Pages

Jumaat, Mac 13, 2009

Cerita Hari Jumaat....

Hari ni persiapan terakhir untuk mesyuarat esok...bersemangat gak buat keja sebab terbayang seronoknya tugas dah selesai. Banyak yang dipelajari selama setahun tu. takdak lerr rasa ralat sangat. sekurangnya dah tau selok beloknya...Lepas ni giliran sapa lak yang kena....
Selamat bertugas yaa..rakan-rakan...



Tengok tu...persiapan rapi hasil kerja Yati n Ilah...Wahh..kelassss hangpa.....


Ini lak penangan Maz n rakan2 setugasnya...Wahh...ini kes save budget lah ni..main balut ngan ketas minyak je ni....!! Takpa janji tetap Vogue!!! Tima kasih ya sudi bertungkus lumus sama2... bab2 hadiah ni hang memang pakar.......

Terima Kasih Rakan-Rakan....Seronok bekerja dengan hangpa semua!!! Yang penting Happy... Tapi awat la ni dah tak hepi2 nooo......Lu Pikirlah Sendiri.......

Selasa, Mac 10, 2009

Surprise!!!!!!!!!!!Surprise!!!!!!!!!!!Surprise!!!!!!!!!!!Surprise!!!!!!!!!!!

Hari ni kan..terharunya dengan budak2 kelas aku ni. depa sambut birthday aku. Mana depa tau birthday aku????? huhu... padahal tak penah lak aku dedahkan kat depa. Pandai betol depa amik hati aku yang sekupang ni. heheh.....
"untuk Anak murid aku kelas 6F...Terima Kasih tidak terhingga. Cikgu doakan hangpa semua berjaya dunia dan akhirat. Cikgu amat berbangga dengan hangpa semua, Hendaknya penghargaan untuk guru2 hangpa yang seterusnya..tak hilang. GUru2 bukan mengharapkan apa2.. cuma ingin hangpa semua jadi manusia yang berbudi pekerti tinggi". Sekali lagi...Terima Kasih....


inilah antara muka2 gembira yang merencanakan surprise kat cikgu dia. Walaupon cikgu depa bole diibaratkan bagai 'ibu tebuan' depa tetap sayang kat cikgunya.
Errrrkkkkkk.....Yekerrr Sayanggggg...
Yer ke hangpa semua sayang cikgu murid2?????
















untuk zulkhairi,azri,nabil,zaidani,rofiq,hazwan,suharmin,shahmizan,yesu,jeevarani,nabila,
amira,siti,geetha,yogeswary,meena,azaharri,Tamilasai,

TERIMA KASIH SEMUA......

Isnin, Mac 09, 2009

Edisi Lepas Geram..

Geram betol aku hari ni ngan sorang manusia tu.....ada ke patut tanpa salam..tanpa selamat main redah je kelas aku macam orang meroyan...menengking2 murid-murid kelas aku!!! Hello...kalau ya pon nak tunjuk kuasa..nak tunjuk hang melaksanakan tugas 'besar' hang tu...janganlah kurang ajar macam tu sekali. Tak nampak ke aku terpacak dalam kelas tu...tahu lah aku jaga anak-anak aku. tak payah hang rajin2 mai meroyan dalam kelas aku. Kalau ya pon nak meroyan, reti2 hormat orang dalam kelas tu..kurang2 ketuk pintu dulu sebelom marah budak2 tu.....
Ini kes takdak akai ler nihh...Aku sendiri ajar anak murid aku..nak masuk kelas bagi salam...mintak izin manusia dalam tu dulu. jangan macam pencuri. Elok sangatlah hang buat macamtu....aku bole jadikan hang contoh pada anak murid aku...supaya tak bersikap kurang ajar macam hang!!!

Geram sungguh hari ni....dah lerr birthday aku...Kalau tidak, hang memang kena tumbuk ngan aku dah. Geram aku manusia kurang ajar macamni. Kalau ya pon hang ketua...reti2 gak pandang bawah. hormat sesama kawan2, hang dulu pon sebelum naik pangkat, setaraf kami gak...teman tapi mesra kami. tapi sejak naik pangkat ni...meroyan tahap dewa2 tu apa kejadahnya. Dah la berpenyakit....buat orang doa hang mati cepat tu apa kes...
Hang tau...sampai tingkat tiga blok sebelah dengar sora hang menjerit2 dalam kelas aku... terbakarnya hati aku masa tu tuhan saja yang tau.

Aku ingat aku sorang ja..di 'kuli'kan hang...rupanya ada jugak org lain yang dh kena. main redah kelas orang tak hormat guru langsung. Kalau dah rajin sangat pi lah tegur murid2 kat luar kelas tu....yang di dalam kelas jangan kacau. tau lah guru tu buat keja dia. ini hang pulak rajin. Sejak bila rajin taktau lah....

Sikap hang ni menunjukkan hang ni banyak kelemahan...serba serbi tak reti. tapi yang herannya..bodoh sombong lak tu. teguran orang takmau terima.

Meluat aku....bukan aku saja...Hang saja yang tak sedar. Lu Pikir lah Sendiri!!!!!!!!!!!!!

Rahsia Kelahiran Rasulullah

Untuk Renungan Bersama...

“ Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat”

”Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia.

Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu:

Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.” Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat.

Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma. Isnin dari bahasa Arab bererti dua.

Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.

Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari.

Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun.

Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada.

Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga.

Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah. Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah.

Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

Sumber: http://aboutmiracle.wordpress.com

HappY BirthDay To Me...!!!


zwani.com myspace graphic comments

Semoga hidup aku lebih diberkati..........
Hurrrrmmmmmm.....
Birthday yang ke brapa tahun ni????

Jawapan: Yang ke-19 kot....hehehe..

Antara peristiwa yang berlaku pada tarikh ini ialah....
  1. 9 Mac merupakan hari ke-68 (hari ke-69 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 297 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
  2. Hari ini juga merupakan Hari Baron Bliss di Belize.
Selain itu pada tarikh ini juga berlakunya peristiwa-peristiwa berikut:
  • 1841 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahawa orang-orang tawanan Afrika yang merampas La Amistad, kapal perdagangan hamba rentas Atlantik, telah dijadikan hamba abdi secara haram.
  • 1842 - Opera Giuseppe Verdi Nabucco dipersembahkan buat kali pertama di Teatro alla Scala, Milan.
  • 1862 - Pertempuran antara kapal perang berperisai USS Monitor dan CSS Virginia berakhir dengan seri dalam Pertempuran Hampton Roads.
  • 1932 - Éamon de Valera dari Fianna Fail mewarisi W.T. Cosgrave dari Cumann na nGaedhael sebagai Presiden Majlis Eksekutif Negara Bebas Ireland.
  • 1945 - Perang Dunia Kedua: Satu serangan bom terhadap Tokyo memulakan ribut api yang membunuh 100,000 orang.
  • 1959 - Anak patung yang paling laris di dunia, Barbie, muncul buat pertama kalinya di Pesta Mainan Antarabangsa Amerika di bandar raya New York.

Sumber: Wikipedia.

Bulan ini juga birthday rakan-rakan ku yang tersayang...
1. Mc Nie - 11 Mac
2. DrLalat - 11 Mac

Happy Birthday Yaa....!!!

p/s: Terima Kasih Haslinda Jesni kerana tiap tahun ingat My Birthday!!


Ahad, Mac 08, 2009

Tugas yang hampir selesai.Yahoo....

Minggu ni..minggu terakhir aku jadi 'menteri kewangan' yang mengira duit orang lain semata. Lepas ni aku rasa bagaikan aman...tenang....
kenapa??? Bukan sebab berhutang Ahlong lahh. Tapi urusan keja. Untuk itu juga aku begitu bersemangat buat persiapan untuk menyerahkan tugas pada orang yang 'bakal bernasib baik' nanti. Sapalah orang itu....
Sapa pon aku tak kisah..yang penting aku dah selamat sebab sudah setahun berkhidmat tunggang langgang. Sampai ranbut pon luruh tak tak abis2 lagi ni. Sudahlah...pening tau pikir hal duit orang ni. kalau duit sendiri...best jugak!!!
Oleh sebab aku pikir ini perkhidmatan ku yang terakhir aku dah siapkan sijil yang cantik molek untuk AJK memandangkan aku pon akan dapat gak sijil penghargaan tu. Terharu rasanya. Sudahlah..jangan terharu biru ke apa...takmau pikiaq dah!!!!
Yang penting sekarang 'KITA ENJOY'...........yahuuuuuuuuuuuuuuu..............!!!!

Khasiat Petai

Strok.
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok.

Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Anemia.
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

Sembelit.

Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

Kegemukan.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

Depresi.

Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.