Pages

Rabu, Ogos 19, 2009

Dah Selesai....

Persembahan Sempena Merdeka...

Minggu lepas daku ada mention pasal psembahan sempena merdeka panitia daku kan. Alhamdulillah..dah slesai smuanya. Apa yang boleh aku katakan..sungguh hazab rasanya mengajar budak2 lelaki menari joget. Hari pertama aku ajar...aku lihat bagaikan tunggul kayu yang bgoyang. Sungguh keras. tersiksa rasanya aku nengok. Mampus...mengekeklah aku sepanjang hari tu. Tak tahan kelakar sungguh. Oleh kerana terlalu teruk joget yg dpersembahkan tu aku susah hati sangat.Terpikir lak aku nak tukar wat psembahan lain. Tapi mngenangkan masa dah suntuk utk aku kerah buah pikiran. aku tawakal je ngan persembahan Joget Malaysia aku tu.

Step paling mudah aku kasi..pon agak sukar. Aku pon bukan pandai sgt joget2 ni. Main bedal saja. Mujur aku tak putus asa...(sbb terpaksa). Maka aku rajin2lah buat latihan. cukup 4 hari nampaklah sikit kemajuannya. Skrang ni kan musim demam2 smua. aku sungguh risau kalau2 budak2 aku demam. Lagi satu murid kelas daku ni rajin2 smuanya. Biasanya tiap hari Isnin depa akan amik cuti extra. Hari jumaat lak dah start amik cuti sampai hari senin yerr. Itulah buda2 kelas daku.
Aku terpaksa ugut supaya depa hadir untuk psembahan hari Senin lepas. Itu pon ada gak yg tak hadir. Mujur aku sudah mem'backup' dengan penari2 lain.
Pada hari kejadian..aku bpeluh satu badan, menunggu murid2 aku yang 7.30 pon masih tak sampai ke sekolah lagi. Mmg slalue lambat pon. Habislah cair make-up aku hari tu.
nak bsiapkan depa..nak atur kedudukan...(ajar 100 kali pon masih perlu diajar disaat akhir..itulah budak2 aku). Nak buat aku menangis bila sorang dari 3 orang penyair aku tak datang skolah. Mak dia tepon, anak demam lak. Haadoi..dah lah org harapan daku.
Maka bjalanlah apa yang ada saja.
Psembahan tu boeh tahan jugak. Budak2 joget aku bukan main lagi nyanyi. Suara dah ok cuma tang joget jerr...keras...

p/s: Terima kasih murid2ku kerana tolong cikgu menjayakan persembahan tu. Cikgu bangga dengan hgpa smua.

0 : KoMen: