Rabu, April 27, 2011

Serlahkan Kasih Sayang ..........

Asas hubungan antara guru dengan murid ialah kasih sayang. Guru sekolah rendah membina dan mengukuhkan asas itu. Guru sekolah menengah pula memperteguhnya dengan binaan tambahan yang bernama tanggungjawab

Guru hendaklah memberikan pujian secara berterusan, bukannya mengikut mod diri atau mengikut apa-apa “musim”. Pendeknya, jangan tunggu murid merindui pujian guru.

Kesimpulannya, guru, khususnya guru sekolah rendah, teristimewa guru pendidikan khas, guru pemulihan khas, guru prasekolah dan guru tahun satu, sewajarnya menyerlahkan kasih sayang kepada murid dalam usaha mencelikhurufkan dan memandaikan mereka.

Cikgu sayangkan anak2 murid cikgu, dahulu...kini dan selamanya...

0 : KoMen: