Pages

Ahad, Februari 07, 2010

Merendahkan Diri..........

Dalam menyapa orang, kita lazimnya dipesan supaya merendahkan diri.
Tetapi apa yang dilakukan bagi merendahkan diri ini?

Pertama......
kita hendaklah merendahkan suara supaya tidak terlalu lantang. Suara yang terlalu lantang sehingga memeranjatkan orang atau nada yang ranggi, menyebabkan orang mempersepsi kita sebagai sombong.

Kedua....
......ini sangatlah penting. Gunakanlah bentuk pemadan taraf yang sesuai. Apakah yang dikatakan pemadan taraf? Pemadan taraf itu adalah istilah yang diberi oleh Za’ba bagi memanggil orang. Contohnya, encik, tuan, cik, puan, saudara, pakcik, makcik, dan tuk.” Ini termasuk juga gelaran yang diberi kepada seseorang seperti Dato’. Tan Sri, Tun dan lain-lain.

Apabila kita merendahkan diri, kita memanggil orang dengan pemadan taraf yang lebih tinggi daripada kita sendiri. Umpamanya, apabila kita pergi ke pejabat kerajaan atau swasta, maka sapalah orang yang kita lawan bercakap itu dengan panggilan yang lebih tinggi.

Sekiranya beliau itu seorang pegawai, maka panggilah beliau “Tuan” untuk lelaki, dan “Puan” untuk perempuan.

Walaupun pegawai itu seorang muda, kita perlu memanggil beliau sebagai “Tuan” atau Encik.” Ataupun “Cik, Cik Puan” dan “Puan” untuk perempuan.

Dengan demikian kita telah merendahkan diri kita.
Merendahkan diri dalam budaya Melayu itu adalah sangat dihormati dan dikehendaki.

2 : KoMen:

Idalara berkata...

betul..
merendahkan diri tak semestinya membongkokkan diri tanda hurmat..bahasa yg penting

Hairun Azmi berkata...

Artikel ni bagus untuk kita muhasabab diri kita..