Jumaat, November 20, 2009

Airmata...

Aku berasa sedih bila sorang rakan memberitahu yang aku disalahkan sbb kputusan peperiksaan akhir tahun kelas tu jatuh. Aku dikatakan tidak mengajar. Tuduhan tu berat sungguh rasanya. Bagi seorang guru kalau dikatakan 'tidak mengajar' sangat berat hukumannya tu, pasal mengajar adalah business utama kami. Aku terlalu sedih sbb itu bukan diri aku yang sebenar. Sampai migrain aku pikir hal tu semalam. Yang aku bertambah sedih boss aku langsung tak berbunyi suara untuk mempertahankan guru2 dia. Diam maknanya dia bsetuju dengan tuduhan parent tersebut. Takkanlah boss tak kenal orang2 bawah dia, taktau mcmana dia jalankan tugas.......
Kalau setakat komplen parents, aku tak rasa sedih sangat. Tapi aku berganda2 sedih dan sakit hati bila dalam meeting tersebut 'boss2' aku langsung tak ptahankan orang bawah dia.
Kenapa aku ni pemalas ke orangnya.... aku ni tak masuk kelas ke....
Aku tak boleh terima la tuduhan mcm ni....
Kalau aku mmg yaa..jenis tu...mungkin aku tak kisah..........
Aku katakan pada panitia aku....yang aku belajar untuk 'lepaskan diri sendiri'....dari kes ini. Mcmana?? aku beri saja markah tinggi2 supaya parents puas hati walaupon anak dia tak reti menjawab. Apa aku peduli, yg penting aku terlepas. Tapi aku tak sampai hati untuk menjahanamkan masa depan anak murid aku. Tention sungguh aku rasa.........tertekannya.
Geram dengan orang atasan....
Mujur panitia aku dan guru2 lain memahami.....dan menenangkan aku.....
Bila semua dapat A tak ada pon yang ucap tahniah ke...cakap cg. mengajar bagus ke apa. Bila ada yg gagal..mula salahkan cikgu. Kdgkala ibubapa tak faham bahawa sikap dan kemahuan murid untuk belajar sangat penting. Bukan bgantung pada cg yg bagus saja.

Dalam kesedihan hati aku tentang hal tersebut........aku melayan keputusan peperiksaan murid kelas tahun 6 aku....
Kesedihan yang tak dapat ditahan2 bukan pada result kelas tahun 6 aku, tapi lebih kepada kelas murid2 pandai tahun 3 tu.
Murid tahun 6 aku....aku sungguh bangga dengan pencapaian depa. 17 orang lulus subjek aku. 2 orang lulus keseluruhan. Hanya guru yang penah mengajar kelas akhir yang tak reti membaca n mengira saja tahu mcmana gembira dan bangganya hati cikgu bila anak murid yang kita tau setakat mana kemampuan depa...akhirnya lulus peperiksaan. Perasaan yang sama macam murid kelas nombor 1 dapat 5A. itulah yang aku rasa.
Tahniah juga utk guru2 mata pelajaran lain yg ajar kelas aku...aku paham untuk dapatkan 2 org tu bukan kerja yg mudah bagi kelas akhir yang serba-serbi kekurangan. tahniah kita dah berjaya.
Akhirnya terbit dari mulut aku untuk boss 'itulah hasil cikgu yang tak penah mengajar'........

Hari itu jugak aku mendapat ucapan terima kasih dari bbrp org ibu anak2 murid kelas tahun 6 aku. Terharu rasanya bila ada yang memeluk & mencium pipi aku. Katanya sbb menjaga anak depa sungguh2!! Maka airmata cg shima yang ddalam ksedihan berderai tak dpt2 dtahan lagi.......
Perjuangan untuk tahun 2009 dah berakhir.......
Yang dinanti tentang peperiksaan pon dah berakhir.........
Tahniah kepada semua yang berjaya.....
Yang tidak berjaya kali ini....harapnya lebih berusaha kerana ini hanyalah langkah pmulaan. Masih banyak tapak atau anak tangga yang perlu didaki untuk menjadi manusia yang berjaya.

Khas untuk murid kelas aku...jangan sesekali berputus asa. Cg. akan selalu meridui kamu semua. Sbb 3 tahun cg. jaga kamu semua. Mesti cg. akan terbayang2 muka kamu smua nanti. Cg akan sentiasa doakan kamu semua berjaya dalam hidup dan menjadi manusia yang berguna.
Jika ada masa lapang jenguklah cg. disini.

1 : KoMen:

Rona Realiti berkata...

uish... aku bukan cikgu...
tp naper aku rasa tharu ni...
cam nk nangis...

p/s: laki2 xblh nangis...