Pages

Rabu, Mei 27, 2009

Rahsia Kentut..

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

25. Orang yang PEMURAH
Boleh kentut bila-bila masa apabila diminta

Aku pasti kita smua mungkin ada semua atau sebahagian ciri-ciri di atas...huhuhu..Hmm..korang kategori mana???

Sabtu, Mei 23, 2009

Untuk Bertahan Lebih Lama....

Hari ini aku post entri yg aku dapat melalui email......Cehh...

Kelapa Parut
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

Nasi/Lauk
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

Barangan Kemas Terutama Emas
Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha ha haa...

Pakaian.
Nak tahan lama, Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama Pinjamlah Baju Member... Baju Sendiri Simpan.

Kereta
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk, jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

Kenyang
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa. Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

Umur
Umur nak tahan lama? Banyakkan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

Rokok
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

Tidur
Nak tahan lama tak tidur malam. Rajin-rajinlah tidur siang.

Hubungan
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!

Kerja
Nak tahan lama kerja, kerja betul2 jangan dok main internet ajer!

  • Rabu, Mei 20, 2009

    3 Cerita....

    CERITA 1

    rm1.jpg

    Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
    “Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”

    Lima puluh menjawab ” Aku pi merata tempat. Pegi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

    Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

    Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid Or surau, tambah la sikit..


    Cerita 2

    LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

    ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

    LEMBU : eh? kenapa ?

    ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

    LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

    ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

    LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

    ANJING: Wah..ayat ko memang power la…manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

    Sedikit Penjelasan:

    Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram!!.

    Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

    Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

    Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


    Cerita 3

    Terdidik Kerana Sebiji Tembikai.
    Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

    Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
    Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

    “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membelibarang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

    Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
    Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

    Hanya Ingin Mengingatkan ….

    Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

    1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
    2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
    3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
    4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
    5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

    Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

    1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
    2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
    3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
    4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
    5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

    Ada 4 di pandang sebagai ibu , iaitu :

    1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
    2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
    3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
    4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

    Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur’an :

    Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
    Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
    Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
    Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
    Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

    Isnin, Mei 18, 2009

    Kisah..........

    Anak Murid ku........

    Part 1.............

    Minggu lepas mak Yesu Dass jumpa aku kat kantin. Bsembang punya lama. Mesra rakyatnya aku. Mak Yesu kerap gak jumpa aku....sampai macam2 cerita jugak la aku dapat tau. Pagi tadi dia cerita pasal Jeevarani yang dah lari ikut mak dia. Jeevarani tu anak sedara laki dia. Dgn Yesu Dass kira spupu lahh. Sejak tiggal ngan kuarga Yesu nilah si Jeevarani ni bsekolah smula. Skrg dia dah ikut mak dia smula. skolah pon mula nampak ponteng dah. Mak Yesu Dass ni ceritakan kerisauan dia tentang Jeevarani, budak tu dah lerr tak reti apa2. Takot orang wat jahat jer. Pasal keadaan tempat yang dia tggal skrg ni sangatlah terdedah kpd mcm2 kmgkinan.
    1. Walaupon dia dkatakan tggal ngan mak dia, tapi hakikatnya dia hanya dtggalkan buta je kat situ ngan mak dia, pasal mak dia kerap tggal merata tempat. Katanya teman lelaki. entahlahh!!
    2. Sbenarnya Jeevarani ada adik2..tapi smuanye mak dia dah jual sejak kecil. Salah sorang adik dia djual pada pasangan lawyer di KL. At least hidup tjamin dah. Tapi jeevarani sorang je mak dia tak jual. apasal taktau lahh..
    3. Kat umah yang tu dengar citer mcm2 org lelaki yg bukan2 dok ada. Mak Yesu kate..taik ganja dadah..malahan Aids pon ade situ. Aduh tbeliak jugak mata aku dengar. hopefully jgn lah apa2 blaku. then kwn2 pakcik dia yg keluar masuk umah tu smua tak senonoh. Samseng pon ade.hadoii....masalah nihh.....
    4. Kata mak Yesu lagi, org2 dlm umah tu hanya mpergunakan jeevarani utk buat kerja2 rumah, mcam org2 gaji tu. Hmm..aku ada bsembang ngan jeevarani, dia cakap dia tolong jaga budak kecik. baby kat umah tu.
    Part 2....

    alkisah...lepas je mak Yesu cerita hal Jeevarani yg sudah tak tggal ngan dia. Aku pon ajaklah bsembang2 ngan jeevarani tu.....macam2 aku tanya tapi aku tak sebutlah yg mak Yesu cerita. pasal aku nak siasat jugak. Mcam detektif conan lak!! Macam2 aku tnya...aktiviti harian dia lepas waktu skolah, keadaan rumah dia..macam2lah!!! Pasal aku ada selidik...Jeevarani ni sudah suka sama sorang lelaki. manalah tau kan..!!! Hadoiii.....mula miang dahh!!!!! Bahaya sungguh......
    Aku buat2 bodo saja dlm sesi soal siasat tu.

    Tiba2 keesokkan hari mak Yesu Dass jumpa aku lg masa aku terkocoh2 nak pi sarapan pagi. Dia tanya aku ada cerita apa2 ke kat jeevarani pasal apa yg dia beritahu tu. Katanya Jeevarani bagi tau mak dia yang cikgu kata macam2 kat mak dia. Hampeh sugguh. Main2 ngan nama aku. Bila masa aku sebut hal mak dia. Pandai putar belit ini budak. Mak Yesu kata ...mak pada jeevarani ni datang serang2 maki dia pasal cerita hal kuarga dia kat cikgu. Pulak!!!!
    Aku nasihatkan suruh mak Jeevarani ni datang skolah jmpa cikgu sndiri, pasal ada aku pon nak soal latar blkg dia jugak, lagipun mak Yesu bukan lagi penjaga budak tu.
    Peninglah kepala ngan budak2 ni..kalau aku tak ambik berat, dkatanya aku tak caring. Kalau aku dah ambik berat buat org nyampah lak. HIssssssssshhhhhhhhhhh....

    Masihkah Ada Rindu.........

    Masihkah Ada Rindu.........

    Amboi..tajuk bukan mahin lagi...
    Hhmmm.....Hari ni aku tak ke sekolah, ada kursus luar. Lupa pulak nak bagitau budak2 kelas aku. Cehh..macamlah depa peduli....
    Hmm...agaknya rindu tak budak2 tu kat aku...??? sukar nak jawab. Mungkin jugak rindu...sehari tak dengar leteran cikgu shima, menggeletar rasanya badan!!! hahah!!
    Mungkin juga berjoget sakan.... boleh jadi... hari kebebasan untuk depa bila aku takde kat skolah.

    Tapi sbagai guru kelas...aku sangat2 rindukan muka2 yg ada dalam tu...hahaha....
    Rindunya pada kelasku....
    Sbenarnya dah 2 tahun aku pegang murid yang sama, jadi sudah ku anggap macam anak sendiri. Walaupun aku agak garang..dan kejam ngan budak2 tu.....hmm..aku garang pon sbb bdk2 kelas tu dulu2 dh mnunjukkan gejala samseng.Maklumlah makin besar!! Kalau tak dbendung..melaratlah!! Maka...Kalau depa samseng..aku terpaksa lebih samseng dari depa. Hahaha....hanya depa saja yg tau bagaimana 'samseng'nya cikgu masa mula2 pegang tampuk pemerintahan kelas depa. Skrg....puas hati aku...bila ada yg mmuji tertibnya budak kelas tu.....

    Rupa2nya...murid kelas aku dipilih untuk persembahan sempena sambutan Hari Guru nanti...Hmm....macamana agaknya persembahan tu.

    Murid2 esok cikgu akan bawakan hadiah kuiz hari tu yerr....
    Owwhhh..sudah pandai komplen kat Cikgu AiLee....cikgu shima lupa bagi hadiah yg djanjikan tu yaa..cisss....cikgu lupa lahhh!!!!

    Kemiskinan..........

    Kemiskinan di bandar........

    Sorang rakan membentangkan kajian yang dijalankan ttg sorang murid. Saat ditayangkan gambar2 keadaan tempat tinggal murid terbabit. Alangkah sedihnya...derita rasanya!! Sampai hati ibu dan bapa menganiaya anak2 sbegitu rupa. Ibu dan bapa sudah bcerai...skrg bapa kahwin lain tggal ddaerah lain, ibu juga sudah ada pengganti tp blum bkahwin lagi.Masih hangat bcinta. Anak2 seramai 5 org ditinggalkan bsama nenek. Anak2 masih kecil..2 org menengah rendah, 2 org sek rendah. Nenek sudah tua. tiada pndapatan. tak hairan nenek angkut cucu2nya mengemis masa cuti skolah. Ibu bapa murid tu pon tak bagi belanja. Sudahnya rumah yg ddiami sudah 3 tahun tiada letrik dan air. Makanan harian, kadangkala nasi atau roti bsama air paip....!! itupon kalau ada belas ihsan org ramai, adalah makanan..!! Adik yg kecil berusia 2 tahun, sejak kecil mbesar dgn susu tin yg tnyata tak ssuai utk baby. susuk tubuh anak2 tersebut..kurus kering. Stp hari nenek akan bawa bekas untuk ambil sdikit makanan RMT yg cucunya dpt. Mungkin itu sajalah makanan mereka utk sehari tersebut. Sblm pceraian budak2 tu masih cukup makan pakai. Tapi sejak dlepaskan pada nenek...sungguh terabai. Ibunya bekerja tapi langsung tak peduli kebajikan anak2. Insaf sketika..masih ada ibu yang sanggup membiarkan anak2nya yang dkandung yg dlahirkan hidup terbiar...sanggup menggadaikan masa depan anak2....
    Ada anak yang di diagnostik kategori Khas...cadangan sudah dberi btahun supaya ibu stuju untuk tempatkan anak dikelas penddikan khas, tapi ibu taknak..alasannya..'jatuhlah maruah saye cikgu'.....sungguh pentingkan diri sendiri.
    Keadaan rumah sangat daif. Setiap hari tidur bgelap. Rumah hanya dgunakan utk tidur semata2, untuk menanti hari malam, nenek dan cucu2nya akan duduk dtaman2 pmainan. Nenek dan cucu2nya bnasib baik..rumah flat yg dduduki skrg milik nenek. Tak dibebani dengan sewa lagi.
    Mmandangkan kehidupan nenek dan cucu2nya...boleh dkatakan melarat...maka cadangan diambil supaya dlaporkan kes tersebut di kebajikan masyarakat. Semoga kehidupan nenek dan cucu2nya lebih terjamin.....
    Begitu sekali ibu bapa aniaya darah daging sendiri. Apa perasaan ibu bapa tersebut..semasa makan agaknya....tak teringatkah tentang anak2...!!
    Tuhan....bukalah hati dan minda ibu bapa murid2 tersebut......kasihan anak2nya!!!!!!!!!

    Ahad, Mei 17, 2009

    Selamat Hari Guru..........

    MENGAPA 16 MEI ?

    Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

    GURU MALAYSIA

    Kami guru malaysia
    berikrar dan berjanji
    Mendidik dan memimpin
    Putera puteri negara kita

    Pada Seri Paduka
    Kami tumpahkan setia
    Rukun Negara kita
    Panduan hidup kami semua

    Di bidang pembangunan
    Kami tetap bersama
    Membantu, membina
    Negara yang tercinta

    Amanah yang diberi
    Kami tak persiakan
    Apa yang kami janji
    Tunai tetap kami tunaikan


    Aku dah lama tinggalkan alam persekolahan tapi setiap kali tiba 16 Mei pasti terbayang suasana masa sekolah dulu. Bagi aku zaman persekolahan merupakan satu lipatan peristiwa yang tidak akan dilupakan. Di sekolah ada murid dan di situ juga ada guru, menimba pengetahuan dan menabur ilmu.

    Pasti kita semua mempunyai guru kerana kita semua melalui proses pendidikan dari kecil sehinggalah dewasa. Sudah pasti guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah.

    Kaum keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat juga adalah guru-guru kita yang tidak formal. Perangai dan tingkahlaku kita sebenarnya banyak diperahui oleh mereka yang disekeliling kita. Manakala secara formal sudah tentu guru-guru di sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka inilah yang memenuhkan dada dan fikiran kita dengan ilmu pengetahuan.

    Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Terima kasih cikgu!! Jelaslah apa yang digambarkan oleh sajak Sasterawan Negara Dato' Usman Awang Guru Oh Guru.
    Untuk semua guru2 yang pernah mengajar aku dari tadika hinggalah ke universiti...Terima Kasih atas segalanya, Budi dan Jasa cikgu Tiada terbalas..hanya doa yang sentiasa saya panjatkan untuk cikgu2 semua.

    Untuk rakan2 geng di usm dulu...kita mulakan dengan Kak Nora, Kak Pah, Kak Idah, Tipah, Mah, Linda, Pekjah, Shida, Aini, Izan...habih dah kot....aku ucapkan Selamat Hari Guru....

    p/s: rindu kat nama2 tu...oh ya..tak lupa Sal...pon dirindui jugak...