Pages

Selasa, Julai 07, 2009

Minta Cuti...

MiNta CuTi SeminGgu.........

Hari ni bmulanya PRA-UPSR. Pertumpahan dakwat mula berlaku....haha..
Dari minggu lepas lagi aku dah bbuih mulut...bsembur air liyor bpesan2 pada murid2 kelas aku... minggu ni WAJIB hadir sekolah. Minggu depan nak ponteng..silakanlah...
Yang penting minggu ni jangan ada yg cuba2 ponteng. Ternyata...arahan ku dilanggar jugak. Ada jugak yang ponteng.

Pagi tadi...sorang ibu bertemu aku dikantin...katanya anaknya tak dapat datang ke sekolah selama seminggu (kiranya datang mintak cuti lah ni). Aku terkejut berok jugak...apasal nak cuti mana tahu kot dia sakit ke hapa. Kata ibunya 'dia sudah besar cikgu' .(dalam hati aku..betullah tu Aishah mmg badan gemuk pon).
Agaknya si Ibu ni perasan aku masih bodoh2 lagi...lalu dia buat ayat mudah utk aku.."dia datang haid dah cikgu". Aku masih dungu2...lalu aku teringat 2 3 org murid aku sbelum ni mak bapak depa mai mintak cuti jugak pasal kes yg sama, Yaaa..betul...mmg begitu adat depa ni (mamak/india). Setiap anak pompuan yg kali ptama datang bulan..akan diraikan. Rakan aku cakap...kadang kala siap ada majlis mcm psandingan lagi...
Kalau tengok muka ibu bapa depa...sangat gembira dengan berita 'kedewasaan' anak depa tu.

Alang2 dh btemu ngan ibunya..aku pon buka kitab ceramah sikit..supaya tolong aku pastikan anak dia lepas ni hadir dalam stiap ujian seterusnya menduduki peperiksaan dgn jayanya. Pasal tiap minggu Aishah ni tak penah cukup hadir sekolah. Seminggu 2 hari je hadir. Mak dia pon bjanji akan cuba.

0 : KoMen: