..aku kasi 'hadiah kuning' jugak....
Konsepnya supaya...adil saksama...
5 orang muka sedih....belum penah aku marah....belum penah depa dapat hadiah 'kuning'...
Aku ceramah lebih kurang....
Konsep sebab dan akibat diterangkan....
Masing2 mengaku...'kami bersikap biadap....kami yang salah'....
Cikgu Shima bangga......
Konsepnya...berani akui ksilapan....
Sepantas kilat....aku keluarkan 4 biji gula2 berbentuk 'love' atas tapak tanganku....
SOrang demi sorang ambil satu biji...smbil mulut2 kecil comel bkata...i'm sorry teacher'..
Khoon thai...yang slalu aku usik2...bgenang airmatanya....
Akhirnya...dua2 tangan mengesat2 airmata yang tak bole dtahan2 lagi dah...
Sedih gamaknya tak penah kena marah ngan aku....Dah ku marah2...ku pujuk2 pulak.. heheh...
Kata2 terakhirku....'lain kali buat biadap lagi....dapat 1 rotan...dan 2 biji gula2...ok'
Ternampak garis2 senyuman comel diwajah yg muram tadi......hahaha...
Gula2 'LOVE' itu Konsepnya ialah...Cikgu sayangkan kamu2... tauuu...!!!!!!!!!!!!!