Pages

Khamis, September 10, 2009

TUGAS......

HARI KETIGA.........

Pagi2 lagi aku sudah gusar....pasal tugas hari ni habis lambat. Pukul 3.45 petang. Aku hampa semalam tak dapat memanjakan diri.
Pagi tadi hujan tetiba turun dengan lebatnya. Zazzzsss...aku terbayangkan anak2 murid aku kat sekolah hari ni. Mungkinkah depa tak mai sekolah ape. Anak murid aku tu asal hujan setitik pon tak mai sekolah dah. Kalau ditanya pandai sungguh bagi alasan. Aku tak berani nak phone member2 kat sekolah bertanyakan berapa belas murid aku yang tak mai hari ni. hehehe....
Mujur hujan mula reda. Hal anak murid aku tu...esoklah aku soal siasat apa berlaku sepanjang aku takdak kat sekolah 3 hari ni.

Berbalik pada tugas aku....hari ni macam nak pengsan pon boleh jadi gak. 4 paper. Sungguh aku tersiksa asyik catwalk dalam kelas tu. Macam nak tercabut pon ada tumit kaki aku ni. Dah lerr aku siap berkasut tinggi lagi. Bukan cikgu Shima kalau tak bersepatu tinggi yer tuan2 puan2.......
Aku pon taktau betol ke tidak caraku ini.....duduk 5 minit, berjalan15 minit. Nak duduk pon aku serba salah, pasal tak pulak dsediakan kerusi untuk pengawas. Mujur ada calon tak hadir, dapatlah aku melabuhkan punggung aku nan tulang tak sangga ni. Alhamdulillah......

Hari ni aku menikmati cara murid2 menjawab peperiksaan, Oleh kerana aku pakai mask...depa taktaulah aku asyik tersengih dengan gelagat depa.
Murid yang aku ceritakan pada hari pertama tugasku dulu....aku taktau sama ada dia ni jenis manja...mengada2....terhegeh atau dia sememangnya naif. Dia memanggil aku....ingatkan ada masalah apa..rupanya dia minta aku tolong ikatkan tali pada kertas jawapan dia sambil tersengih2. Terkejut cikgu....bila dia kata dia tak pandai ikat. Umur belasan tahun tak pandai ikat lagi. Aku mushkil...adakah dia nak permainkan aku. Dah ku suruh2 pon tak mahu, last skali aku kata tak reti tinggal aje atas meja. Masa nak kutip kertas jawapan, aku tengok dia boleh lak ikat tali tu. Sengih aje dia.....

Masa peperiksaan tu...ada jugak aku lihat jenis murid yang suka bebenor tengok kipas disyiling berputar. Ternganga2 mulutnya..........asyik2 pandang kipas.
Ada tu..yang dah siap menjawab. Asyiknya dengan aksi Naruto sorang2 dia. aku biarkan je asalkan tak mengganggu rakan lain. Ada jugak yang buat aksi ala2 Yoga kat tempat duduk dia.
Macam2 budak2 ni. Bak kata ketua pengawas aku, Kalau SPM or STPM memang kena halau lah bebudak tu. Tak dengar arahan. Tapi sbb depa masih kecik lagi...kita maafkan depa sajalah.

Akhirnya.....tugas kami pon selesai.....
Aku harap tahun depan aku takkan kena lagi. Letih weyy...!! Tahun ni pon aku tak mintak, tapi apesal nama aku leh naik taktau lah.
Lepas keluar sekolah tu, alang2 dah petang aku terjah pasar ramadhan terus. Tak sangka sorang murid calon sekolah tu datang tegur aku. Katanya dia tinggal dekat situ.
Murid tu bukan kelas yang aku jaga. Kelas lain. Kenal jugak aku yang ber'mask' ni.
Maka aku pon belanjalah dia kat pasar ramadhan tu apa yang dia rasa nak makan untuk berbuka nanti. Happy dia......

Alangkah bestnya kalau esok cuti..........

2 : KoMen:

jai@jezz berkata...

teringin betul nak jadi cikgu... boleh nengok ragam anak2x murid.. hehehehe.. time cuti skolah paling best.. sebab cikgu pon cuti..

~ShiMa~ berkata...

Jezz kalau teringin ayuhlah mohon kursus perguruan. mana tahu rezeki. Rakan aku ade sampai 8 kali mohon & inteview nak jadi cikgu. Akhirnya kali yg ke-9 tu rezeki dia. Yg penting tak putus asa.