Pages

Khamis, Mei 14, 2009

APC....

Bulan Mei tiba lagi......Pemenang APC pon dah tau!!!
Apa bendanya APC ni? Korang kalau nak tau, search la sendiri. Kalau nak aku ceritakan, panjang lebar. Ringkasnya, anugerah yang diberi kepada kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk tahun berkenaan (dalam konteks ini, tahun 2008). Biasanya kalau sekolah Gred A, dapatlah 4,5 orang. Still ada kuota.

Bagaimana penilaian dilakukan oleh pegawai penilai??? Hmmm.. Kalau di sekolah, penilai pertama GPK dan Penilai Kedua, GB.
Ada sekolah mengamalkan sistem giliran. Maksudnya kalau cikgu ni dah dapat, tunggulah turn masing2. Sistem ni aku tak berapa nak setuju sebab sepatutnya kalau dah cikgu tu memang cemerlang, beliau berhak menerima APC tiap-tiap tahun! Ni tak, walaupun cikgu tu kerjanya datang sekolah, balik sekolah, namun sebab dah sampai turnnya, maka dapatlah dia APC. Apa hal pulak bagi kawan2 yang bertungkus lumus buat kerja?

sorang rakan berkata...kebetulan dia keguguran teruk, dia bercerita yang suaminya cakap ' abislah tak dapat cemerlang pasal MC lama. Dia dinasihati suami supaya tidak lagi kerja tungkus lumus, stay back lama kat sekolah....sejak kejadian tu!! Hmmm...katanya, suami dia ckp, kerja tungkus lumus apa pon tak dapat. Hmm patutlah lama tak nampak dia berlama2 di bilik guru!!!

Dalam hati aku...pendeknya cara pikir, hahahah!!! Adakah bekerja untuk mendapat anugerah semata??? Entahlah..lain org lain pikirannya!!! Yang penting walaupon tak dapat anugerah, aku tetap happy dengan kerja aku!!!! yahuuuuuuuuuuuu.......

Tahniah buat kwn2 sekolah yang cemerlang tahun ini Kak Ju, Cikgu Yani, Sau Kwan dan Cikgu Rosli. Usaha lagi..moga tahun depan sambar lagi satu tempat ok!!! Depa ni punya keje memang tip top... banyak yang aku bole pelajari......
Bila nak makan nasi ayam nihhh...hehehhe!!!!!!!!


0 : KoMen: