Pages

Jumaat, Ogos 14, 2009

Dilema seorang kuli..

Dilema Seorang Kuli.

Bila aku tak buat kerja,
aku pemalas...
Bila bos tak buat kerja,
Dia sibuk.

Bila aku main telefon,
Aku salah guna kemudahan pejabat.
Bila bos main telefon,
Dia menguruskan hal perniagaan.

Bila aku baca suratkhabar,
Aku buang masa.
Bila bos baca suratkhabar,
Dia mengikuti perkembangan semasa.

Bila aku memerintah,
Aku besar kepala.
Bila bos memerintah,
Dia berwibawa.

Bila aku buat sesuatu tanpa disuruh,
Aku nak tunjuk terror.
Bila bos buat benda yang serupa,
Dia memang terror.

Bila aku berhenti kerja,
Aku mencari susah.
Bila bos berhenti,
Yahoooo...Aku lagi ler suka!!!!!!!!!!!



p/s: Esok hari bekerja....ahh..kenapa rasa tak bsemangat saja ni...Aku risaukan perihal hari Isnin nanti...

4 : KoMen:

jai@jezz berkata...

kah kah kah.. lawak siot entry kau nih.. abis kalau bos berhenti saper nak bayor gaji kau pulak..??

MiSS Ayu berkata...

hahahha..dah mmg namanya kuli mmg xleh lawan bos ler...

~ShiMa~ berkata...

To Jezz: Itu yang buat aku btambah dilema tu. Sape nak bayar gaji.

To Ayu : Kat depan mmg tak melawan...tapi kat belakang..berapi2..hahaha..

jai@jezz berkata...

hahahaha... tau x per..