Selasa, September 29, 2009

Kembali Bersiaran.....

Kembali Bersiaran..........

Lepas seminggu cuti raya...tiba masanya bertungkus lumus untuk PROTIM lak. Nak kena hantar dah ni. Yang aku risau2 kan ialah kehadiran murid2. Jenuh lak aku mencari.
Rambut aku bkn main hebat lagi gugurnya. Aku bkn leh risau lebih2.
Sbenarnya aku dah start Protim sblm cuti raya lagi. Tapi tau sajalah main ngan kelas2 hujung ni.. nak2 plak dah lepas peksa, makin liat lak depa nak mai sekolah. Pendek kata suka2 hati ja depa nak mai ke tidak. Akhirnya tadi aku dah setel smuanya. Ramai gak yang tak hadir. Biaqlah!!...
Takot lak aku nengok keputusannya.....

Esok ada jamuan raya pastu terus bermesyuarat. Taktaulah nak habis waktu mana. Barangkali sesudah Asar gamaknya. Lecehlahh....

Oleh sbb masih dalam mood raya....aku dapat biskut raya dari anak2 murid yang penah aku ajar. Tapi ada sorang murid kelas aku ni yang saban tahun bagi aku biskut raya. Dia murid aku yang baik dan sangat2 aku kesian. Pasal sampai sekarang dia masih belum boleh membaca. Orangnya nampak normal, tapi dia mmg bmasalah khas. Ada ciri2 khas. Tapi yang aku kesian tu, dia berusaha memajukan diri. bbanding dulu...skrang boleh lah baca sambil eja pelan2. Macam2 gak aku gasak srh mbaca, sampai penah nangis lah dia. usaha mengeja..tapi tetap tak boleh. Sudahnya..aku pon terpaksa ke tandas skejaplah. Apa kelas cikgu shima nak nangis depan murid. nangis di tandas lah...!!! hahahah....
Aku ksiankan dia, skurangnya dia boleh membaca jadilah. supaya dia tak senang ditipu kemudian hari. Itu yang aku terpaksa garang2 ngan dia tu. Akhirnya aku terpaksa akur, takdak gunanya aku paksa dia..biarlah dia usaha sikit demi sikit. Aku doakan dia berjaya satu hari nanti.

Terima kasih Amira....bagi biskut raya untuk cikgu. Tahun depan dah tak dapat dah bagi kat cikgu, kan!! Cikgu dah habiskan separuh biskut2 raya tu...sedap. Nanti Amira pandai buat kuih, jangan lupa hantaq kat cikgu barang sekotak dua ok!! hehehe....


Tadi aku lupa bawa HP....patutlah gelisah semacam jer...hehehe......
Kak Lia tepon aku kat sekolah tadi, ingatkan urgent apa tadi, sampai aku dapat notes dari office suruh tipon kak Lia smula. Rupanya dia nak ajak aku jadi pemeriksa kertas exam. Aku terpaksa menolak, pasal belum bsedia lagi. Boleh pusing kepala aku kalau marking paper. Hehehe...kalau objektif takpe gak. hehehe.........

4 : KoMen:

Rona Realiti berkata...

tetiba terfikir sejenak...

mcm mana la nnt kalo anak aku slow time pembelajaran....!?

ermmm...

~ShiMa~ berkata...

takde manusia yang dlahirkan bodoh. benda2 skeliling yang mcorakkan smua tu. kalau tak diasuh dari awal..itu yg agak sukar tu. Ada sorang murid aku..autisme. sbb sukar nak kesan autisme,bdk dh masuk sek rendah baru perasan dia lain macam. lepas doc sah,terus bapa dia daftar pnddkan khas dsamping terapi luar. dia ambil UPSR dpt 4A1B. skrang dah sek men.
itulah parents kalau support anak2 mmg menjadi.

jai@jezz berkata...

u... i ada adik yg smpai skang x leh baca.. now dah darjah 2 still x leh baca.. risau lerr... jmpa doc. pakar.. dia kata normal.. u think apa problem sebenar adik i ni yerk..

~ShiMa~ berkata...

JEZZ: kau tengok adik kau tu lain mcm ke tak? kalau lain mcm, contohnya dlm dunia tersndiri tu...itu autisme. atau cargas smacam tu hyper. Kita pon ade gak autisme. Autisme golongan bijak2. Tak reti mbaca tu mgkin mslh slow learner. Baru darjah 2..kite takleh anggap dia slow learner lg. mungkin dia yg taknak blajar. Encourage jer dia pelan2. Murid aku si Amira tu kategori slow learner lahh..