Pages

Sabtu, Januari 17, 2009

Dia Kembali....


Hari ni aku sungguh2 terkejut beruk.....kenapa??? kerana kemunculan Jeevarani. Siapa Jeevarani?? bekas anak murid aku....3 tahun lalu aku masa depa ni tahun 2 aku penah jugak jadi Guru Kelas depa...Jeevarani ni plak...abis ja tahun 2 terus takmai sekolah sampailah hari ni. 3 tahun dia tak sekolah. Dia pon sudah banyak berubah....makin tinggi....besar....tak macam dulu2, sampai aku pon dah tak cam dia. Berkali2 aku tanya Yesu Dass....betol ke ini Jeevarani!!!!
Entahlah aku pon taktau nak cakap mcamana....macam2 perasaan ada. Gembira jugak akhirnya dia balik sekolah....sedih pon ada...sbb dia tak pandai baca...masuk kelas aku...dah la tahun ni nak peksa....Kesian jugak kat dia bila mengenangkan dia anak terabai. Entahlah......tolong sajalah apa yang patut. Dari cerita yang aku dapat...3 tahun dia tak sekolah, dia tinggal ngan makcik dia...jadi orang gaji makcik dia, mak dia tak pedulikan anak dia. Tak kisah anak sekolah ke tidak. Tahun ni yang boleh sekolah semula sebab mak Yesu Dass ambik dia dari makciknya dan terus dia masukkan semula ke sekolah. Aku test bacaan kat dia....ternyata tak bole eja...tak bole baca... tapi tulisan dia bila aku suruh tulis tersangatlah kemas dan cantik. Aku dah naik pening dah ni apa aku nak buat. Dah lerr yang 26 orang tu pon merangkak2........aduh....Jeevarani jauh ketinggalan.....aku terpaksa berpatah balik beribu KM just nak ambik dia sorang yang tertinggal. Jauhnya perjalananku kali ini.............

Khas untuk Jeevarani dan Cikgu Shima....Jangan Putus Asa Yerrr.........

0 : KoMen: