Sabtu, Mac 28, 2009

Cerita Hari Jumaat....

Part 1.
Pagi ni kami menerima berita sedih atas pemergian ayahanda Maz yang tercinta akibat sakit jantung. Al-Fatihah untuk arwah bukan sahaja dari guru-guru disini tetapi juga dari murid-murid yang turut sama menghadiahkan Fatihah untuk arwah.....Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman. Amin..........
Untuk Maz.....tabahkan hatimu....redha lah dengan ketentuannya.......
Aku sudah melalui ujian seperti ni satu ketika dahulu ketika diusia 11 tahun, juga pada hari jumaat! Al-fatihah juga untuk arwah ayahku yang tercinta....Ayah sentiasa dihatiku....rindu pada ayah tak pernah padam walau sedetik.......!!!!!!!!!!!!!!!!!

Part 2
Hmmmm...sedihnya aku dengar cerita KakPah hari ni....Aku dapat rasakan betapa sedih....betapa kecewanya kakpah bila murid yang dipilih untuk bercerita pada Karnival Ko-Kurikulum minggu depan beritahu dia tak dapat datang ke sekolah ....alasan yang diberi, ayahnya nak bawa pi Sungai Petani ada kenduri ke apa taktau. Senangnya beralasan. itu murid kelas bijak bestari..murid pandai.... tetapi sebenarnya dia langsung tak bijak. murid ini takkan berjaya. sebab dia tiada kesungguhan..tiada keberanian. kita tunggu dan lihat sahaja 20 tahun akan datang apa terjadi.
Dia bagi alasan tak datang sekolah sebab tau dia tak hafal skrip yang diberi 3 bulan lamanya. Kecewanya kakpah bila murid tu taknak masuk. dah la disaat akhir. Setiap tahun sekolah kami tidak pernah tidak menang dalam bercerita tahap 2. semuanya didikan kakPah. Aku sendiri kagum ngan kebolehan KakPah. Dia bersungguh-sungguh sangat ajar. Bila tahun ni jadi macamni, sapa tak kecewa. Sabaq nooo..KakPah..
Bagi aku ler...murid tu tak reti menghargai dan bangga dengan diri sendiri. Bukan semua orang yang dipilih sembarangan, ingat lagi aku dulu-dulu masa sekolah rendah, terpilih main kastenet (betoi ke ejaan nih??..) pon bukan main kembang hidong2.....bangganya....
Tapi murid sini....belagak pandai. Sedarlah wahai murid hangpa cemerlang macamana pon kalau pemalas ko-kurikulum....takde maknanya. Zaman sekarang semua orang pandai2, mau tak mau hangpa kena jadi terbaik dalam semua bidang. kalau tidak alamat....hai..hai..bye..bye..lahhh....
Pada ibu bapa....berilah sokongan pada anak2 bukan saja dalam akademik tapi dalam bidang2 lain. jangan menafikan bidang lain kalau nak anak anda berjaya yang sebenarnya.
Cikgu-cikgu bukan nak dera anak2 anda, tapi nak ajar supaya anak2 ni jangan ambil mudah...jangan mudah mengalah......itu saja. Berilah sokongan pada kami....
Eeewahhhhhh.....cam YDP PIBG yang berucap lak rasanya....huhuhu.......

Part 3.
Balik sekolah.....aku pi bank pastu singgah kedai runcit skejap. Tetiba sorang lady mai tegur aku, tanya samada aku ni cikgu ke. aku pon mengiyakanlah. Rupanya dia guru tuisyen, kelas tuisyen dia dekat2 tu gak. dia tanya pasal format jawab soklan. aku cerita stakat aku mampu ajalah. pastu dia offer aku ngajar kat tempat tuisyen dia...(luper nak tanya gaji brape...). Aku pon menolak baik, Katakan TAKNAK!!!!!.......tak minatlah ajar tuisyen....biar tak kaya!!
Banyak kali dia pujuk2 aku ajar kat tempat dia. sib baik aku tak menurut perintah.....
Katanya..dia ada amik budak2 baru grad U'siti tapi depa tak cekap lagi. Yang buat aku senyum lebar bila dia kata..cikgu ni nampak cam berdedikasi skit....!!! hahahah....malu akak tau!!!!
ini kalau KakIna dengaq ni mau muntah ijau pe dia...hahahah....

0 : KoMen: