Sabtu, Januari 17, 2009

Kelas Kami...

zwani.com myspace graphic comments
Dah seminggu sessi persekolahan dibuka.... entah kenapa setiap kali masuk kelas aku rasa tak best sangat dengan suasananya. terus terang cakap....kelas tu nampak kotor....kusut dan segala macam yang buat mata aku cukup berserabut!!!! Akhirnya aku amik keputusan nak cat kelas tu. Teruk jugak tu nak cat..yelah kelas tu luas....bukan masalah duit nak beli cat. Yang jadi masalah nak mengecat tu. Aku belum bagitau budak2 aku lagi....tak sampai hati pon ada gak nak kerahkan tenaga kecik depa tu. Takpelah...aku buat sikit2. Yang penting kena cat jugak....untuk keseronokan aku dan murid kelas aku. Aku ada gak bertanya cikgu2 lain...ok tak kalau aku nak upah tukang kebun cat kelas aku. tapi aku berpikir banyak kali sebab kesian pon ada gak...lagi satu aku taktau nak upah berapa. kot tak padan ngan tenaga....kesian pulak..
sudahnya aku buat sendiri. Budak2 aku macam tau2 saja apa ada dalam otak aku ni....depa bertanya bila aku nak mula hias kelas kami ni. pasal depa nak tolong. Baguslah hangpa semua!!! Lega aku mendengar....nampaknya ada yang nak tolong.
aku pon bagitau lah sekelas tu yang aku plan nak cat kelas kami. Yahoo....mana tau satu kelas nak tolong. baiknya hangpa!!! Anak murid aku punya semangat nak mengecat sampai bawa smua peralatan mengecat sendiri lagi. aku pon beli lah cat 2 tong untuk cat kelas kami. Itu pon tak cukup lagi. bukan dah tak mampu nak beli cat..tapi nak mengecat tu sikit punya siksa. sbb nak kena kikis cat yang berabad lamanya tu yang sakit sikit. aduhai....dalam hati aku...mujur tak suruh tukang kebon. kalau tidak kesian dia. Kesian gak kat anak murid aku. tapi depa tak berbunyi letih pon. 2 hari gak lerr kami cat. itu pon tak siap lagi. bila nak siap entahlah. Bila dah cat barulah best nak menghias kelas tu. Bahan2 banyak dah aku kumpul. Hasilnya kelas kami sekarang agak ceria berbanding sebelum ni. Terima kasih anak murid ku.........
Aku memberi kebebasan dan menggalakkan murid memberi idea untuk mencantikkan kelas kami. Walaupon nak melekatkan sehelai kertas aku masih bertanya pendapat depa...kat mana yang sesuai diletakkan...apa lagi yang boleh mencantikkan kelas kami. Semuanya idea kami bersama. Walaupon kelas aku ni muridnya tak pandai tapi aku takmau menidakkan keupayaan otak depa. Kesian depa untuk 20 tahun akan datang.................
Untuk anak-anak murid aku....Cikgu doakan hangpa semua berjaya!!!!!!!

0 : KoMen: