Pages

Jumaat, Jun 26, 2009

DUNIA KEHILANGAN MICHAEL JACKSON

Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun. Kematian tiba-tiba Michael Jackson mengundang reaksi terkejut dari masyarakat setiap penjuru dunia. Punca kematian katanya serangan jantung mengejut.

Teringat sorang rakan, geng sekolah menengah dulu, Wahh.. bukan main minat lagi ngan si Jacko ni. Lagu2 Micheal.. siap ngan tarian unik Micheal menggunakan sarung tangan putih yang digilai dan diikuti jutaan peminat Jacko di seluruh dunia bukan main lagi dihafalnya. Rakan2 sekelas kene panggil dia MJ...konon2 dia Micheal Jackson lahh..
Aku bukan main menyampah lagi kalau dia start nyanyi dengan bunyi..auk..auk tu, pastu siap ngan tarian yang kadangkala kami rasa cam nak tendang je punggung dia time tu. Bebulu betul mata kami kaum2 hawa ni. Pantang ada masa tluang, si MJ celup ni ngan rakan2 pemerhatinya akan ke belakang kelas. Menari lah apa lagi.......




Bukan tu saja...keratan akhbar tentang Micheal pon dikumpulnya. Sampai akhbar di library sekolah pon dirembatnya gara2 gambar Micheal. Hampeh tul.......
Harap2 MJ celup tu tak meroyan dengan berita kematian Micheal Jackson ni wehh.
Begitulah hebatnya Micheal Jackson...

Bagaimana ngan kesahihan agamanya. Dengar citer dia Islam..Kalau betol, perlu le kita baca Al-Fatihah untuk Micheal yer.... Apa nama islamnya???



0 : KoMen: