Pages

Ahad, Mei 29, 2011

Ketua??

Bile Nak Naik Pangkat Yerr.....
Adakah Menjadi Seorang Ketua Itu Mudah...?????


Mungkin ramai antara kita yg berpikir menjadi ketua itu mudah, sbb amai org suruhan dibawahnya yg boleh menguruskan segala-galanya, Gaji pon lebih.
Ada jugak yang mengatakan menjadi ketua itu sukar, sebab terpaksa menanggung segala AMANAH yg diperolehi dgn sebaiknya .
Tetapi sejauh mana hakikat kebenaran kata-kata tu, hanya org yg pernah ada pengalaman melaluinya saje yg tahu. . . . . .

Pada pandanganku, jika kita mahu orang lain gembira....selesa berurusan dengan kita, maka caranya cukup mudah.
  • Ketua mesti bijak berkomunikasi dengan orang lain.
  • Untuk menjadi ketua yang baik, tidak salah menerima teguran orang bawahan, hatta...dari seorang tukang kebun sekalipun. Sebab sebagai manusia kita sentiasa perlu belajar.....
  • Yang paling penting adalah perasaan hormat menghormati. Kalau hanya ketua yang terlebih sudu dari kuah...mau orang hormat laksanaYamashita kat dirinya....tapi dia tak pandai menghormati orang bawahannya, Jangan harap orang bawahannya akan menghormati dia.
  • Bijak menghambil hati orang bawahan, kalau cara kita bercakap pon menyebabkan orang lain tak suka, sakit hati....Susahlah!!!!!
  • Yaa....ketua kena bagi arahan, Kuli kena ikut....tak payahlah beritahu satu dunia "kamu kena ikut perintah....saya ditempat atasan...". Percayalah itulah yang menimbulkan jurang kemesraan. bila ada jurang kemesraan antara bos n kuli mulalah berlakunya...bla...bla..bla..
  • Tak kurang pentingnya...ketua mestilah berhemah, Apa maksudnya...maksudnya berjaya mengawal emosi stabil. Walau menerima kejian,cacian atau teguran orang bawahanya...mestilah COOL selalu....( Kau ado ke gitu...).....takkan nak tunjuk kelemahan diri. Kalau asik lemah memanjang, baik takyah jadik ketua.
Kalau sesuatu organisasi itu bergerak dalam suasana yang selesa...gembira...tiada tekanan........tidak mustahil untuk mencipta kecemerlangan.
Kalau dahulu Pepatah Melayu Lama menyatakan...Raja Adil Raja Di sembah, Raja Zalim Raja Disanggah!!!! Sekarang Pepatah Melayu Moden macamana agaknya yaaaa.........
Kata Nabil Raja Lawak....Lu Pikirlah Sendiri...............

p/s: Catatan ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati...namun tidak lari dari pepatah melayu lama..Siapa Makan Cili, Dialah Rasa Pedasnya!!!


0 : KoMen: