Pages

Rabu, September 30, 2009

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF.......

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR.......

Untuk suami / isteri yg tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

Untuk bunyi bising jiran2, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada".

3 : KoMen:

Rona Realiti berkata...

sama la entry kita...

http://ronarealiti.blogspot.com/2009/07/syukur.html

hihi... ;p

~ShiMa~ berkata...

yeker....aku katinggalanlah..baru jer dapat...

jai@jezz berkata...

ermmm... bersyukur dgn apa yg kita ada... =)