MENGAPA 16 MEI ?
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.
Aku dah lama tinggalkan alam persekolahan tapi setiap kali tiba 16 Mei pasti terbayang suasana masa sekolah dulu. Bagi aku zaman persekolahan merupakan satu lipatan peristiwa yang tidak akan dilupakan. Di sekolah ada murid dan di situ juga ada guru, menimba pengetahuan dan menabur ilmu.
Pasti kita semua mempunyai guru kerana kita semua melalui proses pendidikan dari kecil sehinggalah dewasa. Sudah pasti guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah.
Kaum keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat juga adalah guru-guru kita yang tidak formal. Perangai dan tingkahlaku kita sebenarnya banyak diperahui oleh mereka yang disekeliling kita. Manakala secara formal sudah tentu guru-guru di sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka inilah yang memenuhkan dada dan fikiran kita dengan ilmu pengetahuan.
Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Terima kasih cikgu!! Jelaslah apa yang digambarkan oleh sajak Sasterawan Negara Dato' Usman Awang Guru Oh Guru.
Untuk semua guru2 yang pernah mengajar aku dari tadika hinggalah ke universiti...Terima Kasih atas segalanya, Budi dan Jasa cikgu Tiada terbalas..hanya doa yang sentiasa saya panjatkan untuk cikgu2 semua.
Untuk rakan2 geng di usm dulu...kita mulakan dengan Kak Nora, Kak Pah, Kak Idah, Tipah, Mah, Linda, Pekjah, Shida, Aini, Izan...habih dah kot....aku ucapkan Selamat Hari Guru....
p/s: rindu kat nama2 tu...oh ya..tak lupa Sal...pon dirindui jugak...
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.
GURU MALAYSIA
Kami guru malaysia
berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Kami guru malaysia
berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Pasti kita semua mempunyai guru kerana kita semua melalui proses pendidikan dari kecil sehinggalah dewasa. Sudah pasti guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah.
Kaum keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat juga adalah guru-guru kita yang tidak formal. Perangai dan tingkahlaku kita sebenarnya banyak diperahui oleh mereka yang disekeliling kita. Manakala secara formal sudah tentu guru-guru di sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka inilah yang memenuhkan dada dan fikiran kita dengan ilmu pengetahuan.
Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Terima kasih cikgu!! Jelaslah apa yang digambarkan oleh sajak Sasterawan Negara Dato' Usman Awang Guru Oh Guru.
Untuk semua guru2 yang pernah mengajar aku dari tadika hinggalah ke universiti...Terima Kasih atas segalanya, Budi dan Jasa cikgu Tiada terbalas..hanya doa yang sentiasa saya panjatkan untuk cikgu2 semua.
Untuk rakan2 geng di usm dulu...kita mulakan dengan Kak Nora, Kak Pah, Kak Idah, Tipah, Mah, Linda, Pekjah, Shida, Aini, Izan...habih dah kot....aku ucapkan Selamat Hari Guru....
p/s: rindu kat nama2 tu...oh ya..tak lupa Sal...pon dirindui jugak...
0 : KoMen:
Catat Ulasan